Assalamualaikum..
Ahoiii hai... Lama betul tak update ni. Ni kalau nak beranak memang dah lama dah keluar baby ni, siap abes pantang dah. Hahaaa
Hujung bulan September hari tu ayra terkena HFMD. Kalau yang tak tau penyakit ni nama penuh dia hand, foot and mouth disease. Atau kita selalu dok panggil sakit kaki tangan mulut tu.. Taktau la macam mana boleh dapat. Tapi based on Dr. cakap biasanya berjangkit from the other kids yang ada sakit tu. Tengok kids kat babysitter dia takde pulak yang sakit.
Mula-mula ayra demam je, macam hari ni demam and esoknya ok dah. Tapi esoknya bila demam dah baik tiba-tiba perasan yang ada biji-biji tumbuh kat kaki. Hoii apesal pulak ni kan? Tak penah pun jadi macam ni. Then babysitter dia suspek nak naik campak sebab kat badan pun macam dah merah-merah. Zasss cari air kelapa bagai bagi minum. Tapi ayra tak suka air kelapa huhuuu...
Ni la biji-biji yang tumbuh kat kaki ayra. Kat tangan ada dalam 2-3 biji je. Pastu kat lidah baru nak tumbuh ulser.
Then pergi klinik biasa sebab nak confirmkan sakit apa. Pergi tapi balik kecewa.. Sebab ada ke Dr tu pun taktau sakit apa?? Siap tanya aku lagi ayra ni ada allergic ke? Apakah? Kalau aku tau dia ada allergic buat ape aku buang masa pergi klinik hoii!
Tak puas hati terus google sebab tiba-tiba aku teringat aku pernah baca pasal HFMD ni. Plus perasan ayra punya lidah macam nak tumbuh ulser. Dah google semua aku pun cakap kat daddy ayra kata maybe dia kena HFMD.
Esoknya jumaat zass ke klinik kerajaan pulak sebab nakkan kepastian. Time ni ayra memang meragam habis la, meraung je, maybe sebab tak sedap badan kan. Cek semua siap ambil darah lagi, pastu Dr cakap yup, kemungkinan dia memang kena HFMD. Dr cakap mungkin sebab actually tak banyak sangat tumbuh biji-biji tu kat ayra. Kat tangan lagi la, ada sebiji dua je.
Daddy tak puas hati terus nak pergi kpj. So petang tu ktorg pun pergi juga la kpj. Dr pun cakap dia memang dapat disease tu sebab bila tengok kat tekak dia memang dah banyak ulser. Tapi nasib baik ayra still nak makan and minum. So Dr bagi choice samada nak admit atau nak pantau kat rumah je. Daddy risau sangat pastu terus je suruh admit. Huhuuu
Berkampung la kita kat kpj. Ayra dapat isolation room yang mana dia sorang je dalam bilik sebab HFMD ni kan penyakit berjangkit, so tak boleh share bilik dengan orang lain.
Malam tu Dr ambil sekali lagi darah ayra sebab nak cek kan, plus nak drip water sekali. Memang meraung la ayra. Sampai dia fobia la tengok orang selain mommy and daddy. Nurse, dr, even cleaner yang masuk bilik pun dia takut.. Huhuu Dr pun bagi la ubat, pantau temperature dia, and drip water malam tu..
Esoknya bila Dr datang cek Dr cakap dia okey dah. Since ayra boleh makan and minum then ayra is okey. Ktorg pun minta la nak balik hari tu (sabtu). Dr pesan just bagi ubat demam if temperature dia naik balik, bagi ubat creme untuk sapu kat kaki and tangan, ubat sembur dalam mulut untuk legakan ulser. By 4 days to a week ayra should be free fron the disease. Cuma tak boleh keluar la, kena duk rumah je sebab taknak kids lain berjangkit. Syukur..
So dalam seminggu tu ayra memang dah okey. Biji-biji yang tumbuh tu pun dah kering cuma tinggal parut je sikit-sikit. Tapi kes ayra ni kira tak berapa teruk la sebab biji-biji tu banyak tumbuh kat kaki je and ulser dalam mulut je. Kat tempat lain macam kat tangan, kat bahagian sulit memang takde. Alhamdulillah..
Lepas fikir-fikir balik aku rasa ayra berjangkit time ktorg pergi stadium kajang petang ahad sebelum dia demam tu. Saja la sebenarnya bawa dia kat situ konon nak beriadah tapi masyaAllah, ramai betul orang.. Hahaaa lepas ni tak mau dah bawa pergi situ sebab quite bahaya la, banyak aktiviti diorang buat. Ada yang berbasikal la, scooter la, kejar-kejar la, jogging lagi, playground pun macam untuk kanak-kanak yang dah besar. Untuk budak kecil macam ayra ni tak sesuai. Huishhh so daddy, pasni kena cari tempat lain la nak beriadah..
Okey la kali ni cukup kot cerita pasal ayra. Kepada mommy-mommy, ibu-ibu, mama-mama, kalau baby anda ada simptom-simptom tumbuh biji-biji kat tangan kaki dengan mulut plus demam better pergi cek cepat okey. Sebab takut kalau kita biar je nanti berjangkit kat baby lain pulak. Kesian sebab dari gaya ayra tu nampak macam dia tak selesa sangat, kadang-kadang nak menggaru. Palinh sedih kalau baby taknak makan minum sebab sakit mulut. Mujur ayra nak makan minum. Okey jangan lupa tau! Sebab kalau bukan kita yang pantau anak kita siapa lagi nak buat kan? Diorang bukan tau nak bagitau kita yang diorang sakit.
Ok until then, bye!
No comments:
Post a Comment