Assalamualaikum..
15 Disember 2013
Pergi Klang, ada kenduri kat rumah sedara belah husband. Kat sana pegi toilet and spot the blood ada sikit. Tak risau lagi sebab tak rasa sakit apapun. So lepas kenduri pergi Paradigm Mall kejap pekena cendol sedap. Sedap ohhh, semangkuk ni takyah kongsi pun boleh habis punya! Hahaa
16 Disember 2013
Malam 15 Disember takde pape perubahan. Still macam tu juga. No pain. Tapi dalam 4 am macam tu rasa sakit pinggang macam nak period. 7 am cakap kat husband jom la kita siap-siap. Jom pergi hospital. Mandi, siap-siap, breakfast sikit then terus ke Serdang.
Unfortunately, Serdang tak terima sebab katil full. Aku sakit dah makin kerap time ni. So takde jalan lain, pergi Hospital Kajang. Sampai dalam 9 am. Cek bukaan dalam 9.30am. Time ni dah 5 cm. Terus ke labour room. Ok, even though kat sini punya labour room scary, tapi everything went smoothly. Alhamdulillah.. Nurse and doc semua baik.
Contraction makin kerap. And setiap contraction sangatlah kuat. 10.30am bukaan 8cm. Time ni baby nak keluar sangat dah. Nurse pecahkan ketuban and sesi teran meneran bermula. Sayang, husband tak dapat join.
10.46 am baby coming out. Alhamdulillah, syukur sangat. Nurse letak kat badan, and baby try to suck my b. Pandai baby Syed ni. Hihii Nurse pun cuci-cuci semua, doc jahit luka, baby nurse ambil nak bersihkan.
Dalam 1 pm macam tu kami pun masuk wad. Petang doc datang and cakap aku ada kuman yang maybe boleh kena kat baby sekali. So diorang bawa baby pergi wad rawatan rapi. Malam tu tidur sorang tanpa baby. I is menangis sebab tak sangka jadi macam ni..
17 Disember 2013
Happy birthday husband. Sorry, tak dapat nak tahan baby keluar time ni. Hehee but still boleh celebrate sesame okey..
Baby still kat wad rawatan rapi. Aku bak pergi tengok pun terpaksa tunggu husband sebab wad tu quite jauh for me yang baru bersalin. Kesian Baby Syed, terbiat kat wad sana. And nurse terpaksa give formula milk to my baby cause susu aku tak produce secukupnya untuk bagi kat baby. Penat dah pump tapi tak keluar banyak. Mommy is redha.. Huu
18 Disember 2013
Finally, after the second blood test showed that my result is negative, aku boleh discharge. Balik rumah kejap, makan and siap-siap apa yang patut, terus pergi hospital balik sebab nak duk dengan baby.. Dapat juga jaga baby. Baby diorang masukkan antibiotik for 5 days. Twice a day. Menangis tengok bila baby nangis-nangis time ubat masuk. Sakit.
20 Disember 2013
Aku expect balik esok, Sabtu. Tapi doc cakap after getting last dose of antibiotic for baby, then boleh discharge. Syukur sangat! So malam kitorang pun balik. Ayra is happy seeing her little brother. Asyik kiss je.. :)
21 Disember 2013
Nurse datang rumah cek mommy and baby. Mommy is okey, baby macam ada kuning. So esok kena cek kuning..
Okey, ni je kisah kali ni. Pasal jaundice baby, sama je macam kakak dia. Level naik turun naik turun. By tomorrow (29 Disember 2013) level still high, kena pergi hospital ambil darah untuk diorang cek. Hopefully takde pape. Will keep updated soon.
Thanks for reading this entry. And syukur Alhamdulillah untuk semuanya. Thank you Allah..