Friday, April 4, 2014

Eczema

Assalamualaikum...

Korang pernah dengar tak pasal sakit Eczema? Selalunya sakit ni serang baby-baby tapi ada juga kanak-kanak yang kena. Aku dulu pernah juga dengar pasal Eczema ni tapi tak berapa nak amek port sangat. Just baca gitu-gitu je. Tapi now aku sangat concern sebab Arash terkena! Actually masa pergi check-up 3 months aku tanya sekali doktor, dan doktor cakap Atopic Dermatitis, bukan Eczema. Tapi bila aku google penyakit Atopic Dermatitis adalah salah satu jenis Eczema.

Eczema
Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi berumur di antara 2 hingga 6 bulan, namun begitu orang dewasa juga tidak terkecuali. Keadaan radang pada kulit yang disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair dan menyebabkan kegatalan jika berpanjangan. Eczema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pergelangan siku dan lutut. Eczema bukan penyakit berjangkit tapi akan mendatangkan ketidakselesaan pada pesakit.

Antara faktor penyebab Eczema adalah daripada faktor fizikal - ahli keluarga yang mempunyai sejarah Eczema, asma atau ellergi rhinitis; dan pemakanan, serta faktor persekitaran - bahan iritasi seperti bahan kimia, cuaca terlalu panas; dan alahan kepada sabun, syampu, bahan pencuci, kosmetik, kulat, hama dan sebagainya.


Banyak punca dan sebab jadinya sakit ni. Kita tak boleh nak jangka pada awalnya. Mungkin disebabkan makanan kita (baby dapat daripada bf), atau environment macam habuk ke, hama pada cadar ke.. So, untuk Arash ni tak dapat dipastikan, kiranya kena try pantau dan cari puncanya. Tapi doktor just nasihat after bf lap muka dengan kain basah, takut susu tu yang jadikan penyakit ni. Yang aku hairan, dia dah 2 bulan lebih baru dapat. Dulu masa baru lahir takde pulak kan... Huhuuu

Mula-mula memang takde, lepas tu ada macam ruam sikit-sikit dekat dagu. Tapi kejap hilang kejap datang balik. Lepas tu tiba-tiba sampai satu masa ruam tu naik banyak, dekat kepala, dagu, pipi, dan kening. Terkejut tau sebab benda ni jadi terus. Tu yang pergi klinik terus tanya. Doktor bagi cream, tapi dia cakap cream tu takde ubat, cuma moisturiser je, nak bagi lembapkan kawasan ruam tu sebab dah macam kering-kering kulit Arash.

Aku letak sekali dua je after mandi sebab aku google and ramai yang suggest ubat lain. First aku try Baby Cream Sebamed tapi tak berapa jalan. Nampak macam okey sikit pastu datang balik. Cari Face Cream Sebamed kat Kajang ni aku tak jumpa lagi, tu yang beli je Baby Cream. Doktor pun ada suggest pakai Face Cream tu. Buds pun aku tak sempat nak try.

Baby Cream Sebamed. RM13 untuk 50ml.

Lepas aku tengok macam tak jalan je aku pun try juga pergi cari Face Cream Sebamed tu, hari ahad lepas balik dari Perak. Pergi la satu farmasi ni tapi takde juga jual. Lepas tu aku tanya la ubat untuk baby yang kena ruam macam Eczema. Dia bagi aku satu cream ni, aku tak ingat nama dia. Then dia cakap apply the cream once a day and very-very thin dekat muka. Aku pun pelik, kenapa nak apply sekali je pastu nipis-nipis. Rupanya cream tu ada steroid. Ohh nasib baik aku tak beli lagi cream tu. Aku dengar je ada steroid terus aku no, no, I tak mau. Lepas tu dia suggest aku satu cream ni, Atopiclair. Yang ni dia kata very-very safe for baby compared to the other one earlier la, sebab takde steroid. Lepas tu dia cakap lotion pun ada, tapi since tak banyak, Arash kena kat muka je so dia suh amek yang cream je. Aku pun beli la dengan harapan okey untuk Arash. Balik terus sapu. Ada juga perubahan.

Atopiclair Cream. RM50 untuk 40ml.

Tapi lepas aku up post pasal Arash kat fb, ada kawan-kawan yang suggest pakai cream lain macam Ezzera, Elomet, Aqua, virgin coconut oil, and Moogoo. Dan dalam banyak-banyak tu aku sangat-sangat tertarik nak try Moogoo sebab yang paling utama product ni organic base. Selamat untuk baby. Esoknya aku terus pergi beli. Tapi aku beli satu cream je, sebab nak try dulu kan. Aku beli Irritable Skin Balm (ISB).

Irritable Skin Balm (ISB). RM69 untuk120g.

Setakat ni aku memang letak je kat Arash, nampak macam dia gatal-gatal aku apply, nampak merah-merah and kering, aku apply je terus. Tak ragu-ragu sangat sebab dia organic. Tak macam Atopiclair, aku apply 3 kali je sehari sebab takutkan effect dia kat baby. Setakat ni aku tengok ada perubahan kat Arash, muka dia dah tak berapa merah sangat macam sebelum ni. Takpe, nanti aku review pasal product Moogoo ni pulak kat entry lain okey. Cehh bajet ade orang nak baca.. Hahaa

Okey, till then bye!

4 comments:

June Naina said...

saya nak try guna moo goo tu lah.. anak saya pun kena eczema kat muka.. kasihan tgk..

Unknown said...

Doc pn suggest ank sy guna atopiclair n moogoo..harap ok la..sbb sedih tgok bb slalu gatal2

Unknown said...

Doc pn suggest ank sy guna atopiclair n moogoo..harap ok la..sbb sedih tgok bb slalu gatal2

Anonymous said...

iBet | William Hill » All-Ireland » CasinoRoland
William Hill has become 카지노 the home of the world's biggest online sportsbook and casino. Visit us today for great william hill offers, games, 온카지노 entertainment, and more!