Assalamualaikum..
Ok, as promised kita nak cerita pasal cuti-cuti Malaysia pulak. Actually cuti ni tanpa dirancang. Sebenarnya abah mertua aku ada workshop kat Melaka, so kitorang pun join la sekali since dapat hotel free semua. Ngeh3.. Guess what, ni first time aku pergi Melaka dengan suamiku.. Huwaaahahaa pakej sekali la pergi dengan anak. Masa cintan cintun tak penah sampai pun sini, sampai PD je dulu..
So workshop tu start dari Jumaat sampai Isnin tapi mak ngan abah mertua aku pergi dulu sebab abah ade workshop petang Jumaat tu, suamiku kerja lagi. Jadi kitorang gerak lambat sikit. Eh jap, lambat banyaaaak kot! Hahaa gerak kul 12 malam. Hambekk... Ni semua gara-gara makan dulu la, kemas baju la, buang sampah la. Hish banyak sangat nak kena buat dulu.. Hahaa
Esoknya baru la jalan tapi lambat jugak, dah tengah hari baru nak gerak. Ni semua gara-gara sampai lambat la, makanya bangun tidur pun lambat. Time jalan memang kitorang jalan berempat je, aku, husband, Ayra, dan mak mertua. Abah memang tak dapat join sebab workshop tu.. Tengah hari tu pergi la Bandar Hilir. Ooo mak aii ramai sangat orang! Ye laa, pergi time cuti sekolah kan, what do you expect? Confirm la ramai, kereta banyak, jem sana sini. Nak naik menara Taming Sari pun berjam tunggu oii! Tapi kitorang tak naik pun. Sebab ramai sangat orang tak larat la nak tunggu lama-lama. Kesian kat Ayra je.. Kami pun jalan je sekitar tu. Lepas tu pergi makan, pastu jalan dalam mall je, pastu balik hotel..
Start jalan-jalan.. On the way pergi Banda Hilir
Seronok tak tengok? Teringin aku nak naik beca yang happening tu tapi takde orang nak teman.. Haha
Itu Ayra, daddy and mak mertuaku
Sini tempat jual topi. Serius banyak, pastu rambang mata. Last sekali tak beli. Padan muka.
Okey, Ayra dah mengamuk panas + lapar.. Jom kita pergi makannn
Petang tu memang dah tekad nak bawa Ayra mandi kolam. Hehee So daddy pun kena turun sama la mandi, mommy tukang ambil video and gambar. Bukan main seronok lagi dak tu. Tu kira first time la Ayra mandi swimming pool. Seronokk sangat tengok dia happy. Hehee Sampai esoknya pun kitorang decide nak bawa dia mandi lagi. Tapi dia tak happy sangat sebab air sejuk kot compared hari sebelumnya. So memang mandi kejap je esoknya tu.
Ayra before mandi kolam. Dah lama beli swimming suit ni, ni first time pakai. Nasib muat lagi. Haha
Sukeeeeeeeeeee sangat gambar ni. Gambar daddy and Ayra, comelnyeeeeeee (ok, puji anak sendiri.. pang2!)
Heeee
Hamboih nak oi, dah pandai temenung dah haaa, dok fikir masa depan ape? Agagagaa
Paling best bila dapat makan ikan bakarrrrr... Ngeh3 mana lagi kalau bukan kat Umbai. Kat sana kitorang makan kat kedai belakang sekali, nama Parameswara. Macam2 ado, ikan bakar, kepah besau, sotong goreng tepung, sayur campur, ikan masak 3 rasa, kerabu mangga.. Semua best! Sampai terlupa nak capture gambar, sebab lahap benor udah lapar.. Hahaa Plus Ayra mengantuk masa tu, so beliau sangat tak behave. Terpaksa den nyusukan dia, cover-cover dengan pashmina. Panas hokey, mengamuk beliau!
Dah habis makan semua jalan sikit cari pape yang patut untuk kenangan giteww. Lepas tu terus balik hotel, and kitorang pun siap-siap la nak gerak balik Kajang. Mak tak ikut, tunggu abah sebab esoknya Isnin abah ada workshop lagi.
Lepas ni ke mana pulak kite yeop??! Ngeh3...
No comments:
Post a Comment