Thursday, July 17, 2014

Kisah Arash

Assalamualaikum..

Entry ni dah lama terperap dalam draft, tak edit lagi untuk publish..

Lama betul tak menulis. Yerp, semua kerja yang tertangguh makin tertangguh. Nak story pasal anak teruna sorang ni, Arash.

Dah 3 bulan lebih dia tanggung sakit dia tu yang sebenarnya aku pun tak tau dia sakit apa since doktor ketiga yang aku jumpa kata dia allergy pula. So apa jadi dengan atopic dermatitis and eczema? Dia kata eczema bukan macam ni. Last sekali aku andaikan saja Arash ada sakit kulit. He has very sensitive skin. Allergy may be tapi not confirm yet allergy towards apa. Sebab memang aku tak dapat nak kesan lagi.

Disebabkan itu, aku pun dah berpantang sama. Sebab sakit kulit itu datangnya dari dalam, puncanya di perut. Memang telah dijelaskan dari dulu lagi cuma aku je yang tak perasan. Pantang la aku makan since aku breastfeed Arash. Ketepikan semua makanan yang gatal-gatal. Okey, cabaran besar sebab aku suka makan semua benda especially seafood. 

Tak bawa jumpa doktor ke? 

Tak bubuh ubat ke kat muka dia ni?

Dah cuba cream ni? 

Ni ruam susu ni, letak je gincu.. Baik la nanti

Anak sedara aku pakai ni elok.. Cuba ko try mana tahu okey..

Terima kasih banyak kepada yang prihatin. Yang tanya aku tak buh ubat tu aku tak paham la. Mak mana la yang taknak tengok anak dia sihat. Mak mana la yang sanggup tengok anak dia tergaru-garu sampai berdarah pastu nangis melalak-lalak. Macam-macam ubat dah aku bubuh. Dari yang 10 ringgit sampai yang seratus ringgit aku dah bubuh.

Sorry, awal-awal dulu aku memang tak nak bawa di pergi jumpa doktor. Sebab aku tahu doktor akan bagi ubat apa, cream apa. Dunia dah maju, aku dah lama tau pakai google. Sebelum apa-apa memang aku dah google siap-siap semua benda yang berkaitan. Mana ada doktor nak bagi ubat yang lambat baik? Kalau dia bagi ubat lambat baik ramai la yang komplen klinik dia tak bagus, lepas tu confirm takde orang datang dah. Korang tau ke ubat apa yang diorang bagi nak cepatkan baby korang baik? Sila la google. 

Tapi aku tewas gak selepas 2-3 cream yang aku yakin selamat untuk Arash aku gunakan dan tak nampak perubahan. Mula-mula klinik kesihatan. Yang ni secara tak langsung time check-up. Doctor kata atopic dermatitis. Dia bagi cream, dia kata cream ni takde ubat, cream untuk melembapkan semata. Aku yakin ni aqueous cream. Aku tak apply sangat kat muka. Kadang-kadang je aku apply kat kaki. Sorry, aku tak yakin dengan ubat ni.

Lepas tu aku pergi pula klinik pakar kanak-kanak kat sungai petani atas suggestion kawan kepada mertua aku. Doktor bagi ubat makan (gatal) dan ubat sapu. Ubat makan ye. Tapi sekali lagi aku tewas, aku bagi juga. Aku kurangkan dos. Cream aku tak apply. Magic betul, dalam 2 ke 3 kali bagi makan muka dah nampak beza, makin licin. Aku tak sedap hati. Balik dari penang sakit dia menyerang balik. Terus muka naik balik ruam-ruam dan start menggaru sampai berair. Ubat makan tu tak beri kesan dah. So aku stop bagi.

Doktor ke3 aku pergi kat klinik biasa je. Yang ni la kata bukan eczema, dia kata allergy. Jangan bagi orang cium Arash. Aku terdiam. Dia bagi ubat makan and ubat sapu. Aku refuse nak bagi since dia kata bukan eczema. Tapi aku bagi juga dalam 2-3 hari. Tengok takde perubahan aku stop. Cream aku tak apply.

Last sekali aku memang dah tak nak pergi klinik. Bukan setakat bazirkan duit tapi juga masa. Ubatnya pun belum tentu boleh sembuhkan Arash. Aku cuba kaedah lain. Yang paling utama sekali aku pantang makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan. Nak pergi buat allergy test aku tak mampu, so kita pantang lah sendiri dulu. 

Ok. Aku rasa macam dah panjang je post ni. Kita stop dulu. Nanti kita sambung lagi okey? 

4 comments:

Aishkirana7 said...

Boleh cuba produk ni Renew Lotion dr melaleuca. It is an mlm company but surprisingly works wonders on my eczema son. Xperlu join mlm kalau nak try the lotion can contact me at aishkirana7@gmail.com

Aishkirana7 said...

Saya pun ada anak eczema and have tried banyak sgt lotion out there..sampai tahap xtahu dh nak try lotion apa. As my dermatologist said...u have to find him the suitable mosturizer then the eczema can be prevented. Sekadar bkongsi. Hope this info can help.

Aishkirana7 said...
This comment has been removed by the author.
شركة المثالية said...


شركة تنظيف منازل بالخبر