Friday, April 4, 2014

Eczema

Assalamualaikum...

Korang pernah dengar tak pasal sakit Eczema? Selalunya sakit ni serang baby-baby tapi ada juga kanak-kanak yang kena. Aku dulu pernah juga dengar pasal Eczema ni tapi tak berapa nak amek port sangat. Just baca gitu-gitu je. Tapi now aku sangat concern sebab Arash terkena! Actually masa pergi check-up 3 months aku tanya sekali doktor, dan doktor cakap Atopic Dermatitis, bukan Eczema. Tapi bila aku google penyakit Atopic Dermatitis adalah salah satu jenis Eczema.

Eczema
Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi berumur di antara 2 hingga 6 bulan, namun begitu orang dewasa juga tidak terkecuali. Keadaan radang pada kulit yang disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair dan menyebabkan kegatalan jika berpanjangan. Eczema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pergelangan siku dan lutut. Eczema bukan penyakit berjangkit tapi akan mendatangkan ketidakselesaan pada pesakit.

Antara faktor penyebab Eczema adalah daripada faktor fizikal - ahli keluarga yang mempunyai sejarah Eczema, asma atau ellergi rhinitis; dan pemakanan, serta faktor persekitaran - bahan iritasi seperti bahan kimia, cuaca terlalu panas; dan alahan kepada sabun, syampu, bahan pencuci, kosmetik, kulat, hama dan sebagainya.


Banyak punca dan sebab jadinya sakit ni. Kita tak boleh nak jangka pada awalnya. Mungkin disebabkan makanan kita (baby dapat daripada bf), atau environment macam habuk ke, hama pada cadar ke.. So, untuk Arash ni tak dapat dipastikan, kiranya kena try pantau dan cari puncanya. Tapi doktor just nasihat after bf lap muka dengan kain basah, takut susu tu yang jadikan penyakit ni. Yang aku hairan, dia dah 2 bulan lebih baru dapat. Dulu masa baru lahir takde pulak kan... Huhuuu

Mula-mula memang takde, lepas tu ada macam ruam sikit-sikit dekat dagu. Tapi kejap hilang kejap datang balik. Lepas tu tiba-tiba sampai satu masa ruam tu naik banyak, dekat kepala, dagu, pipi, dan kening. Terkejut tau sebab benda ni jadi terus. Tu yang pergi klinik terus tanya. Doktor bagi cream, tapi dia cakap cream tu takde ubat, cuma moisturiser je, nak bagi lembapkan kawasan ruam tu sebab dah macam kering-kering kulit Arash.

Aku letak sekali dua je after mandi sebab aku google and ramai yang suggest ubat lain. First aku try Baby Cream Sebamed tapi tak berapa jalan. Nampak macam okey sikit pastu datang balik. Cari Face Cream Sebamed kat Kajang ni aku tak jumpa lagi, tu yang beli je Baby Cream. Doktor pun ada suggest pakai Face Cream tu. Buds pun aku tak sempat nak try.

Baby Cream Sebamed. RM13 untuk 50ml.

Lepas aku tengok macam tak jalan je aku pun try juga pergi cari Face Cream Sebamed tu, hari ahad lepas balik dari Perak. Pergi la satu farmasi ni tapi takde juga jual. Lepas tu aku tanya la ubat untuk baby yang kena ruam macam Eczema. Dia bagi aku satu cream ni, aku tak ingat nama dia. Then dia cakap apply the cream once a day and very-very thin dekat muka. Aku pun pelik, kenapa nak apply sekali je pastu nipis-nipis. Rupanya cream tu ada steroid. Ohh nasib baik aku tak beli lagi cream tu. Aku dengar je ada steroid terus aku no, no, I tak mau. Lepas tu dia suggest aku satu cream ni, Atopiclair. Yang ni dia kata very-very safe for baby compared to the other one earlier la, sebab takde steroid. Lepas tu dia cakap lotion pun ada, tapi since tak banyak, Arash kena kat muka je so dia suh amek yang cream je. Aku pun beli la dengan harapan okey untuk Arash. Balik terus sapu. Ada juga perubahan.

Atopiclair Cream. RM50 untuk 40ml.

Tapi lepas aku up post pasal Arash kat fb, ada kawan-kawan yang suggest pakai cream lain macam Ezzera, Elomet, Aqua, virgin coconut oil, and Moogoo. Dan dalam banyak-banyak tu aku sangat-sangat tertarik nak try Moogoo sebab yang paling utama product ni organic base. Selamat untuk baby. Esoknya aku terus pergi beli. Tapi aku beli satu cream je, sebab nak try dulu kan. Aku beli Irritable Skin Balm (ISB).

Irritable Skin Balm (ISB). RM69 untuk120g.

Setakat ni aku memang letak je kat Arash, nampak macam dia gatal-gatal aku apply, nampak merah-merah and kering, aku apply je terus. Tak ragu-ragu sangat sebab dia organic. Tak macam Atopiclair, aku apply 3 kali je sehari sebab takutkan effect dia kat baby. Setakat ni aku tengok ada perubahan kat Arash, muka dia dah tak berapa merah sangat macam sebelum ni. Takpe, nanti aku review pasal product Moogoo ni pulak kat entry lain okey. Cehh bajet ade orang nak baca.. Hahaa

Okey, till then bye!

Tuesday, April 1, 2014

Birthday Ayra & Mommy

Assalamualaikum..

Ahoiii ni memang betul-betul basi punya cerita ni, bukan setakat basi je ni, siap berkulat-kulat lagi haaa. Hahahahaaa Nasib la labu.. Ni je masa ada yang lapang sikit. Tu pun sebab anak dara aku takde, boleh la nak update blog. Hewhewhew Kali ni nak story pasal birthday Ayra ke 2 tahun and sekaligus merangkap birthday mommy ke tettttt. Haaa dah tua dah ahkak ni. Tapi tak masuk 3 series lagi okeyh. Kitorang tak buat sambutan besar-besaran pun. Sambut anak beranak je kat rumah. Beli kek sebiji, buh lilin kita tiup saja.. Nyanyi sikit lagu birthday, tutup lampu.. Haa jadi la kann. Hehee belum lagi nak buat besar-besar. Tunggu la setahun dua lagi.. Eceyyy

Kek daddy yang beli, mommy kirim je..
 
Birthday girls...

Ayra dok pakai dress dia masa dia naik buai time umur dia 3 bulan dulu. Hehee recycle balik je. Memang muat lagi cuma singkat je la. Kena pakai dengan seluar. Takpe la kat rumah je kan, asal dapat masuk dalam gambar okey dah. Ayra serius tak sabar nak makan kek. Hahaaa Dia dok tiup-tiup lilin tapi jauh sangat mulut dengan lilin. Dah macam mana nak  padam apinya kan. Sudahnya mommy yang tiup. Daddy ambil gambar. Ayra dok sua-sua mulut nak ngap kek. Heheee


Dress masa dia naik buai dulu...







Bergambar beramai. Ayra takmau join sebab sibuk layan kek..



Takde cerita sangat pun sebenarnya. Just nak update je. Okeylah, ni untuk Ayra:

Ayra, 
Happy birthday yang ke-2 tahun sayang. Mommy harap Ayra membesar dengan sihat dan baik, jadi anak yang solehah, dengar kata orang tua, tak tinggal solat.. 
Pastu kita jadi best friend okey? Janji tau.. Lepas tu kena jaga adik Arash. Nanti besar belajar masak sedap-sedap tau sebab mommy tak berapa suka masak.. Hahaa 
Pastu nanti kita pergi jalan sama-sama, shopping sama-sama, pastu promise mommy you will tell and story everything yang jadi pada awak dekat mommy okey? Mommy takkan marah as long benda tu bukan benda yang salah.. Hehee 
Okeylah, mommy and daddy and adik (walaupun taktau pape) love you very much! Muuuahhhhh!


Ni daripada handphone daddy. Daddy pakai 360 ni... hahaa



Nota: Gambar semua tak berapa nak cun sebab semua ambil pakai phone je. Tak sempat nak amek camera..

Saturday, March 29, 2014

Mineral Coffee

Assalamualikum..

Eh korang pernah dengar tak pasal produk Mineral Coffee? Haaa rupanya dah lama dah produk ni ada kat pasaran tapi aku baru tau. Hahaa Produk ni keluaran Hai-O Marketing ya. Banyak kelebihan Mineral Coffee ni. Nanti scroll kat bawah eh. Aku memang suka sangat menum coffee, nescafe dan yang setara dengannya. Kira kalau tak dapat sehari tak sah la. Selalunya aku beli je produk-produk yang ada kat pasaran. Kadang beli brand yang tu, dah bosan beli brand yang ni pula. Ikut keadaan la.. Tapi lepas tau pasal produk ni, aku pun try la and sedap kot! Bahan utama coffee ni ialah kopi Robusta dan garam buluh.


Jom kita tengok kelebihan Mineral Coffee ni:

1. Membekalkan bahan mineral untuk kesihatan badan
2. Menghilangkan keletihan minda dan badan
3. Melegakan tekanan
4. Tiada gula digunakan
5. Tiada kolestrol
6. Tiada bahan pengawet
7. Sumber bagi magnesium
8. Terdiri daripada 100% bahan semulajadi, iaitu garam laut, buluh, tanah liat dan dihasilkan melalui cara pemprosesan yang khas
9. Kaya dengan bahan mineral dan elemen mikro seperti kalsium, magnesium, kalium dan lain-lain
10. Bersifat alkali dan membantu menyeimbangkan pH badan, mengekalkan keseimbangan nutrien badan dan menggalakkan metabolisme badan

Aku baru je tau yang garam buluh ni bagus untuk kita. Nak dapatkan pun susah juga sebenarnya, so bila dah ada dalam coffee ni kira lebih senang la kita nak dapatkan khasiatnya. Garam buluh ni biasanya diproses di Korea ye.



Coffee ni sesuai untuk kita-kita yang memang suka coffee, and yang bekerja, dan juga students. Eh pendek kata sesuai untuk semua laa. So, kepada sesiapa yang memang sukakan coffee di samping nak jaga kesihatan boleh la try minum Mineral Coffee ni. Sekotak ada 20 sachets, boleh minum hari-hari, atau selang-selang pun takpe. Kalau tak percaya try la google tengok keberkesanan Mineral Coffee ni. Bau memang best, rasa pun best sebab ada rasa masin-masin sikit. Hehee tu masin garam buluh la tu..

Kalau sesiapa nak cuba boleh dapatkan kat sini okeyh. Mesej/Whats App saja. 012-5406336. Nanti iolls bagi harga special sikit. Hehee Siapa-siapa yang duduk area Kajang atau Bangi atau UNITEN sana boleh COD. Jimat duit pos kan..


Thursday, March 20, 2014

My Independent Girl

Assalamualaikum..

Haa dah janji kali ni nak cerita pasal Ayra pulak. Bila tengok-tengok balik gambar lama, terjumpa la gambar masa Ayra duduk Penang seminggu. Haa untuk pertama kalinya terpisah dengan kitorang selama tu okey.. Macam tak caya pulak. Actually aku ni macam dah pernah terpisah secara tak langsung la masa beranakkan Arash ari tu. Sebab kan aku kena duduk wad seminggu. Kat wad ICU baby tu mana ada orang lain boleh masuk except ibubapa baby je. So kalau jumpa pun memang ikut tingkap wad je, tu pun sebab duduk dekat dengan tingkap.. Huhuu tetiba sedih pula teringat time tu.. Sebab macam dah 2 hari tak jumpa Ayra pastu daddy dia bawa datang tengok ikut tingkap, memula dia macam no respon tau, pastu lama sikit baru dia macam nak nangis pastu datang nak pegang-pegang tangan kita.. Huu sedih. Okey takmau ingat dah..

Ayra dapat basikal baru nenek ngan atuk Din dia belanja..

Lepas tu ok la dah balik semua and semua back to normal. Aku balik Perak berpantang kat sana. Dalam waktu pantang tu aku ade la balik Kajang dalam seminggu macam tu, tapi tu pun dah lebih sebulan la aku pantang. Hihii saja nak tengok rumah katanya. Time tu parents in law pun datang sama sebab abah ada meeting. Haa masa diorang nak balik Penang tu la diorang bawa Ayra balik sama. Kebetulan pulak dalam 2-3 hari after tu pun diorang kena datang balik. So kira pinjam dalam 2-3 hari la. 

Mommy pun rela laa sebab kan dalam pantang lagi, tak sanggup pula nak jaga dua orang sekali. Sekurang-kurangnya jaga Arash sorang je. Packing la baju-baju dia semua and buaian sekali sebab malam mesti kena tidur buai kalau aku takde. Sama la macam masa aku duduk hospital seminggu hari tu. Sebab biasanya kalau dia jaga malam dia nak ngempeng. Kalau aku takde memang dia nanges je la. Sebab tu kena ada buai, at least bila dibuai dia tidur la balik lama-lama.. Bekal susu kotak tu je la kat dia and vitagen tu semua. Yang lain pandai-pandai la opah dia. Hahaaa plus Acu Imah dia ada time tu, cuti. So memang Acu dia jadi babysitter la..



Kat Penang jalan-jalan and makan KFC

Ayra ni jenis tak takut orang. Pergi la mana-mana pun dia tak takut dengan siapapun. Bahaya juga kan? Tapi nak buat camne.. Hahaa kita boleh pantau je la. jadi masa dia ikut opah dia balik tu dia cool je la, siap boleh bye-bye lagi kat aku. Cisss hahaaa aku rasa sebab dia tak faham lagi, maybe dia ingat nak pergi jalan-jalan. Budak ni kalau jalan-jalan memang no 1..


My littel independant girl

So sepanjang dia kat Penang kitorang contact ikut phone je la thru whatsapp and call. Hari-hari Acu dia send gambar. Kadang-kadang buat video call tapi syarat dia mommy takleh masuk video sebab nanti dia akan nangis. Hahaaa memang betul pun! Sebab kitorang buat la masa hari dia nak balik Kajang balik, memang bila nampak aku je terus nak nangis. Hahaaa


Ok, siap dapat minum chatime lagi kannn Acu belanja

Acu dia cakap dia happy je duduk sana, maybe sebab ramai layan dia kot. Ayah Anis dia pun ada layan dia. Jadi dia tak ingat pun kat kitorang. Diorang pun selalu bawa pergi jalan, pergi main kat mcd la, pergi taman la.. Malam memang tidur buai. Siang main tab, tengok kartun kat tv.. 

So aku sekarang memang tak kisah sangat dah kalau diorang nak pinjam lagi. Boleh juga aku rehat sikit kan. Tapi berpisah tak lama laaa, paling-paling pun seminggu. Lagipun pada aku bagus gak buat macam ni. Sebab nanti dia biasa pergi mana-mana without her parents, pandai berdikari sendiri, tak terlalu bergantung kat parents. Tapi belakar slow-slow la. bukan drastik terus.. Hahaa

Okey la, good job Ayra. Nampak sangat awak dah besar cuma tak berapa faham lagi kot apa yang jadi. Tapi takpe, kita belajar slow-slow okeyh! Mommy and daddy love you so much lah!

Sayang awak ketat-ketat Ayra!

Saturday, March 15, 2014

Cerita Arash

Assalamualaikum. Halamakk, ini serius dah lama tak update blog ni. Apa nak jadi ni.. Huwaaaa Macam la sibuk sangat-sangat kan.

Ok lah kali ni kita cerita sikit pasal dak kecik Arash. Bulan ni nak masuk 3 bulan dah Arash. Masa sebulan dengan 2bulan punya check up buat kat Perak sebab still dekat sana lagi. Huii pelik-pelik perangai yang sorang ni. Mula-mula dulu sekali okey je, cool je Arash ni. Malam pun okey, tidur baik punya. Tapi dah lama-lama perangai berubah. Siang tidur je malam dah sudah, takmau tidur pulak. Bila tak cukup tidur start la mengamuk. Nanges sakan punya, terus masuk gear 5, menjerit meraung macam kena cubit kuat ni. Hahaa Stress mommy dibuatnya. Quite sometimes juga la dia macam tu.

Hai, saya Arash. Time ni saya kecil lagi.. Tengok tangan saya kan kurus lagi.. Hehee

Lepas tu dah lama sikit dah okey balik. Siang tidur okey, kadang-kadang je mengamuk. Malam pun okey, tapi malam kalau nak bagi dia lena betul kena bawak kat tempat tidur dia. Kat bilik atas katil, lampu tutup, kasi sejuk sikit.. Haishh manja ni.

Lepas tu ada perangai baru pulak. Tak boleh kacau jadual tidur makan dia. Hahaa maknanya kan kalau kitorang pergi jalan ke kenduri ke, yang menyebabkan waktu tidur dia berubah memang mood dia akan swing. Maybe sebab dia penat kot, lepas tu tak dapat nak tidur nyenyak, tu yang dia mengamuk tu.. Huhuu Ni nampak sangat macam tak bagi mommy pergi jalan-jalan ni. Ke awak yang nak kena tinggal ni Arash? Hihiii 

Haaa ni saya dah besar.. Hiarggghhh

Lagi satu, tang Arash ni memang semua boleh laa, tidur dalam buai boleh, tak bedung sangat pun boleh.. Hahaa masa Ayra dulu semua tak boleh.. Jangan tidur buai takut nanti nak pergi jalan susah kena ada buai.. Hahaa tapi by now pun Ayra tidur buai juga, since dia duduk dengan pengasuh ari tu, kat rumah pun kadang tidur buai. Dua-dua boleh, buai boleh, tak buai pun boleh. Arash pun camtu gak sebenarnya.. Hihii cuma dia cepat la sikit masuk buai compared to Ayra.

Harap-harap mood dia berubah la nanti besar sikit, kalau tak susah laa dik oi kita nak pergi jenjalan.. Hihii 2 bulan ni dah pandai senyum-senyum bila orang acah dia. Kalau rajin layan dia lagi dia suka, dok sembang-sembang. Taktau la apa yang dia nak cerita. Hehe Tengkuk pun dah keras sikit. Dah boleh la kalau tak pegang kepala tp kadang melentok juga anak teruna ai ni.. Tapi memang nampak cepat sikit la daripada kakak dia. Yang lambatnya rambut je. Rambut Arash lambat kot nak tumbuh balik after kena cukur. Tak macam Ayra, seminggu je nak tumbuh banyak..

Saya dah pandai senyum-senyum bila orang acah saya..


Itu je dulu update pasal Arash. Nanti next post kita cerita pasal Kak Ya pulak (Ayra).. Amboii dah kakak tu, tapi kitorang still panggil Ayra.. Tak biasa lagi panggil Kakya.

Tunggu Kakya di next post okeyh!


Friday, January 17, 2014

Ayra Berswimming Pool

Assalamualaikum..

Haiyaa, anak sulung dah besar, anak kedua dah keluar dah, header tak tukar-tukar lagi.. hahaa Nak tunggu photoshoot la baru tukar header. Boley? Taktau bila tahun nak tukar.

Tadi belek-belek gambar lama lepas tu terjumpa pula gambar Ayra pergi mandi swimming pool kat Penang. Ayra ni suka juga kat air, semua budak aku rasa suka air kot. Tapi jarang jumpa swimming pool bagai. Berbath tub kat rumah je biasanya. So ada sekali tu kitorang balik Penang. Musim hujan tapi kitorang gigih nak bawa pergi mandi pool. Kitorang pun pergi la pool kat Jakeview, dekat rumah abang ipar aku. Hujan renyai-renyai jugak time tu. Ulang alik la ke balcony rumah tengok hujan dah berhenti belum.

Sekali berhenti, kitorang pun zasss terus turun. Tukarkan baju Ayra semua pastu bawa dia pergi swimming pool. Mommy tukang amik gambar je, Acu dia yang pegang dia dalam pool.

Ayra dengan opah

Aksi-aksi Ayra lepas keluar pool


Okey, gambar masuk pool takde sebab keadaan acunya yang tak berapa semenggah. Hahaa Next time kalau Ayra mandi pool lagi kita share-share eh. Lepas ni ingat nak bawa pergi pantai pula la, main pasir. Tu alat-alat main pasir lama dah beli, tapi tak berkesempatan je nak pergi kan..

Okey la, tu je nak celoteh kali ni. Ni post saje suka-suka ni, takde kerja  di hari cuti. Ayra malam nanti baru sampai dari Penang. Arash kejap jaga kejap tidur. Time tidur ni la kita pun menaip-naip.. ehehee

Wednesday, January 1, 2014

Tahun Baru 2014

Assalamualaikum!

Happy New Year 2014!

Ingat nak buat last post untuk 2013 tapi tak sempat. Haha macam banyak sangat kerja kan. Padahal kau dok rumah belek anak, makan, tengok tv, tidur.. Hahaa

Anyway, macam-macam jadi in 2013. Ada suka and ada yang tak best. Tapi taknak cerita yang tak best sebab tak ingat pun dah. Alhamdulillah, 2013 bagi banyak cerita baru. Ayra masuk setahun and genap setahun ayra pandai jalan, first time sambut birthday sama-sama. 2013 juga aku pregnant lagi and delivered baby boy. Cukup dah sepasang. Rasa macam baru lagi beranak, tiba-tiba beranak lagi. Hahaa kalau ikut tahun, memang setahun satu anak aku. Pasni nak stop kejap la. Tunggu 2-3 tahun baru plan lain. Hee memang sakit beranak tapi tak serik. Boleh? Hahaa

Kakak vs adik

2013 juga aku berjaya habiskan masters aku and berjaya naik pentas, konvo sekali dengan baby dalam perut. Tak dapat nak bergaya pakai heels. Hahaa demi baby.. Habis je buat masters terus dapat kontrak 3months jadi RA. Dapat la beli barang sendiri, barang baby dengan barang ayra guna duit sendiri. Best kot! Hehee


2013 juga kami berjaya buat makan-makan secara kecil-kecil kat rumah baru kami. Dekat setahun kot baru ada rezeki nak ajak saudara mara dan kawan-kawan datang. Plus baca doa sikit. Barang rumah tak berjaya tambah lagi sebab iolss tak kerja lagi. Hohooo takpe la, kita pakai je apa yang ada dulu. Belum ada rezeki lagi la tu..

Ni je gambar yang ada masa buat makan-makan tu. Tak sempat nak snap gambar. Hahaa

Best friend aku, wana bertunang! Yeay! Akhirnya bertunang gak budak ni. Tapi yang tak bestnya aku tak dapat join sebab aku dalam pantang. Camne nak pergi kan. Tengok gambar je la. Gosip pun tak sempat lagi sebab memasing busy.. Anyway, congrats wana! Darah manis tu, sila berjaga-jaga. Hahaaa lagi satu, cecepat sikit kawennya, tak yah tunggu lama-lama..

Eh ape lagi ye? Hahaa tak tau dah apa nak tulis lagi. Apapun, harap tahun 2014 ni lagi banyak menda-menda positif yang jadi. Harap tahun ni lebih baik dari tahun lepas.

Eh lupa nak announce nama baby boy i. Hehee nama ni kitorang decide masa on the way nak pergi daftar. Hishh nama yang aku suggest dah ada tapi somiku tak nak pilih plak. Sudahnya cipta nama baru.. Hahaa takpe-takpe, anak lepas ni kena letak gak nama yang aku nak tu..

Syed Arash Arman Bin Syed Mohd Azrie Izanie

Ahaaa jangan tekujat plak tengok nama bapaknya lagi panjang.. Tu nasib baik nama anak takde mohd.. Ngeh3..


Lupa pulak nak letak gambar kakak. Nanti merajuk plak. Hihii Ayra behave sangat la sejak ada adik ni. Tapi kadang tu meragam gak, biasa la budak kan. Suka sangat cium Arash. Bangun pagi cium, dengar adik nangis cium, nak tidur cium.. Hehee 

Ok la tu je dulu kot. Nanti kita story lagi.. Bye!