Friday, January 4, 2013

VCO Antioxidants by Treenea

Assalamualaikum...

Kali ni nak perkenalkan satu produk kesihatan baru yang diberi nama VCO Antioxidants. Produk ni baru sangat2 lagi diperkenalkan. Dilancarkan pada 1 Januari 2013 baru ni, eh baru 4 hari la kan.. Hehe Apa itu VCO Antioxidants? Selalu dengar VCO je kan? Jom kita tengok apa itu VCO Antioxidants:


VCOAntioxidants

Minyak kelapa dara (VCO = Virgin Coconut Oil) yang diperoleh dari Treenea mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dibandingkan dengan minyak kelapa dara yang lain. Ia dihasilkan dari proses yang tidak menggunakan haba dan formulanya yang telah dikaji secara teliti dan terperinci menggunakan 100% pati kelapa dara organik yang bebas daripada kolestrol.

VCOAntioxidants kaya dengan Vitamin E (a-tacopherol), Vitamin A (retinol) dan Vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Vitamin A dan E juga dipercayai boleh bertindak sebagai agen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian penyelidikan menunjukkan ia berkebolehan mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan jantung.

Mengapa Makanan Yang Kaya Antioksidan Perlu?

Tubuh badan kita sentiasa terdedah pada radikal bebas yang terhasil daripada toksin-toksin alam sekitar seperti asap kilang, asap kenderaan, asap rokok, sinaran ultra violet (UV) dan pencemaran bahan-bahan makanan. VCOAntioxidants adalah kaya dengan sifat-sifat antioksidan yang berpotensi melindungi sel-sel pada tubuh badan manusia dari serangan radikal bebas. Oleh yang demikian sel-sel badan akan menjadi lebih sihat dan tekstur kulit akan menjadi lebih halus dan seragam.

Penyelidikan oleh para saintis mendapati, minyak kelapa dara terdiri daripada 90% lemak tepu yang kebanyakannya adalah trigliserida berantai sederhata (MCT). Ujian klinikal telah membuktikan MCT adalah merupakan agen pembekal tenaga segera. MCT tidak disimpan sebagai lemak dalam badan sebaliknya ia akan disalutkan kepada hati untuk membekal tenaga segera. Asid lemak ini kemudiannya akan ditukarkan ke sebatian keton (keton bodies). Sebatian keton sangat diperlukan oleh otak manusia apabila glukosa tidak dapat berfungsi untuk membekalkan tenaga. Kajian secara saintifik telah menunjukkan sebatian keton boleh membantu pesakit neurodegenerative disorders seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.

Selain daripada itu, sebatian keton juga didapati membantu serangan epilepsy. Pengambilan VCOAntioxidants secara oral dalam kadar yang tertentu akan menyebabkan tunuh kita dilindungi daripada serangan bakteria, kulat dan virus. Sistem imunisasi tubuh badan akan meningkat, selsema dan batuk akan berkurangan. Sebatian aktif seperti monolaurin, monokaprik, dan monokaprin, yang terbukti hasil daripada penghadaman VCO. VCOAntioxidants juga mengandungi bahan aktif seperti phospholipids serta sterol tumbuhan yang telah dibuktikan berupaya merendahkan tahap kolestrol dan meningkatkan tahap LDL dalam darah. MCT juga mudah dihadamkan dan dapat membantu mengawal berat badan jika diambil secara teratur dan berterusan.

Khasiat dan kebaikan VCOAntioxidants

- Membentu melancarkan sistem pencernaan
- Meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
- Membantu mengurangkan berat badan
- Mengurangkan kadar kolestrol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
- Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
- Membantu merawat pelbagai masalah kulit
- Menyokong fungsi tiroid
- Menghalus dan menyeragamkan struktur kulit
- Mengurangkan masalah jerawat
- Mengurangkan masalah senggugut bagi perempuan


Harga

RM 40/botol (Semenanjung Malaysia)
RM 43/botol (Sabah & Sarawak)

Sebotol VCOAntioxidants mengandungi 60 biji/tablet.
Pengambilan 2 biji/tablet sehari.
Boleh dimakan dan disapu untuk kegunaan luaran.

Minyak kelapa dara adalah didaftarkan di bawah Akta Pemakanan.
Sesuai diambil oleh semua golongan dan peringkat umur.

Tempahan

Sekarang kita ambil order dulu ye, so kita buka order dari sekarang sampai la 15 Januari 2013 untuk Batch 1 ni. Boleh email kat nurulafida87@yahoo.com atau boleh sms/whatsapp kat 012-5406336. Jangan telefon ya. 

Harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran ya. Biasanya kos penghantaran RM6 untuk Semenanjung dan RM9 untuk Sabah & Sarawak.

Cepat sebarkan pada kawan-kawan sebab 5 tempahan yang pertama kita akan bagi special discount sebab produk ni baru di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk jadi antara yang pertama menggunakannya!



No comments: