>_<
Friday, July 20, 2012
Tuesday, July 10, 2012
Updated!
Salam...
Ohoi, lame bebenau meninggalkan blog neh. Hingga hampir terabai suda.. haha Macam sebelum ni care sangat kan. Banyak benda nak story neh tapi tu la, bila nak taip je jadi malas la, tak de mood la.. Haishh Okeh, ni nak corat coretkan perkara2 yang dah jadi sepanjang ketiadaan entry baru. Hehe
Jalan-jalan
Sejak ada Ayra ni suamiku rajin pulak berjalan-jalan. Ajak je, dia kata ok. Kalau dulu macam2 alasan tau. Haha Tapi sekarang tidak lagi. Setiap minggu haruslah keluar berjalan-jalan walaupun tak beli pape. Cuci mata sudah. Dah kalau dengar kata nak berjalan tu haruslah mommynye mengepam2 susu supaya tak perlu menyelak di khalayak ramai. Haha Tapi cabaran gak tuh, sebab susuku ini kalau tengah penuh sedap la nak pam, tapi kalau so-so je memang jenuh. Tension noks! Ikut rezeki Ayra la, kadang lepas la sekali nyusu. Kali kedua harus mencari baby's room, tak pun cepat2 masuk kereta. Heh Konon jalan cuci mata, tapi haruslah tidak, harus merembat walaupun 1 barang. Hahaaa dasar betol! Most of the items yang dirembat mesti Ayra punye, yang mommynye punye tengok-telan-air-liur-je-laaaa..
Check-up 4 Months
Pegi check-up 4 months sendirian berhad! Haaa kau, pergi berdua je ngan Ayra, nan ado yang teman2. Car seat pon nan ado. Baringkan je la kat sebelah. Haha scary kan? Tapi jangan risau, mommynye bawak seloww jek, sambil pegang anaknya di sebelah. Tapi dak kecik ni lama2 baring pon die tension gak, kalau dah mengamuk terpaksa la aku dudukkan kat peha... Huu nasib baik time nak sampai rumah dia buat perangai. Berat naik sikit je, tu laa, memalam dah tak mau bangun susu sangat, kan berat naik sikit je. Naik 600g je. So kali ni 6.7kg. Tak ade jab, sebab tu berani pergi berdua.. Hahaa
Now Ayra dah pandai macam2 dah. Alhamdulillah, dah meniarap dah. Risau gak sebelum ni, sebab dah masuk 4 bulan tak mau meniarap kan. Mula2 tolong jugak la senget2kan badan Ayra, tapi lepas 2 hari tolong senget2 Ayra dah boleh niarap sendiri (6 July 2012). Yeay!! Good girl, Ayra!
Senyum, ketawa tu biasa dah, tapi kena rajin layan laa. Kadang sorang2 pun jalan gak dak ni. Ohoiii dah tak mau dok baring je. Kalau jaga sokmo nak kena pegang/main/dudukkan.. Kalau tak bising mulut dia tau! Ye, inilah punca mommynye menjadi kurus semula seperti sedia kala.. Hakhak
Wedding Invitation
Ayra dah pergi dalam 4 wedding kot stakat ni. Kat semua tempat dia behave, cuma kalau panas tu memang dia cepat tak selesa la. Harus bawak jalan2 bagai. Tapi muka selalu nak ketat je, jenuh la orang keliling dok acah, lambat benau nak senyum. Heh
F.O.S Clearance Sales
Okeh, 2 kali berturut2 pergi tempat ni dalam 2 minggu. Hahaaa gila borong la kitorang. Memula tengok review kat blog orang, ada yang kata tak best. Pastu dah berbelah bagi nak pegi ke tak. Saja try ajak husbandku, konon2 nak jalan2 laa, kot ada baju Ayra yang murah2. Hah, Ayra lagi dijadikan alasan.. Keh3
Sekali pergi bukan baju Ayra yang dapat, baju daddynye yang penuh. Haaa beratus gak la abes. Hahaa baju daddynya saja dah 5-6 helai, seluar lagi. Keh3.. Baju orang2 dewasa ni start dari 3hengget ke 20hengget. Takde yang mahal dari tu. Baju baya2 Ayra ni takde sangat, banyak yang tuk kanak2.. Huuu
Ah haa, spot that romper yang Ayra pakai ni pun hasil drpd sales tu. Sehengget je u olss! Dapat beli 2 je sebab dah habis, dah datang lambat kan.. Masa beli tak nampak size/tag, pakai ambil je ikut rasa hati, agak2 muat terus ambil. Bila balik tengok tag kat dalam brand Mark & Spencer u olss.. Pastu husband tanya kenapa tak beli banyak2? Nak beli banyak camne, dah yang tu je ade. Ade lagi kot tapi macam comot sikit. Dua ni je yang bersih suci lagi.. hehe
Hokeh, tu je kot update setakat ni. Nanti kalau ada lagi update lain akan ku coretkan di sini, ewahh.. Bajet ada orang baca. Haaa ingat nak update pasal masak2 plak laa.. haha Till the next entry, bye!
Saturday, June 9, 2012
3 Bulan
Okey, sekarang baru nak buat progress Ayra untuk 3 bulan. Pemalas betul mommynye neh! Haha
1. Tengkuk Ayra dah keras dah. Yeay! Takde dah nak tekulai2 gitu kalau kite dukung die. Hiksss suke!
2. Nyembang nombor 1 ye! Orang agah sikit serongeh je. Orang dok cakap dengan die, die pun sibuk nak cakap jugak. Heee
3. Berat masa check up hari tu 6.1 kg. Dekat 1 kg jugak naiknya. Good job Ayra. Hehe Kena jab untuk 3 months, klinik siap pesan lagi nanti balik rumah bagi makan ubat demam. Tapi nan hadooo. Elok je sihatnya, so mommynya pun malas nak bagi. Kuat anak mommy nie!
4. Dah pandai nak pegang2 barang dah. Kalau kita dok sembang dengan dia sambil baring2, pastu nanti dia tengok je mulut kita, tak lama pastu mesti nak try pegang mulut kita. =)
5. Tak nak meniarap lagi.. hukhuk Ura2 pun takde. Takde nak angkat2 punggung bagai. Anak, bila la nak meniarap awak ni? Tak sabar tau mommy nak tengok..
6. Hobi terbaru menyonyot jari jemari sendiri. Tak dapat sendiri punya, nyonyot daddy punya.. Haha
7. Sangat senang dibawa berjalan. Senyap je. Dalam kereta pun macam tu. Kereta gerak senyap, bila berenti marah! Haha Ikut sapaaaaa la ni suka sangat berjalan. Tapi kadang2 meragam jugak. Biasa la, baby kan. Ape kita boleh expect, tak kan kita nak dia sentiasa behave je.. Hihi Don't worry sayang, mommy tak serik la bawak awak keluar walaupun awak pernah ngamuk2.. =D
8. Mommy sangat3 gilakan barang2 awak Ayra! Pergi mana2 shopping complex confirm pergi bahagian baby. Tengok baju la, kasut la, stoking la, ish semuaaaa la! Geram tau tak! Sampai sanggup beli baju for the coming 6 months tau sebab dah geram sangat. Haha Semuaaa untuk anak mommy sayang ne!
Oh anak, how do I live without you sayang.. =')
Tuesday, May 29, 2012
2 Months
Okey, aku tau dah masuk 3 bulan dah Ayra tapi baru nak buat entry 2 bulan. Apakah? Haha Biasa la, nak buat tapi dok tangguh2 kan... Ni la jadinya. So, dalam ingatan aku Ayra masuk je 2 bulan, progress Ayra:
1. Time check-up, berat dah naik 5.25kg. Okey, patut la mommynye rasa berat anaknya dah semakin bertambah, sampai dah nak naik muscle dah. Haha ini tipu je. Good girl Ayra, sedap eh susu mommy sampai berat awak naik camtu.. =D
2. Dah pandai tengok orang! Hehe Orang gerak ke sana dia ikut, orang gerak ke sini dia ikut. Bunyi pun dah dapat alert. Kalau dok goncang mainan bunyi2 dia tu dia dah pandai tengok ikut bunyi tu..
3. Dah pandai nak sembang2 dah sikit2. Senyum mesti la dah pandai gak. Tapi ikut mood dia la, time mood datang nak senyum, acah sikit je dah senyum.. Kalau tak muka macam mafia kot! Hakhak
4. Masa cucuk 2 bulan Ayra tak demam, Alhamdulillah. Nangis masa kena cucuk je, lepas tu diam. Siap tidur lena lagi. Kitorang siap bawak pegi Alamanda lagi after injection tu, tapi dia rileks je, tidur tak hengat dunia!
5. Muka makin tembam ye kawan-kawan...
6. Dah dapat rentak tidur, bangun, menyusu dia. So nak bawak jalan-jalan memang makin senang. Tapi kadang-kadang kalau datang mood mengamuk dia memang sakan la meraung, itu tak kena, ini tak kena.. Alahai anak mommy, sampai kadang rasa menitik jugak la ayer mata ni.. hukhuk
7. Kena cukur abes botak kepala dia! Huahaha Sedih kot masa nak kena cukur tu, ye la kan rambut Ayra lebat ya hamat, sedih je tengok rambut dia dicukur-cukur, hukhuk. Takpe, cepatlah tumbuh wahai rambut anakku! >.<
Ayra at 2 months 1 week
1. Time check-up, berat dah naik 5.25kg. Okey, patut la mommynye rasa berat anaknya dah semakin bertambah, sampai dah nak naik muscle dah. Haha ini tipu je. Good girl Ayra, sedap eh susu mommy sampai berat awak naik camtu.. =D
2. Dah pandai tengok orang! Hehe Orang gerak ke sana dia ikut, orang gerak ke sini dia ikut. Bunyi pun dah dapat alert. Kalau dok goncang mainan bunyi2 dia tu dia dah pandai tengok ikut bunyi tu..
3. Dah pandai nak sembang2 dah sikit2. Senyum mesti la dah pandai gak. Tapi ikut mood dia la, time mood datang nak senyum, acah sikit je dah senyum.. Kalau tak muka macam mafia kot! Hakhak
4. Masa cucuk 2 bulan Ayra tak demam, Alhamdulillah. Nangis masa kena cucuk je, lepas tu diam. Siap tidur lena lagi. Kitorang siap bawak pegi Alamanda lagi after injection tu, tapi dia rileks je, tidur tak hengat dunia!
5. Muka makin tembam ye kawan-kawan...
6. Dah dapat rentak tidur, bangun, menyusu dia. So nak bawak jalan-jalan memang makin senang. Tapi kadang-kadang kalau datang mood mengamuk dia memang sakan la meraung, itu tak kena, ini tak kena.. Alahai anak mommy, sampai kadang rasa menitik jugak la ayer mata ni.. hukhuk
7. Kena cukur abes botak kepala dia! Huahaha Sedih kot masa nak kena cukur tu, ye la kan rambut Ayra lebat ya hamat, sedih je tengok rambut dia dicukur-cukur, hukhuk. Takpe, cepatlah tumbuh wahai rambut anakku! >.<
Lihat2, muka macam mafia kan? Hahah
Tuesday, May 15, 2012
Majlis Aqiqah & Cukur Jambul
Salam... Ermm kat mana nak start dulu ni? Hehe Okey, majlis ni kami pakat semua nak buat 5 Mei 2012, sebab nak join venture skali dengan makcik cik somi. So ada 2 babies la masa majlis nanti. Hehe Kami gerak dari kajang petang jumaat since cik somi keje lagi time tu. Sampai kat kampung dalam 10 lebih jugak la. Tekejut kitorang sebab sampai2 je dengar ada orang nyanyi2. Rupenye ada karaoke uolsss! Hah Tak menahan, majlis aqiqah pon dah macam majlis kawin da.. Siap ada karaoke lagi. Hikss Layankan je la.. >.<
MIL cakap majlis start dalam pukul 9 pagi macam tu. Tapi sumpah that morning memang gelabah gile! Sebabnya si kecik Ayra bangun tidur lambat. Ayra bangun je cepat2 mandikan, siap2kan dia. Then tak sempat nak susukan dia dulu. Terus mommynya ni pulak bersiap. Tu pun tak mekap, mmg tak sempat. Ayra melalak2 dah time tu, orang marhabban dah start. Memang cuak gak la, sebab baby lagi sorang, Isqandar elok je lenanya, tak nanges pon. Haha Suara Ayra je la dengar satu rumah. Lepas bersiap semua terus amek si kecik and dukung dia untuk dicukur jambul (gunting sikit2 oleh kumpulan marhabban). Time tengah dok cukur2 jambul tu family dari perak pon sampai. Mak bawak kuih putu and tapai tuk kenduri ni. Tapi kuih putu xsempat nak jamah. Tapai je sempat. Tapai nenek and mak is the best! Hihi
Ayra with her nenek (I prefer to call Nek De cause nenek yang still mude.. ngeh3) and Tuk Din
Dah siap dicukur jambul trus susukan Ayra. Bila dah kenyang baru boleh letak dalam buaian, baru la Ayra senyap. Lama2 tertidur trus. Once semua dah settle, doa dah baca, tiba masa nak botakkan Ayra.. Huu tak sanggup kot mommynya nak tengok. Sayang rambut Ayra yang lebat tu! Tapi redha je. Haha Drama lebih, padahal bukan tak tumbuh dah. Cepat2 cukur rambut Ayra sebab tak mau kasi dia nanges. Tapi harus jugak la disumbatkan dengan pacifier sebab dia xmau dok diam. Hukhuk first time bagi pacifier tu! Mommynya dalam rela tak rela je..
Sekarang Ayra dah botak! Tak sabar nak tengok dia berambut balik. Mintak2 raya nanti rambut dah tumbuh la hendaknya. Hikhik Ktorang punya buaian sangat simple. Semua buat je sendiri, takde tempah2. Haa malam2 buta tau siapkan buaian ni. Tradisional sikit. Semua bahan and alatan MIL yang bawak. Ktorang tolong buat je. Hehe doorgift pon tak join buat sebab tak sempat. Semua sedara2 dah tolong settlekan.
My family and Nde Na's family
(Moms and dads of Adelia Ayra and Muhammad Isqandar Firdaus)
Ayra pulak banyak sangat dapat present daripada saudara2 terdekat. Banyak tau baju Ayra dapat. Pasni tak payah beli baju sangat dah, sebab macam dah cukup stok dah untuk 3 bulan akan datang. Hehe Alhamdulillah, rezeki Ayra...
My baby dah botak! Hihi
Note: Baru perasan, lupe ambil gamba dengan parents in law! Ouchh!
Wednesday, May 9, 2012
Monday, May 7, 2012
Berubah
My beautiful Ayra sekarang dah botak! Hihi Nanti kite review pasal Majlis Aqiqah & Cukur Jambul two babies in the next entry keyh!
Mommy loves you so much larh!
Subscribe to:
Posts (Atom)