Tuesday, April 12, 2011

Say NO to polystyrene!

Salam..

Halamak, ari ni tetibe plak nak berjiwa environment ha.. hehe Tadi dok cari info mengenai polystyrene kat internet, terjumpa la beberapa perkara yang wajib semua org tau kot! Bahayanya penggunaan polystyrene dan botol minuman air mineral tu.. Kalau ikutkan logik la, mmg bahaya pun menda2 ni, sbb once dah kena kat panas chemical reaction akan jadi. Di bawah ni salah satu petikan daripada blog Salam PDK Mutiara:


Kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.


Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.


Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.


“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.


“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.



Okey, yang di atas ni petikan je, untuk maklumat lanjut ataupun full text boleh klik pada nama blog yang dah di linkkan.



Setakat hari ni kempen paling berkesan yang mampu membawa impak kat masyarakat adalah ketiadaan plastik bag pada setiap hari Sabtu di shopping2 complex. Bagus kan kempen ni sampai kita semua boleh set kat dlm minda yang hari Sabtu je xde plastik beg. Kan bagus kalau buat hari2... heee


Fida pun sekarang tengah mencuba untuk bawa shopping bag sendiri kalau nak g beli barang. Kalau setakat 1 barang je lg best, fida ckp kat cashier xmau plastik. Lagipun kadang2 dpt kelebihan gak, contoh cam kat Tesco, siap dapat point lagi kalau bawa shopping bag sendiri. Tapi kadang2 tu terlupe.. Heh


Untuk masalah polystyrene ni, xde dah penyelesaian lain, melainkan bawa bekas makanan sendiri, takpun bayar 30sen extra for the biodegradable container. Jangan fikir nak senang je, tapi ingatlah kesihatan kita jugak. Air dalam botol yang ditinggal seharian dalam kereta pun jangan la minum, coz dah kene panas, dah jadi chemical reaction antara botol tu dengan airnya.



Papepun ni semua adalah salah satu usaha untuk menyelamatkan bumi kita, terpulang pada kita sendiri nak ikut atau tak. Tapi kalau kita sayangkan diri dan alam sekitar kita, wajib berusaha ke arah zero polystyrene & plastic bag! Moh la kite ramai2 bawa shopping bag dan bekas makanan sendiri!




Okey, renung2kan... dan selamat beramal!

>.<


---------------------------------------------------------------------

1 comment:

afiDa.ZainuDin said...

abaikan tulisan yang bercampur2 tu.. dah ubah pon xmau ubah gak.. haha