Thursday, April 19, 2012

Lahirnya Syarifah Adelia Ayra

Entry date: 4 March 2012


As I promised yesterday, ni story pasal kelahiran si kecil. Awas! Entry panjang.. Hehe

Syukur Alhamdulillah.. Segalanya dipermudahkan. Sangat tak sangka kelahiran Ayra memudahkan segalanya. Syukur…

Sabtu, 25 Februari 2012

Husband kerja. Oh2, semenjak tukar kerja, husband terpaksa kerja hari Sabtu gak. Sedey sbb selalunya Sabtu boley manja2 + jalan2 ngan husband.

Pagi tu tak de rasa papepun. Kami 3 orang (aku, mak mertua, dan adik ipar) bersiap2 nak pergi Tesco, nak beli barang dapur. Dah pergi tesco dan pasar seme kami gerak balik rumah. Oh2 nak terkencing. Pergi toilet, eh2 cam ade coklat2 sket kat panty liner. Opss, blood stainkah? Tapi masih cool and buat cam xde pape. Plus xsakit pon. So decide tuk diam je since nak pegi amek mak and abah kat Putrajaya Sentral. Diorang dating sebab nak ambil kereta bawak balik Perak.

Lepas amek mak and abah, balik rumah trus g toilet sebab nak terkencing lagi. Oh ade lagi la tanda coklat2 tu. Now rasa macam dah sah dah tu blood stain. Tapi still cool and xmau bagitau sape2 lagi sebab xmau diorang semua risau.

Maghrib tu kami decide nak pergi makan besar kat luar ramai2 since 26th is my birthday. Kira nak sambut birthday skali la. Hihi Time ni decide nak bitau husband pasal blood stain tu. And sebenarnya dah sakit pinggang sket macam nak datang period. Husband pulak decide nak bitau mak mertua. Then, mak ckp haa nak dekat la tu. Tapi tak bitau mak and abah, xmau susahkan diorang.

Pergi makan kat Ampang. Ohh tobat xmau makan dah kat sini sebab service slow sangat! Amek order pun nak kene tunggu setengah jam. Makanan sampai sejam selepas tu! Serius ktorg seme dah tensen sangat2. Ohh time ni sakit pinggang makin menjadi2 smpaikan kena genggam something masa sakit tu datang. Mungkin ni la contraction. Masa makan pun xenjoy. Mak ingat aku dah tensen sebab makanan lambat sampai tapi sebenarnya aku tahan sakit.

Masa nak blk ckp kat husband nak g hospital trus, nak cek. Time ni baru decide nak btau mak and abah. Pas bitau, diorang pun xjadi balik perak, trus ikut pergi hospital. Kat hospital, daftar semua then terus masuk. Masa nak tunggu Dr. dtg cek mmg sakit pinggang dah tak tertahan dah. Mengerang2 rase. Dr. pun datang cek and guess what, dah 8 cm! Tak lama lepas tu rasa cam ada air keluar. Cepat2 bitau nurse kata rasanya air ketuban dah keluar. 

26 Februari 2012

Terus diorang bawa pergi labour room. Lepas je air ketuban pecah, memang rasa nak meneran je. Aku dah set dalam minda kata jangan teran, jangan teran tapi rasa nak teran tu  memang datang sendiri.

Nurse panggilkan husband. Kat labour room memang xboleh tahan dah. Nurse pun cakap okey, kalau dah sakit teran macam nak berak. Tangan pegang buku lali, kepala naik sikit, tengok perut, and teran.  Alhamdulillah, after 4 kali sakit datang and meneran, baby selamat keluar pada 1.14am. Syukur sangat2. Ucapan Alhamdulillah je yang keluar dari mulut ni. Nurse letak baby kat dada sementara kuarkan uri.

Nurse bawak baby and bersih2kan. Time ni nak jahit plak. Ohh xmau ingat peristiwa ni! Seriously, time nak keluarkan baby sangat enjoy, tapi time nak jahit memang perit, sampai menggeletar badan2. Plus, Dr. kata luka teruk, sampai buntut. Aku memang zikir je la sepanjang Dr. jahit tu. Dekat sejam lebih proses jahit menjahit tu.

Lepas tu baby datang, nurse suruh bagi susu. Haha time ni memang kekok nak bagi susu kat baby, sebab xtau + xreti. Hahahah sampai la ade nurse datang tolong ajarkan camne nak bagi susu. Baby menyusu tapi mcm xberapa pandai lagi.

Dalam pukul 6 am, nurse bawa pergi wad. Aku dapat wad second class, ada 4 orang satu bilik. Dok kat wad dalam sehari setengah then Dr. bagi balik. Yeay!

Apapun pengalaman yang aku tempuh, memang sangat berbaloi. Akhirnya dapat merasa macam mana mengandung, sakit contraction, melahirkan secara normal, and kena jahit. Syukur sangat2 sebab proses kelahiran baby singkat je, xsampai 1 jam. J And guess what, akhirnya dapat jugak birthday sama ngan mommynya! Hadiah yang tidak terhingga di hari lahir yg ke-25…


Ayra hari ke-2 (tak macam muka perempuan kan? hihi)

No comments: