Tuesday, May 15, 2012

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul

Salam... Ermm kat mana nak start dulu ni? Hehe Okey, majlis ni kami pakat semua nak buat 5 Mei 2012, sebab nak join venture skali dengan makcik cik somi. So ada 2 babies la masa majlis nanti. Hehe Kami gerak dari kajang petang jumaat since cik somi keje lagi time tu. Sampai kat kampung dalam 10 lebih jugak la. Tekejut kitorang sebab sampai2 je dengar ada orang nyanyi2. Rupenye ada karaoke uolsss! Hah Tak menahan, majlis aqiqah pon dah macam majlis kawin da.. Siap ada karaoke lagi. Hikss Layankan je la.. >.<

MIL cakap majlis start dalam pukul 9 pagi macam tu. Tapi sumpah that morning memang gelabah gile! Sebabnya si kecik Ayra bangun tidur lambat. Ayra bangun je cepat2 mandikan, siap2kan dia. Then tak sempat nak susukan dia dulu. Terus mommynya ni pulak bersiap. Tu pun tak mekap, mmg tak sempat. Ayra melalak2 dah time tu, orang marhabban dah start. Memang cuak gak la, sebab baby lagi sorang, Isqandar elok je lenanya, tak nanges pon. Haha Suara Ayra je la dengar satu rumah. Lepas bersiap semua terus amek si kecik and dukung dia untuk dicukur jambul (gunting sikit2 oleh kumpulan marhabban). Time tengah dok cukur2 jambul tu family dari perak pon sampai. Mak bawak kuih putu and tapai tuk kenduri ni. Tapi kuih putu xsempat nak jamah. Tapai je sempat. Tapai nenek and mak is the best! Hihi


Ayra with her nenek (I prefer to call Nek De cause nenek yang still mude.. ngeh3) and Tuk Din

Dah siap dicukur jambul trus susukan Ayra. Bila dah kenyang baru boleh letak dalam buaian, baru la Ayra senyap. Lama2 tertidur trus. Once semua dah settle, doa dah baca, tiba masa nak botakkan Ayra.. Huu tak sanggup kot mommynya nak tengok. Sayang rambut Ayra yang lebat tu! Tapi redha je. Haha Drama lebih, padahal bukan tak tumbuh dah. Cepat2 cukur rambut Ayra sebab tak mau kasi dia nanges. Tapi harus jugak la disumbatkan dengan pacifier sebab dia xmau dok diam. Hukhuk first time bagi pacifier tu! Mommynya dalam rela tak rela je..


Terpaksa sumbat pacifier sebab tak mau bagi nanges

Sekarang Ayra dah botak! Tak sabar nak tengok dia berambut balik. Mintak2 raya nanti rambut dah tumbuh la hendaknya. Hikhik Ktorang punya buaian sangat simple. Semua buat je sendiri, takde tempah2. Haa malam2 buta tau siapkan buaian ni. Tradisional sikit. Semua bahan and alatan MIL yang bawak. Ktorang tolong buat je. Hehe doorgift pon tak join buat sebab tak sempat. Semua sedara2 dah tolong settlekan.


My family and Nde Na's family
(Moms and dads of Adelia Ayra and Muhammad Isqandar Firdaus)

Buat kenduri kat kampung belah cik somi ni senang. Gotong-royong je. Cakap je nak buat kenduri, haaa ramai la karang yang datang nolongnya. Tak payah disuruh. Tapi sumpah ramai gak yang datang time kenduri tu, dah macam kenduri kawen da.. Hihi Mane taknya, satu kampung tu semua saudara mara. Ngeh3..

Ayra pulak banyak sangat dapat present daripada saudara2 terdekat. Banyak tau baju Ayra dapat. Pasni tak payah beli baju sangat dah, sebab macam dah cukup stok dah untuk 3 bulan akan datang. Hehe Alhamdulillah, rezeki Ayra...


My baby dah botak! Hihi


Note: Baru perasan, lupe ambil gamba dengan parents in law! Ouchh!


No comments: