Selamat Tahun Baru 2013!!
Waa lambat sangat dah ni baru nak wish new year. Gagagagaa Ampun.. Ni gara2 semua orang tak sihat la ni. Eh tak semua, baby and mommy je tak sihat. Daddy sihat je sokmo! Yep, kami berdua tak sihat since Jumaat last week lagi and tahun baru pun tak de rasa apa2 sebab still not well. Paling risau Ayra la, dah 4-5 hari sakit tak baik2. Demam + batuk + selsema. Risau! Sebab sebelum ni demam sehari je then kebah dah. Ni masuk 3 hari tak ok lagi, plus hidung ada hingus and asyik sumbat je, memang Ayra dok meragam je la sepanjang masa. Main tak nak, tidur pun terganggu dan yang paling sedih sekali nak makan and minum susu pun susah sebab hidung dia sumbat, tak boleh nafas dengan elok. Makan sikit sangat! 2 sudu je nak, tu pun dalam 10min after dia muntah balik. Huuu Malam pun macam tu. Sampai aku pun nangis2 sekali ngan dia sebab kesian sangat.
Ni time ayra mula2 start demam. Esoknya pagi dah okey tp petang start demam and selsema semua..
Ni tgh sakit teruk. Minum susu, makan pun xselera. Hidung sumbat and asik muntah je smpai kena pakaikan tali kasut! (petua kata tuk stopkan muntah2.. Hehe)
Tapi Alhamdulillah, lepas pergi klinik kesihatan and cek darah semua Ayra okey, tak de masalah pape. And from that moment, she recovered slowly. Demam kebah, cuma tinggal batuk and selsema je. Hingus memang ada lagi sampai sekarang. Tapi syukur sangat sebab makan pun nak dah cuma tak banyak la, and main semua dah okey. Back to normal. Tidur malam pun dah okey, menyusu semua dah okey. Syukur sangat.
Okey time ni dah baik sket and dah nak main blk. Tgh kusyuk tgk gaspard and lisa...
Heee ni mmg btol2 baik cuma hingus xabes lagi.. Haaa dah baik start la aktif blk kan.. Ngeee
Okey la tutup cerita sedih itu. Apa azam tahun baru? Huwaaa azamku nak menamatkan pengajian! Hahaaa Betul, aku ada 1 sem lagi kat UKM (InsyaAllah) untuk habiskan masters aku. Mintak2 boleh la habis by this year. Lama sangat dah tangguh. Dan sekarang tengah pening dok cari babysitter Ayra. Siapa nak jadi babysitter Ayra please angkat tangan! Ngeh3... Ada la tanya kawan2, cuma tak dapat yang betul2 lagi. Huhuu Nak hantar nursery macam rugi pulak sebab aku nak tinggalkan Ayra bukan full day, sebab kelas untuk master ni bukan banyak pun. Yang banyaknya projek and research. So maybe dalam half day sajo.. And kemungkinan besar belah petang sebab based on experience kelas banyak hala ke petang.
Azam lain nan hado.. Tu je dulu. Buat banyak2 azam tapi tak tunai takde makna gak! Hahahaaa
Selama hidup setakat 25 tahun 11 bulan ni, aku syukur sangat2 sebab everything went smoothly. Tahun 2009 kenal and betunang dengan husband, tahun 2010 kita kawen, tahun 2011 dapat Ayra.. Syukur sangat2. Now husband pun dah dapat kerja tetap yang dia dah very comfortable sangat, rezeki semuanya. Alhamdulillah.. So takde apa dah yang aku nak sekarang, cuma nak kan yang terbaik sajo untuk masa akan datang. Anak no 2? Ngeh3 mau2, tapi nanti la dulu. Kasi can la Ayra dapat sayang2 lebih sikit. Heheee
Ok la, ni je kot kali ni. Next post InsyaAllah pasal cuti2 Malaysia di Melaka. Gambar tak edit lagi. Heh
Bye! Selamat tahun baru! Yeay!
No comments:
Post a Comment