Tuesday, April 1, 2014

Birthday Ayra & Mommy

Assalamualaikum..

Ahoiii ni memang betul-betul basi punya cerita ni, bukan setakat basi je ni, siap berkulat-kulat lagi haaa. Hahahahaaa Nasib la labu.. Ni je masa ada yang lapang sikit. Tu pun sebab anak dara aku takde, boleh la nak update blog. Hewhewhew Kali ni nak story pasal birthday Ayra ke 2 tahun and sekaligus merangkap birthday mommy ke tettttt. Haaa dah tua dah ahkak ni. Tapi tak masuk 3 series lagi okeyh. Kitorang tak buat sambutan besar-besaran pun. Sambut anak beranak je kat rumah. Beli kek sebiji, buh lilin kita tiup saja.. Nyanyi sikit lagu birthday, tutup lampu.. Haa jadi la kann. Hehee belum lagi nak buat besar-besar. Tunggu la setahun dua lagi.. Eceyyy

Kek daddy yang beli, mommy kirim je..
 
Birthday girls...

Ayra dok pakai dress dia masa dia naik buai time umur dia 3 bulan dulu. Hehee recycle balik je. Memang muat lagi cuma singkat je la. Kena pakai dengan seluar. Takpe la kat rumah je kan, asal dapat masuk dalam gambar okey dah. Ayra serius tak sabar nak makan kek. Hahaaa Dia dok tiup-tiup lilin tapi jauh sangat mulut dengan lilin. Dah macam mana nak  padam apinya kan. Sudahnya mommy yang tiup. Daddy ambil gambar. Ayra dok sua-sua mulut nak ngap kek. Heheee


Dress masa dia naik buai dulu...







Bergambar beramai. Ayra takmau join sebab sibuk layan kek..



Takde cerita sangat pun sebenarnya. Just nak update je. Okeylah, ni untuk Ayra:

Ayra, 
Happy birthday yang ke-2 tahun sayang. Mommy harap Ayra membesar dengan sihat dan baik, jadi anak yang solehah, dengar kata orang tua, tak tinggal solat.. 
Pastu kita jadi best friend okey? Janji tau.. Lepas tu kena jaga adik Arash. Nanti besar belajar masak sedap-sedap tau sebab mommy tak berapa suka masak.. Hahaa 
Pastu nanti kita pergi jalan sama-sama, shopping sama-sama, pastu promise mommy you will tell and story everything yang jadi pada awak dekat mommy okey? Mommy takkan marah as long benda tu bukan benda yang salah.. Hehee 
Okeylah, mommy and daddy and adik (walaupun taktau pape) love you very much! Muuuahhhhh!


Ni daripada handphone daddy. Daddy pakai 360 ni... hahaa



Nota: Gambar semua tak berapa nak cun sebab semua ambil pakai phone je. Tak sempat nak amek camera..

No comments: