Sunday, April 22, 2012

Life As A Mommy

Entry Date: 15 March 2012


Betul la kata orang, memula buat blog ni kita cerita pasal diri kita, aktiviti kita seharian, lepas tu cerita pasal boyfriend kita. Nak kahwin kita postkan entry2 berkenaan persiapan pertunangan, perkahwinan. Dah kahwin cerita mengenai kehidupan lepas kahwin, honeymoon semua. Then cerita pasal pregnancy, dah ada baby confirm cerita pasal baby. Haha memang xboleh lari la daripada sequence ni.

Eh2, serupa la kot dengan blog ni! Huehehe

Seronok ke jadi ibu? Ewahh soalan, jawapan confirm la seronok! Walaupun mula2 tu memang tak dinafikan, penat! Sebab ape? Sebab dulu2 masa berdua boleh jalan ke sana sini, boleh tido dengan lenanya! Now takde dah mende2 tu.. Haha tido pon xlena mana. Malam kejap2 jaga bila si kecik uweek2, bangun laa bagi susu. Paling geram bila ayra xmau tido after diberi susu. Nak kene tunggu sejam ke 2 jam after baru boleh lena. Kalau tak, pantang letak, confirm nanges!

Tapi tu semua lumrah la kan, tak boleh nak salahkan sesiapa. Hehe memang baby macam tu. So, kita redha je la. Layan kan je rengekan si kecik sebab I am sure nanti bila dia dah besar dia xkan jadi mcm tu lagi, confirm kita pulak yang rindu that moment.


My Little Adelia Ayra

Tapi paling sedih tengok ayra bila kuning dia xmau surut2. Masa mula2 check Ayra kuning 11.9. After that naik sampai 15. Tapi lepas tu turun sikit2 sampai la 12 something. Dah sampai takat tu kuning Ayra xmau turun dah. Macam2 tau dah buat kat Ayra ni, mandi dukung anak, mandi air sirap, mandi air herba cina, bagi halwa kundur, air zam-zam, anggur hijau, still kuningnya tak turun2. Betul, kuning ni perkara biasa, tapi kalau sampai sekarang xde perubahan mommy daddy mane yang tak risau betul tak? Disebabkan prolong jaundice ni, Ayra kena refer to hospital. Pergi hospital Ayra kena ambil darah dengan air kencing. Sayu hati bila tengok tangan kecil Ayra kena cucuk sebab nak ambil darah. Meraung2 dia. Lagi 2 weeks baru dapat result. Harap2 takde pape la kat Ayra, mintak2 semua okey.

Ada orang kata kuning ni perkara biasa. Ada baby yang kena kuning sampai 2-3 bulan. Lama-lama akan hilang jugak cuma lambat dengan cepat je. Mommy ni sumpah xberapa nak expert pasal penyakit ni, cuma mampu berdoa dan bertawakal je, harap2 takde pape jadi kat Ayra. Mintak2 hilang la jugak kuningnya tu nanti without affect pada Ayra, insyaAllah. Siapa2 yang baca blog ni, minta doakan sekali kesihatan Ayra ye! =)


Update: Ayra dah okey sekarang. Kuning pun dah tak de due to mata die xkuning2 dah, kulit pun dah tak kuning. Alhamdulillah...

No comments: