Monday, April 18, 2011

Wedding Shoes


Salam and hi..

Woh, baru lepas terbaca mengenai wedding shoes seorang blogger b2b yg dah jadi wife ney.. hehe Sangat2 tertarik dengan wedding shoes die. Lacey2 gitu.. Tapi xde bling2 plak..

So lepas dok mengorek2 blog beliau, terjumpa la blogshop yg menjual wedding shoes ni! Wow, cantek tau, ade yg bekenan! Tapi xbanyak sgt choice and quite expensive. Tapi kalau b2b dah ada budget untuk wedding shoes boleh la jenguk2 kat blogshop ni --> White Label

Antara wedding shoes yg saya suke


Sangat suke!


Cantek & sweet..


Comel je kan?

Tapi mampu menjamu mata & angan2 je la.. Tak de budget pulak tuk beli wedding shoes mcm ni, lagipun wedding wat kat rumah je kan.. En tunang pun kata jgn membazir, nti pakai sekali je..

(-_-)
Pasrah je la...

Okey la, kalau teringin try la usha tempat ni, mane tau kena ngan citarasa & budget. Hepi shopping!

-----------------------------------------------------------------------------


Tuesday, April 12, 2011

Say NO to polystyrene!

Salam..

Halamak, ari ni tetibe plak nak berjiwa environment ha.. hehe Tadi dok cari info mengenai polystyrene kat internet, terjumpa la beberapa perkara yang wajib semua org tau kot! Bahayanya penggunaan polystyrene dan botol minuman air mineral tu.. Kalau ikutkan logik la, mmg bahaya pun menda2 ni, sbb once dah kena kat panas chemical reaction akan jadi. Di bawah ni salah satu petikan daripada blog Salam PDK Mutiara:


Kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.


Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.


Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.


“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.


“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.



Okey, yang di atas ni petikan je, untuk maklumat lanjut ataupun full text boleh klik pada nama blog yang dah di linkkan.



Setakat hari ni kempen paling berkesan yang mampu membawa impak kat masyarakat adalah ketiadaan plastik bag pada setiap hari Sabtu di shopping2 complex. Bagus kan kempen ni sampai kita semua boleh set kat dlm minda yang hari Sabtu je xde plastik beg. Kan bagus kalau buat hari2... heee


Fida pun sekarang tengah mencuba untuk bawa shopping bag sendiri kalau nak g beli barang. Kalau setakat 1 barang je lg best, fida ckp kat cashier xmau plastik. Lagipun kadang2 dpt kelebihan gak, contoh cam kat Tesco, siap dapat point lagi kalau bawa shopping bag sendiri. Tapi kadang2 tu terlupe.. Heh


Untuk masalah polystyrene ni, xde dah penyelesaian lain, melainkan bawa bekas makanan sendiri, takpun bayar 30sen extra for the biodegradable container. Jangan fikir nak senang je, tapi ingatlah kesihatan kita jugak. Air dalam botol yang ditinggal seharian dalam kereta pun jangan la minum, coz dah kene panas, dah jadi chemical reaction antara botol tu dengan airnya.



Papepun ni semua adalah salah satu usaha untuk menyelamatkan bumi kita, terpulang pada kita sendiri nak ikut atau tak. Tapi kalau kita sayangkan diri dan alam sekitar kita, wajib berusaha ke arah zero polystyrene & plastic bag! Moh la kite ramai2 bawa shopping bag dan bekas makanan sendiri!




Okey, renung2kan... dan selamat beramal!

>.<


---------------------------------------------------------------------

Thursday, March 24, 2011

Guest Book


Salam and hi..

Fida nak share pasal Guest Book. Hari tu fida ade terjumpe guest book ni kat blog salah satu B2B, bila tya tak dijawab. One day pegi kedai buku kat kajang, tanya pasal guest book --> guest book ini bukan tuk fida tau, fida beli untuk perasmian pusat kitar semula di ukm. Alih2 bila tya die kuarkan guest book ni! Tekejut fida, akhirnya jumpa juga guest book ni.. Hehe


Okeh, guest book ni ada 3 colour - putih, silver and gold mcm dalam gambar. Tiga2 cantek sangat. Sampai xtau nak pilih yg mana satu. Material tuk setiap colour ni berbeza2. So, fida pun pilih yg colour gold ni since fida suka material dia.. hehe


Di bahagian bucu jga dikemaskan dan kalau tengok dari tepi mmg nampak colour gold buku tu. Cantek. Tapi fida dapat review yang colour ni je la, kalau 2 colour lg tu xtau camne rupa dia.. hee


Kat bahagian dalam ada garisan2 untuk kita tulis. Kira kalau nak wish pun xde la senget2 tulisan kita.


Kalau kita nak buat untuk hari kawen kita, fida suggest deco sket buku tu, baru nmpk menarik! Buku ni saiznya lebih kurang 8.25" x 10.125". Just nice, xbesar sangat, xkecil sangat. Harga pun berpatutan. So, kalau malas nak DIY guest book, kite beli je laa... >.<

--------------------------------------------------------------------------

Wednesday, March 9, 2011

Wedding Yana & Azan


Nur Aini Liyana & Norazan
5 Februari 2011

Source: Facebook Photographer Muein Mahadi

Salam.. Oh2, saya dah mungkir janji, kata nak update a day after post yg lepas. Tapi dah delay beberapa hari dah kan? almost a week kot! hehe sorry sgt2, bz sket kebelakangan ni.. Okeyh jum start! Pengembaraan ke Marang!!

Kami (saya+en. tunang) tak plan pon nak pegi ni, juz ckp2 je 'jum g kenduri yana'.. hehe Wedding yana hari Sabtu, 5 Februari 2011 kat Marang. Jauh tau.. Mula2 nak gerak betul2 after subuh tp biasa la kan, buat tu buat ni, sudahnya dekat jam 8 baru gerak.. hehe Kat highway singgah McD beli sarapan.. >.<


Lepas tu teruskan perjalanan sampai la ke Marang, time pegi ni xbyk sgt transport di jalan raya, so smooth je perjalanan, sampai pun sekejap je. Dalam pukul 2 kami smpai rumah yana. Konon-konon sampai je nak g jumpe pengantin tp pengantin ngah bz bergamba2, so g la makan dlu.


Pandai En. tunang saya amek gamba ye, dikaburkan saye di depan. Hehe Tapi tujuan utama memang nak amek gamba meja beradap tu.. Sweet kan, kaler soft pink. Saye suke.. hehe


Pelamin yana pun pink! Gojes sangat2, sweet je kan tgk. Suke tau kerusi die, tp sayang, fida xbejaye dapatkan kerusi mcm ni utk wedding fida.. hukhuk Bunga kat tepi pun besar dan kembang, cantek sgt..


Ni antara hantaran yang sempat disnap. Tapi syg xsempat snap hantaran untuk pihak lelaki sbb kami smpai lambat. hehe yana dapt wedges tau, jarang2 kite tgk hantaran kasut daripada kasut jenis wedges.


Bilik pengantin yana. Sweet tapi xleh dok lame2 kat dlm ni sbb photographer tgh bz dok snap2 gamba. Haha mengacau je ktorg ni..

Okey, masa untuk bergambar2 dengan pengantin. Tp again, xboleh snap byk sgt sbb puan pengantin ni bz nak layan semua tetamu.. Hehe sian yana kan.. (abaikan posing saya tu ye, sy tkt xmuat tempat duduk tu.. haha saya kan demok!)



Yana gojes giler that time. MUA die mmg pandai make-up kan die tau, sweet muka die.. Hehe Braces pun yana tanggal kan, baru nmpk cuweet >.<


Last skali, dok tempek gamba sendiri. Syok sendiri la minah ni.. Haha Tu maksudnya xsabo nak kawen la tuh. Haha

Untuk yana: Semoga berbahagia dengan suami tercinta, kekal hendaknya sampai ke akhir hayat. Jgn lupe tau datang akunye wedding! Hehe


Anda nak tau tak? --> Baju yana custom made tau sbb kat butik xde size dia. Yana ni tgi orgnya. Hehe tapi baju die cantek sgt. I likee!

--------------------------------------------------------

Thursday, March 3, 2011

Kenduri Kahwin



Wedding Ainiliyana @ Misae di Marang. Esok saya update!
>.<

--------------------------------------------------------------------

Wednesday, February 23, 2011

Tak Tau Nak Buh Tajuk Apa


Salam peeps! (Bajet ade org baca.. haha)

Memang btol xtau nak buh tajuk apa tuk post ni. Saje nak post something sbb lame kot xmenghapdetkan blog ni. Dah naik basi dah post2 sebelum ni. Nasik kalau dibiarkan pun memang dah basi, busuk tahap gaban dah.. hehe


Gamba ni amek masa kat Penang, masa g jejalan ke sana. Actually encek tunang saye yg semangat tules nama kat pasir, then amek gamba. Tapi sayang, semue gamba yg die amek xjd. Hakhak, last2 amek gamba yg saye capture sendiri! Yeay! Saye pengambil gamba yg berbakat! *perasan!*

Alhamdulillah, kad kahwin dah tempah. Memang saja tempah awal2 sebab xnak pening kepala di kemudian hari. Saye tempah kat KadKahwinku.Com. Office die kat kajang je. Kat hentian kajang, masuk je hentian kajang boleh nampak sign kedai dia. Dah tempah and bayar separuh, and tadi dah g check 1st draf. Ada gak la yang salah2. Hehe Emm bejaya gak tempah kad yang memenuhi citarasa dengan harga yang berpatutan. Tapi yg xbesnye ade seorang pekerja dia ni xberapa pandai layan customer. Huhu frust gak la. Masa pergi survey tu org lain layan, masa tempah org lain. Saya xbrape bekenan la ngan layanan die. Tapi cam bersaba je la.. Huhu Tapi best sbb sesetengah kad mmg ade yg cantik dan sangat berpatutan dengan harga. B2b bley la usha kat sana =D

So sorry to encek tunang sbb wallet die hilang tanpa disedari masa kami pergi jalan kat jalan TAR and Sogo. Memang xsedar langsung. Kami tak bajet yg encek tunang tercicir his wallet sbb die xkeluarkan wallet pun masa tu. Kami syak encek tunang kene pukau masa die dalam toilet. Abes cash more than 500 kat lam atm tau. Bukan credit card, tapi bank card! Huu mmg xde rezeki la. Bukan sikit die kebas, banyak tu.. Kesian die.. =( Kawan die pun pernah jadi camni, purse wife kawan die hilang dlm handbag, at the same place gak. So, hati2 la kalau pegi sana. Toksah la g toilet kat ctu. Fobia dah kot.

Okey la, tu je kot hapdet kali ni. Next post saya nak cite pasal wedding yana di marang.
Jumpa lagi! Papai

--------------------------------------------------------------------------

Wednesday, February 9, 2011

Yeay!


Alhamdulillah... Banyak jugak yang dah settle tp banyak jugak yg xsettle dlm wat preparation tuk wedding ni. Bila tgk kat blog-blog B2B yang laen, semua mcm risau2 takut xsempat wat preparation. Tapi Alhamdulillah, saye ok je lg, xrush pun dan still dapat wat preparation sikit2.

Source: En. Google

Wahh, bestnye kalau dapat wat theme wedding kaler putih! Uh, tu mmg warna impian, tapi bile fikir-fikir blk, macam xsesuai sbb wedding pun buat kat rumah. Kalau wedding kat dewan confirm wat kaler putih! So, tuk wedding saye mmg xkan ade kaler yg fully white. Solemnization pun xbuat kaler white.. Huhu

Ni ade beberapa update tuk preparation wedding saye:

1. Kursus Pra Perkahwinan - Saya dah jalani 1 1/2 hari Kursus Pra Perkahwinan kat Al-Shahir, Putrajaya. Kat sini sekejap je boleh dapat sijil, dalam seminggu. Hari Sabtu start kul 2.30pm sampai 6.30 pm. Hari Ahad start kul 9.00am sampai 6.30pm. Makanan disediakan. Fida amek kursus ni b4 Chinese New Year, dapat sijil 2weeks after sbb cuti CNY.

2. Pakej Pengantin - Dah tempah, yeay! Dapat gak cop pelamin yang kotak tu ngan kerusi tinggi, hikhik.. Fida amek dekat ngan rumah je, kat Butik Aida Seri Mempelai. Takde plak website, kalau tak boleh share skali. Pakej die best, sbb semua mende yang kite nak dapat dengan harga berpatutan. Start from RM 800++. Kalau pegi tempat laen xdpt harga yang die bagi dengan accessories yang sama.

3. Catering - Alhamdulillah dah selamat booked tuk tarikh wedding Fida. Hehe lega hati nieh.. Cuma xdiscuss pasal menu, lepas ni g jumpa blk and discuss pasal menu plak. Dah naik harga dah kat caterer ni, dalam RM 7++/person. Tapi still reasonable la.. =D

4. Doorgift - Doorgift tuk tetamu yang hadir masa wedding dah ade dah dan sedang dalam proses mendeco2. Nanti Fida upload gamba - next entry. Untuk sedara mara and org sebelah pun dah g survey and dah decide. Cuma tgl nak beli je.. Hee

5. Photographer - Hehe dalam proses survey2 tapi dah dapat quotation daripada abg Cek Wana gak. Mcm best tau die punya pakej, tgl nak tgu contoh-contoh gamba je lg.. Ngee

6. Outfit - Pakaian untuk nikah and tandang semua dalam tempahan. Untuk sanding tunggu nak g fitting kat butik je lg..

Ni yang sempat Fida buat dalam sebulan ni. Pasni nak kene follow up blk mane2 yang xsiap lg. Kad kawen pun dalam dilema either nak wat sendiri or nak tempah. Haha berangan nak buat sendiri tu!

------------------------------------------------------------------------