Assalamualaikum..
Lama dah tak merepek, jadi moh la kite bercerita panjang. Raya dah habis dah, ingat hari tu nak buat entry sempena raya, tapi dok tangguh-tangguh, last sekali habis terus raya. Hahaa Macam PM kau ye! Sibuk sangat gayanya. Apapun, raya berjalan dengan lancar. Balik Hutan Melintang, lepas tu Sungai Siput and last skali singgah Penang. Pastu balik terus Kajang. Ingat nak singgah Hutan Melintang balik tapi dah kepenatan sangat. Masa balik dari Penang pun salah timing, jem wehh! Tension kitorang..
Satu family besar belah husband. Tapi ada yang tak cukup ni..
Family mertua
Ini kami satu family. Ayra takmau tengok camera sebab tergedik-gedik nak jalan
Baju raya disponsor oleh nenek. Tq nenek!
Alhamdulillah, Ayra membesar dengan sihat. Makin hari makin pandai and sometimes makin buas, lasak dan asyik buat perangai je. Huhuuu Letih betul nak layan. Sorry Ayra kalau kadang-kadang mommy termarah. Actually bukan marah apapun, tapi dah geram sangat la tu sampai takleh nak tahan. Hahaaa Lepas bebel-bebel sket, nasihat sket then ok la balik, moh le kite peluk cium balik. Hikss
Saya dah besar and lasak!
Ustazah Ayra
Now jadi chef plak. Jom masaksss
Yeay, saya jumpa coins! Nak masuk tabung.. Ngehehee
Alhamdulillah lagi sebab pengajian iolls dah setel. Tinggal nak tunggu tesis siap jilid then hantar kat office dekan. Lepas tu merdeka la kite. Hihihhhhiiii Seronok aih! InsyaAllah next month berkonvo la kita dengan perot boboyot. Oh ye, Alhamdulillah saya pregnant lagi! Now dah 6 bulan dah, so edd dalam tengah bulan December gitew. Harap everything's going well macam Ayra dulu. Sebenarnya tak plan pun, and tak sangka pulak boleh pregnant balik dalam masa terdekat. Dekat la jugak kan sebab Ayra belum 2 tahun lagi. Doc pun tekejut and tak suggest, so after this kena la merancang betul2. Hukss. Aku ni bab-bab merancang ni yang malas ni, malas nak fikir nak pakai apa.. Tapi ni dah rezeki, kami terima dengan gembira! Yeay! Tak pergi scan lagi, maybe dalam hujung bulan or bulan depan kot.
Okey, start dah duduk kat klinik berjam2 macam dulu..
Sekarang tak jadi lagi la nak cari kerja since perut dah beboyot macam ni. Pergi swasta confirm diorang tak terima sebab nanti baru je kerja dah nak cuti panjang kan. Allah mudahkan segalanya, aku dapat kerja kontrak as RA kat UKM with my supervisor projek masa buat masters. So, cukup la 3 bulan, pastu pop2, pastu pantang, pastu baru la cari kerja bebetul. Hehee Tapi yang gov punya isi la sebab biasanya gov ambil masa kan..
Ehh, terselit plak gambar ni.. Hahaaa
Okey, apa lagi nak cerita eh? Pasal pregnancy? Pasal Ayra? Pasal aktiviti harian? Aiyoo taktau plak dah nak story apa. Hahaaa Takpe la nanti kalau ada idea ai post entry lain hokey...
Till then, bye!
No comments:
Post a Comment