Thursday, September 19, 2013

Mari Update

Assalamualaikum..

Lama dah tak merepek, jadi moh la kite bercerita panjang. Raya dah habis dah, ingat hari tu nak buat entry sempena raya, tapi dok tangguh-tangguh, last sekali habis terus raya. Hahaa Macam PM kau ye! Sibuk sangat gayanya. Apapun, raya berjalan dengan lancar. Balik Hutan Melintang, lepas tu Sungai Siput and last skali singgah Penang. Pastu balik terus Kajang. Ingat nak singgah Hutan Melintang balik tapi dah kepenatan sangat. Masa balik dari Penang pun salah timing, jem wehh! Tension kitorang..

Satu family besar belah husband. Tapi ada yang tak cukup ni..

Family mertua

Ini kami satu family. Ayra takmau tengok camera sebab tergedik-gedik nak jalan

Baju raya disponsor oleh nenek. Tq nenek!

Alhamdulillah, Ayra membesar dengan sihat. Makin hari makin pandai and sometimes makin buas, lasak dan asyik buat perangai je. Huhuuu Letih betul nak layan. Sorry Ayra kalau kadang-kadang mommy termarah. Actually bukan marah apapun, tapi dah geram sangat la tu sampai takleh nak tahan. Hahaaa Lepas bebel-bebel sket, nasihat sket then ok la balik, moh le kite peluk cium balik. Hikss

Saya dah besar and lasak!

Ustazah Ayra

Now jadi chef plak. Jom masaksss

Yeay, saya jumpa coins! Nak masuk tabung.. Ngehehee

Alhamdulillah lagi sebab pengajian iolls dah setel. Tinggal nak tunggu tesis siap jilid then hantar kat office dekan. Lepas tu merdeka la kite. Hihihhhhiiii Seronok aih! InsyaAllah next month berkonvo la kita dengan perot boboyot. Oh ye, Alhamdulillah saya pregnant lagi! Now dah 6 bulan dah, so edd dalam tengah bulan December gitew. Harap everything's going well macam Ayra dulu. Sebenarnya tak plan pun, and tak sangka pulak boleh pregnant balik dalam masa terdekat. Dekat la jugak kan sebab Ayra belum 2 tahun lagi. Doc pun tekejut and tak suggest, so after this kena la merancang betul2. Hukss. Aku ni bab-bab merancang ni yang malas ni, malas nak fikir nak pakai apa.. Tapi ni dah rezeki, kami terima dengan gembira! Yeay! Tak pergi scan lagi, maybe dalam hujung bulan or bulan depan kot.

Okey, start dah duduk kat klinik berjam2 macam dulu..

Sekarang tak jadi lagi la nak cari kerja since perut dah beboyot macam ni. Pergi swasta confirm diorang tak terima sebab nanti baru je kerja dah nak cuti panjang kan. Allah mudahkan segalanya, aku dapat kerja kontrak as RA kat UKM with my supervisor projek masa buat masters. So, cukup la 3 bulan, pastu pop2, pastu pantang, pastu baru la cari kerja bebetul. Hehee Tapi yang gov punya isi la sebab biasanya gov ambil masa kan..

Ehh, terselit plak gambar ni.. Hahaaa

Okey, apa lagi nak cerita eh? Pasal pregnancy? Pasal Ayra? Pasal aktiviti harian? Aiyoo taktau plak dah nak story apa. Hahaaa Takpe la nanti kalau ada idea ai post entry lain hokey...

Till then, bye!


Friday, August 2, 2013

Ish Kenapa Malas Sangat Ni?

Ahaaiii... Bila pagi berkobar-kobar nak siapkan writing thesis. Tapi buat alasan - Ayra ni tak boleh kena tinggal la, Ayra suka kacau la, Ayra nak main laptop sesama kalau nampak mommy dia dok depan laptop. Bila Ayra dah tidur, eh banyak la pula kerja rumah nak kena settle, basuh baju la, sidai baju la, gosok baju la, basuh bilik air, sapu sampah. At the end, eh tunggu malam la time Ayra dah tidur - boleh buat nescafe, buat kerja sambil minum-minum, kompem ilham datang. Tapi bila dah malam tengok anak tidur, alahaaaai mata ni pun kuyu je oi, nak join sama tidur. Ish lepas tu dok fikir, buat pagi esok la. Tapi keadaan sama berulang. Apakah??? Help me, help!!


Saja nak tepek gambar ni. Ni la tempat kajian aku.. Aku buat kajian kompos

Result dah keluar. Dah check dah pun. Alhamdulillah.. Walaupun pointer dan grade tidak membanggakan tapi aku suka sebab lepas untuk graduation tahun ni. Syukur.. Aku pun tak expect boleh dapat pointer yang okey-okey je la sebabnya sem 2 ni subjek memang quite tough. Especially subject risk assessment and wastewater treatment design. Yang risk tu aku tak faham sangat. Yang design tu aku asyik tak dapat je bagi apa yang lecturer minta. Hoii expectation lecturer tinggi uiii. Selalu sangat bila time kelas dia je aku and the gang mesti muka pucat lesi, eh ke aku je yang pucat lesi? Hahaaa Time present je mesti ada yang tak kena, soklan prof bagi pun aku asyik tak boleh nak jawab. Hishh Ko ni belajar ke tak ni? Tapi yang best kelas solid waste management. Mana tak bestnya, lecturer sangatlah baik dan penyayang dan sporting dan understanding dan semua-semua laaa yang positif. Assignment tak siap takpe, hantar next week. Calculation tak reti buat takpe, hantar after exam. Presentation tak dapat jawab, hoi beliaulah yang tolong jawabkan balik. Ohhh Dr, kami sangat sayang la kat Dr! Dan subjek beliaulah satu-satunya subject yang dapat A. Ngeh3...


Ni la hasil kompos. Food waste turn to compost product u olls

Jadinya sekarang semua terletak pada thesis. Kat result tulis TL - hey bukan tak lulus ye, tapi tak lengkap. Takpe kata hati, sebab beliau dengan beliau dengan beliau tu pun tenga writing juga, tak siap lagi. Tapi tiba-tiba ada sorang coursemate aku dah siap. Eh siap jilid tahu! Dah hantar kat office dah, dan beliau dah balik kampung halaman bercuti kegembiraan dah. Alamak! Tiba-tiba tangan dah menggeletar tapi diri masih tak sedar, perangai lama masih melekat. Adoiii


Lepas tu aku berjaya hidupkan tumbuhan ni guna compost tadi. Muahahaaa Bangga ai tau

Lepas tu pulak, dan-dan la time nak raya ni juga aku dok fikir macam-macam nak kena buat. Eh nak buat biskut raya laaa, eh nak jahit manik kat baju Ayra laa.. Amboihh semua nak buat time ni kan. Ohhh Kuatkanlan hatiku ini! Moh la cepat kita settlekan menda ni. Tak larat dah ni. Yang husband dok bising cepatlah cari kerja, dah isi ke kerja kosong, dah hantar resume ke belum.. Adoiii. Tu la kan dah lama sangat duduk kat rumah sampai dah seronok sangat kot duduk rumah. Tak mau keluar dah. Kalau keluar pun sebab nak shopping tapi fulusnya yillekk! Hahahaa

Okey, membebel panjang macam ni ada pulak masa kan? Nak writing malas kan? Apakah ini wahai cik pida oi?? Sudah. Jom sambung usha baju kat thepoplook, lepas tu sambung writing balik. Aahahhahhaaaa


Anak baru. Eh sudah... Perasan! Hahaa Rindu budak bambam ni!

Wednesday, July 31, 2013

Lama Menyepi

Assalamualaikum!

Hamboih.. Ni dah lama sangat-sangat dah ni menyepi. Macam dah nak tutup dah ha blog ni. Hahaaa Sorry la, memang agak busy sikit kebelakangan ni. Ditambah pula dengan Ayra yang ooo mak ai, buasnya la hai sekarang ni. Letih den nak jaga. Kat rumah time dia wake up kena main je la dengan dia 24hours. Time tidur kita dah nak berkejar-kejar buat kerja rumah. Some of houseworks je boleh dibuat masa dia celik. Tidur pun bukan lama sangat, kerja tak siap lagi dia dah bangun dah.. Aiyooo..

Oklah.. Kali ni punya post memang nak sembang-sembang kosong je. Takde motif. Hahaa Saja nak cerita apa jadi kat kitorang sepanjang kebisuan ni.. Cewahhh First skali of course la sebab nak cerita busy dengan study. Dulu dah postponed almost a year tahu, sebab Ayra keluar kan so sekarang baru la start balik. Start masa hujung Februari dulu and now dah settle dah semua kelas dan exam. Tinggal lagi nak siapkan thesis. Mencabar sangat-sangat la study time ada anak ni. Serius! Sebab nak kejar masa nak siapkan semua assignment, exam and thesis. Ayra ni suka kacau tau. Dia macam tahu je kalau kita nak buat kerja. Phewww jenuh nak berlumba-lumba dengan dia.. Huhuu So InsyaAllah graduation untuk study kali ni tahun ni juga Aminn... Please doakan ya!  


Mommy sayang Ayra! Ni gambar lama ni..

Ayra 26 Julai yang lepas ni genap 17 bulan dah Ayra. Macam tak sangka Ayra dah sebesar ni tahu. Cepat betul masa berlalu. Even tak sangka pun dah kahwin. Ahahaaa Tu dah lebeyhh.. Ayra aktif, syukur sangat sebab dia jarang sakit. Kalau sakit pun demam macam tu je for one to two days. Alhamdulillah.. More than that, Ayra membesar dengan baik, gigi dah banyak tumbuh, cukup setahun dia berjalan, and now dah terkedek-kedek berlari. Tapi taknak cakap lagi. Dok uuu aaa uuu aaa je. Hahaaa Memang saja kot nak cakap lambat sikit. Tapi bijak sangat budak kecil ni. Dah tau angkat tangan when we said 'Put up your hands', pandai pejam mata bila cakap 'Close your eyes' and dah pandai salam. Kiss pun pandai tapi bila kiss mesti mulut buat bentuk 'O', habis air liur kena kat pipi. Dah pandai nak pakai socks, tahu apa itu cat, and kalau dapat keluar rumah memang seronok yang sangat-sangat la. Suka pegang macam-macam lepas tu masuk mulut. Hishh yang ni mommy tak suke. Baru ni dah tau bila kita cakap no, no, no dia pun dok buat tangan no, no, no. Ahahaa Kelakar la awak ni Ayra... Tapi mommy sukaaa! Penat macam mana pun layan je la.


Ayra yang macam gangster. Hahaa muka tak nak manis ni..

Tapi kadang-kadang tu memang geram juga dengan Ayra ni bila dia buat hal. Hoihh menimbulkan amarah betul. Dia tau bila kita marah.. Cakap je aipp, amboihh dia ni, pastu bebel-bebel sikit, tak lama lepas tu dia nangis la. Hahaaa Kadang-kadang saja je nyakat dia dok marah-marah nak tengok dia menangis. Hahaa jahat betul mommy ni!

Rumah sekarang pun syukur... dah ada gril, so takde la risau sangat duduk rumah siang-siang. Tambah pula kiri kanan orang renovate rumah, workers bangladesh indonesia banyak, kadang takut juga. Huhuu Malam pun dah tak berapa risau bila daddy Ayra balik lambat. Barang rumah memang tak lengkap lagi since daddy sorang je yang kerja kan. Tunggu mommy kerja la baru mommy boleh tolong lengkapkan barang rumah. Now kita letak yang basic saja. As long as ada tempat berteduh. Syukur...

Eh nak raya dah kan kita ni. Tup tap tup tap next week dah nak raya. Cepat betul masa berlalu. Now tak sabar pulak nak tunggu raya, dapat makan rendang ketupat lemang.. Uihhh sedapnya! Baju raya sehelai je la kali ni yang baru. Yang lain rotate je pakai baju yang lama-lama. Lagipun bukan selalu pakai. Yang tahun lepas punya baru je 2-3 kali pakai.. Hahaaa Pakai pun sebab pergi kenduri dengan exam hari tu. Kalau tak memang tak pandang la baju kurung tu.. Ngeh3 Tapi baju Ayra ada 2 pasang, tengok-tengok nenek dia dah buatkan. Satu untuk kat rumah nenek satu untuk dekat rumah opah. Kira adil la kan.. Hehee


Ni gambar latest jugak la, dalam minggu lepas. Dah ayu sikit sebab dah ada subang. Hehee

Baju sekarang senang je nak dapat kan. Minggu first pergi jalan kat PKNS Shah Alam.. Huihhh banyak sangat baju cantik-cantik, harga pun berpatutan. Memang kira berbaloi la kalau beli. Daripada dok beli kain, lepas tu tempah kat tailor, pastu tambah manik-manik, hish mahu rugi jadinya nanti. Tu haa kalau taknak baju kat PKNS or Jalan Tar, pergi je Tesco beli baju Jovien Mandagie tu. Berbaloi uih, plus orang tahu tu baju designer terkanal. Hihiii Tapi ai tak mampu la lagi, melainkan kalau dah kerja, hah memang boleh la beli pakai bonus sendiri. Hahaaa

Eh okeylah melalut je lebih. Dah panjang sangat dah ni. Nanti kita sambuung next post pulak la.. Hehee Till then, see ya!


Monday, April 8, 2013

Aktiviti Bulanan

Assalamualaikum..

Ahhaaa, dah terlambat juga nak update blog. Tapi kalau tak update macam takpe je, sebab bukan ada orang nak baca pun kan? Ahahaaa Takpe la, just nak keep in memory semua-semua ni. So that kalau tiba-tiba teringat and nak tengok balik, kita buka saja blog ni kan... Kan ke mudah lagi senang giteww..

So, start Februari hari tu bermulalah pertambahan peranan aku kat hidup ni, menjadi seorang student kembali. Yep, aku sambung balik study aku yang dah bertangguh setahun itu. Oii liat oi nak start balik. Gear tak mau masuk-masuk. Asik dok gear 1 je, hahaaa. Sebab dah seronok sangat duduk kat rumah kan setahun.. Nah ambik! Sila berubah ye Cik Pida! Banyak juga yang dah berubah. Ayra dah kena hantar kat babysitter (hukhukk sedey sangat! walaupun hantar tak lama). Betul, aku hantar Ayra only pada classes day. Itu pun 3 hari je seminggu and half day je for each day. Tapi kadang-kadang kena hantar lama juga since nak siapkan kerja that need to be done at UKM itself. Mau tak sedey, sebab dah setahun Ayra duduk 24hours dengan aku, so tiba-tiba dia takde rasa tak seronok hokey. Tapi... bertabahlah hati! Ohhh

Dah 3 minggu berturut-turut kami takde kat rumah. Travel Penang and Perak. Haaa nak buat kerja rumah pun terpaksa bertangguh kan. Baju, lantai semua kena tangguh nak bersihkan. Asal hujung minggu je takde kat rumah. Minggu ni baru dapat rehat kat rumah. Hahaa Tapi aku tak rehat mana pun, nak kena kemas semua-semua. 1st and 2nd week kami balik Penang sebab husband ada kerja kat Kulim. Haa dapat jugak la lepas gian nak makan best kat Penang - siput duri, pasembur, kari kepala ikan line clear, nan cheese milani, kerang bakar, sotong kangkung.. Huii heaven okey! Lepas tu dapat pergi shopping kat kedai feveret. Ngeh3.. Seronokkkkkk sangat! Lepas tu dapat la bawa Ayra pergi Butterfly Farm. Saja nak bagi dia tengok butterfly. Hehee 3rd week pula balik Perak sebab ade kerja pula kat Manjung. Tapi mak aku tak berapa sihat, Ayra pun tak sihat sangat time ni, so kami balik pun tak berjalan sangat. Duduk rumah je. Sempat la bawa mak pergi klinik and Ayra buat neb. Sebab batuk dia still ada time ni. But now Alhamdulillah dah okey. Cuma tak de selera nak makan. Makan sikit sangat, tapi main very the active ya!

 
Ke Butterfly Farm kita.. Tapi gambar dengan mommy kat dalam camera yang tertinggal kat Penang. Hukhuk

Lepas Butterfly Farm zasss kita ke taman pula, main kat sana..

Ni gambar before pergi kenduri. Acu Imah yang tolong tocangkan. Baru gegirl kan... (Tapi getah dah hilang bila mommy nak tocangkan balik. Nanti kita beli getah baru yek!)

Ayra cukup setahun on 26th February hari tu dia pandai jalan, Alhamdulillah. Gigi pun dah banyak tumbuh. Ermm until now dah ada 3 kat atas and 4 kat bawah. Sangat buas ya, sebab baru dapat kaki kan, memang active ke hulu ke hilir. Mommy dia yang penat - menyebabkan berat badan takmau naik-naik.. Hukk Sedey! Ok gambar kat bawah ni sepatutnya up masa buat entry pasal birthday Ayra tapi baru la dok transfer daripada handphone husband.. Ngehee Sikit basi laa

Birthday girl - Syarifah Adelia Ayra

Heheee (sila abaikan background ya, time ni memang tak sempat berkemas)


Yeay! Celebrate birthday baby and mommy sekali! Thank you semua...

The cake - nyummssss

Okey, next time cerita benda lain pula yek. See ya! Have a nice day! =D


Tuesday, April 2, 2013

Quick Updates

Assalamualaikum..

Ok, ni dah melampau ni, bulan Mac langsung tak da post. Macam sibuk sangat kan! Haha Okey, ni pun quick updates ha, now tengah nak biasakan diri with the new environment

Houseviwe - Mommy - Student

Nanti kita story one by one hokey. Now memang tengah susah hati. Eh! Hahaa Susah hati kenapa tak tahu.. Takpe la, esok aku try untuk make an update on Rutin Harian. Berubah banyak ni. Tak boleh nak tidur selalu dah. Tidur malam pun tak nyenyak, eh ye ke? Hahaa

Until then, aku tinggalkan dengan gambar budak momot ni


Eh! Ni gambar budak momot masa kecik la.. Hahaaa Bye!


Friday, March 8, 2013

Happy 1st Year Birthday My Dear Adelia Ayra

Assalamualaikum..

Woohooo It's been a while la kan tak menulis. Haihh nak tulis kot tapi asik postponed sajo, ni la padahnya. Anyway, kali ni nak story pasal birthday anak daraku, eh nak nak anak dara dah haaa.. Hukhuk And kalau dah birthday anak, sah-sah la birthday maknye sekali. Hikkkss

Okey, sangat tak percaya sebenarnya ye Ayra dah setahun. Genap 26 Februari. Macam kejap sangat rasa. Macam baru je minggu lepas keluarkan Ayra dari perut ni ha, rasa macam tak hilang lagi rasa sakit-sakit kena jahit, rasa macam baru sangat lagi Ayra kena botakkan rambut, rasa macam semalam Ayra baru tumbuh gigi pertama.. Oh, how i miss that moment! Uhukk Tiba-tiba rasa nak nangis... Hukss

Ok, sudah! Cukup sudah nak beremosi ye. Apapun aku rasa syukur sangat-sangat sebab Allah bagi peluang kat aku jaga Ayra setakat ni. Rezeki paling besar ni.. Banyak sangat progress pada Ayra yang maybe sesetengah tu lambat sikit compared to baby lain, tapi lambat laun it will happen juga kan? Eh ape merepek daa...


Seronok okey dapat naik kereta gerak-gerak berlagu. Ngeh ngeh ngeh.. Tapi taktau nak action camna, so kita dok diam je laaa.. Haha

Kitorang tak celebrate pun, tak buat makan-makan panggil orang pun. Kami makan among families je. Kebetulan parents in law datang sini, sekali dengan opah and adik ipar, so kitorang cuma pergi makan kat luar je ramai-ramai. Kitorang decide nak makan seafood dekat Restoran Hokkaido, next to Vistana Hotel dekat Seri Petaling. It's a chinese restaurant actually, tapi ramai je orang Islam makan and takde serve non-halal food. Food semua memang superb! Tapi tak capture any picture pun sebab aku sibuk dok layan Ayra, makan pun tergesa-gesa. Tapi puas hati yo! Kitorang order ketam masak cili, ikan kerapu 3 rasa and asam boi, butter prawn, sayur campur, tauhu, lepas tu chinese tea. Oh maii, very the delicious okeyh. Ketam besar sangat sampai bagi pengepit nak kepit kulit ketam. Hohoo

Balik makan diorang pergi beli cake pula. So sampai rumah dok buat nyanyi-nyanyi lagu birthday and tiup-tiup lilin. And Ayra dapat tent besar! Dengan balls kecil-kecil tu.. Hehee thank you opah and tuk syed.. Nenek dengan tuk din bagi motor vrom-vroooomm kat Ayra. Awal lagi dah dapat. Dak kecik tu bukan reti main pun lagi, tau tekan button lagu je. Hehee Thank you tuk din and nenek. Tu je cerita birthday. Sayang parents aku tak dapat join sekali.. Aku? Tumpang sekaki je, mane ade dah nak sambut orang tua punya birthday. Hahaa Tapi aku rasa lepas ni pun kalau time birthday je mesti Ayra lagi menonjol. Hahaaa Ayat dengki ni!


Hah, buat mulut camtu lagi, mommy gewam hokeyh!


Superbike gitew.. Ni gambar fresh dari kedai. Hahaa


Shopping-shopping. Sekarang tak payah bawak stroller dah, kita dirikan sajo dalam troli, Ayra jadi driver.. hehe

So sempena birthday Ayra ni mommy nak wish Happy 1st year birthday to my buchuk cayam Syarifah Adelia Ayra. Walaupun kamu sekarang dah banyak ragam, banyak aksi-aksi mendebarkan, banyak helah yang boleh buat mommy and daddy ketawa, kamu tetap kami sayang. Sayang sampai hujung nyawa. Semoga kamu membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik, sentiasa dengar cakap orang tua and also menjadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat. Semoga kita dipanjangkan jodoh hingga hujung nyawa.. Mommy and daddy mungkin tak dapat nak bagi apa yang kamu nak, tak dapat nak mewahkan kamu, tapi kami janji kami akan cuba sedaya upaya kami untuk bagi yang terbaik untuk kamu. We love you, sayang... =')


Vrom, vromm... Jom jalan, Ayra bawak!


Muka sememeh sangat aih. Banyak sangat peluh


Muka daddy sangat kan!

Saturday, February 9, 2013

Cuti Chinese New Year

Assalamualaikum!

Oh dah cuti Raya Cina dah ni. Yep, aku memang cuti je, hahaa tapi suamiku baru nak cuti panjang ni. Tapi kitorang tak pergi mana-mana pun. Duduk rumah je. Hajat nak balik Penang tapi tak jadi la pulak sebab mengenangkan jalan yang confirm akan jammed. Hohoo So kita duduk rumah diam-diam je hokeyh! Nak balik Hutan Melintang macam baru sangat lagi. Baru last week aku stay sana seminggu dengan Ayra. Takkan nak balik lagi kot. Hahaa

So, ingat cuti ni nak menjalankan projek yang tertangguh. Haaa apakah itu? Tak boleh bagitau. Miahahaa tunggu la kalau dah berjaya baru aku cerita eh (bajet cam ada orang baca blog kau). Lepas tu ingat nak jumpa kawan suami aku merangkap kawan aku juga la sebab dah kenal family masing-masing, En. Lan and Kak Zah. Lama sangat dah tak jumpa diorang, since we moved in new house ni. Lepas daripada tu memang tak jumpa dah la. Ni tengah bulan ni diorang nak buat umrah, so memang nak jumpa juga la sebelum diorang pergi. Diorang sangat la baik hokeyh! Aku suka sangat dengan diorang. Tak lokek langsung. Tak kedekut langsung dan yang paling best diorang anggap kitorang ni dah macam family. That's why kami suka dengan diorang. Sampai kan ada satu hari tu diorang buat makan-makan, siap cakap kalau orang lain tak datang takpe, tapi kitorang kena gak datang. Ohh serius terharu sangat! =')

Ok, hujung bulan ni Ayra turns to 1! Ahaaa same birthday tau dengan mommy. Tapi tak celebrate kot, hahaa sebab belum sedia lagi. Lagipun this month serius macam nak kelam kabut ja, sebab aku nak start study balik, nak kena terima hakikat nak hantar Ayra kat baby sitter - opss yep, baby sitter tak jumpa lagi ya.. Hahaa selamber je kan. Takpe, slow-slow. Ada dah orangnya cuma tak tanya lagi je. Ingat cuti ni nak pergi tanya la kot, hope ade la yang nak.. Ok, Ayra turns to 1 means that mommy pun meningkat naik la umurnye. Wahh makin tua makcik ni! Oh no!! Hahahaa okey drama lebey. Lempang sedas kang!


Ayra now dah pandai clap, especially when we sing lagu tepuk amai-amai tu. Lepas tu dah makin pandai berdiri sendiri without support. Eh 2-3 hari lepas aku perasan macam nak tumbuh lagi gigi. Kat atas, 2 sekali hokey. Lepas tu dah tau dah nak ikut tak mau kena tinggal bila tengok orang bersiap, tambah-tambah kalau aku pakai shawl. So memang laju je dia dapatkan aku, lepas tu suruh dukung, tak nak kena tinggal. Hahaa Dah pandai marah - nangis kuat-kuat. Bila kita buka pintu, lepas tu dia nak datang kat pintu lepas tu kita tutup pintu, haaa siap la, meraung la beliau. Haa satu lagi yang paling tak boleh blah ni bila dia dah pandai naik tangga sendiri. Oh my... Memang selalu kena perati budak ni. Tak boleh tinggal lama, nak kena jenguk-jenguk sentiasa. Ada hari tu tengok dia dah elok punya landing kat tangga nombor 6 ye! Yep, nombor 6 punya tangga! Gugur jantung aku tengok. Lepas tu apa lagi, kena bebel la. Eh pandai pulak dok jebik-jebik sebab aku bebel dia naik tangga. Aku cakap la tak boleh naik tangga sorang-sorang semua, nanti jatuh berdarah macam mana.. Dia diam je pastu jebik-jebik lepas tu air mata dah bergenang okey, pastu peluk-peluk aku, ni kira nak say sorry la ni eh? Haa lepas tu aku pon stop la bebel, terus hug-hug dia.. Aih Ayra ku sayang, bahaya betul la dia ni sekarang..

So, ini dulu la nak share. Nanti kita sambung lagi ya.

Oh ya, kepada yang beli barang baby kat saya sorry sangat-sangat tau sebab tak dapat pos sebelum Chinese New Year, ada problem dengan pos laju. After cuti kita sambung pos lagi. Nanti dah ada tracking number saya inform okey. Maaf sangat-sangat atas segala kesulitan. Jangan serik tau nak beli lagi.. Ngeh3...

Okey, untuk yang nak order Carter's Diaper Bag 5 in 1 boleh order dari sekarang ye, cukup 5 order saya akan terus ambil stok dan pos. Tapi kalau tak cukup tak boleh nak tolong la, saya tak dapat nak dapatkan item tu cepat.

Nanti kalau ada item lain yang boleh di order from now, saya inform okey. Boleh email nurulafida87@yahoo.com atau sms/whatsapp 012-5406336. Ahaa, siapa yang nak order VCOA pun boleh juga eh. Email/sms/whatsapp saja saya ye..

Okey tq semua. Last but not least,

Happy Chinese New Year!