Entry date: 4 March 2012
As I promised yesterday, ni story pasal kelahiran si kecil. Awas! Entry panjang.. Hehe
Syukur Alhamdulillah.. Segalanya
dipermudahkan. Sangat tak sangka kelahiran Ayra memudahkan segalanya. Syukur…
Sabtu, 25 Februari 2012
Husband kerja. Oh2, semenjak
tukar kerja, husband terpaksa kerja hari Sabtu gak. Sedey sbb selalunya Sabtu
boley manja2 + jalan2 ngan husband.
Pagi tu tak de rasa papepun. Kami
3 orang (aku, mak mertua, dan adik ipar) bersiap2 nak pergi Tesco, nak beli
barang dapur. Dah pergi tesco dan pasar seme kami gerak balik rumah. Oh2 nak
terkencing. Pergi toilet, eh2 cam ade coklat2 sket kat panty liner. Opss, blood
stainkah? Tapi masih cool and buat cam xde pape. Plus xsakit pon. So decide tuk
diam je since nak pegi amek mak and abah kat Putrajaya Sentral. Diorang dating
sebab nak ambil kereta bawak balik Perak.
Lepas amek mak and abah, balik
rumah trus g toilet sebab nak terkencing lagi. Oh ade lagi la tanda coklat2 tu.
Now rasa macam dah sah dah tu blood stain. Tapi still cool and xmau bagitau
sape2 lagi sebab xmau diorang semua risau.
Maghrib tu kami decide nak pergi
makan besar kat luar ramai2 since 26th is my birthday. Kira nak sambut
birthday skali la. Hihi Time ni decide nak bitau husband pasal blood stain tu.
And sebenarnya dah sakit pinggang sket macam nak datang period. Husband pulak
decide nak bitau mak mertua. Then, mak ckp haa nak dekat la tu. Tapi tak bitau
mak and abah, xmau susahkan diorang.
Pergi makan kat Ampang. Ohh tobat
xmau makan dah kat sini sebab service slow sangat! Amek order pun nak kene tunggu
setengah jam. Makanan sampai sejam selepas tu! Serius ktorg seme dah tensen
sangat2. Ohh time ni sakit pinggang makin menjadi2 smpaikan kena genggam
something masa sakit tu datang. Mungkin ni la contraction. Masa makan pun
xenjoy. Mak ingat aku dah tensen sebab makanan lambat sampai tapi sebenarnya
aku tahan sakit.
Masa nak blk ckp kat husband nak
g hospital trus, nak cek. Time ni baru decide nak btau mak and abah. Pas bitau,
diorang pun xjadi balik perak, trus ikut pergi hospital. Kat hospital, daftar
semua then terus masuk. Masa nak tunggu Dr. dtg cek mmg sakit pinggang dah tak
tertahan dah. Mengerang2 rase. Dr. pun datang cek and guess what, dah 8 cm! Tak
lama lepas tu rasa cam ada air keluar. Cepat2 bitau nurse kata rasanya air
ketuban dah keluar.
26 Februari 2012
Terus diorang bawa pergi labour
room. Lepas je air ketuban pecah, memang rasa nak meneran je. Aku dah set dalam
minda kata jangan teran, jangan teran tapi rasa nak teran tu memang datang sendiri.
Nurse panggilkan husband. Kat
labour room memang xboleh tahan dah. Nurse pun cakap okey, kalau dah sakit
teran macam nak berak. Tangan pegang buku lali, kepala naik sikit, tengok
perut, and teran. Alhamdulillah, after 4
kali sakit datang and meneran, baby selamat keluar pada 1.14am. Syukur sangat2.
Ucapan Alhamdulillah je yang keluar dari mulut ni. Nurse letak baby kat dada
sementara kuarkan uri.
Nurse bawak baby and bersih2kan.
Time ni nak jahit plak. Ohh xmau ingat peristiwa ni! Seriously, time nak
keluarkan baby sangat enjoy, tapi time nak jahit memang perit, sampai
menggeletar badan2. Plus, Dr. kata luka teruk, sampai buntut. Aku memang zikir
je la sepanjang Dr. jahit tu. Dekat sejam lebih proses jahit menjahit tu.
Lepas tu baby datang, nurse suruh
bagi susu. Haha time ni memang kekok nak bagi susu kat baby, sebab xtau +
xreti. Hahahah sampai la ade nurse datang tolong ajarkan camne nak bagi susu.
Baby menyusu tapi mcm xberapa pandai lagi.
Dalam pukul 6 am, nurse bawa pergi
wad. Aku dapat wad second class, ada 4 orang satu bilik. Dok kat wad dalam sehari
setengah then Dr. bagi balik. Yeay!
Apapun pengalaman yang aku
tempuh, memang sangat berbaloi. Akhirnya dapat merasa macam mana mengandung,
sakit contraction, melahirkan secara normal, and kena jahit. Syukur sangat2
sebab proses kelahiran baby singkat je, xsampai 1 jam. J And guess what, akhirnya
dapat jugak birthday sama ngan mommynya! Hadiah yang tidak terhingga di hari
lahir yg ke-25…
Ayra hari ke-2 (tak macam muka perempuan kan? hihi)