Tuesday, November 20, 2012

Rumah Baru

Salam...

Syukur Alhamdulillah.. Syukur sangat2. Rumah kitorang dah siap sepenuhnya! Yeay! Dah dapat kunci dah pun bulan 9 ari tu tapi tak masuk lagi. Hehee Sebab kitorang still ada 2months deposit tuk rumah sewa sekarang. So, duduk la lagi 2 bulan, and at the same time boleh la packing and angkut barang sikit2. Sebab rumah baru sekangkang kera je kot! Hahaa Bumbung rumah baru pun boleh nampak dari rumah sewa sekarang.

Hihi ini bukan rumah aku. Tapi lorong nak pergi rumah aku...

Seronok sangat sebab at last dapat gak landed house. Fiewwww lega sangat sebab tak perlu dah nak angkut barang2 beli kat tesco ke tingkat 3. Tak payah dah nak dukung Ayra yang makin memberat ke tingkat 3. Waaa seronoknye! Pastu boleh basuh keta sama2 ngan husband di hujung minggu, tak payah dah hantar kedai nak basuh, jimat! Yet dapat exercise.. Hehee

Tapi ade sikit la tak best, sebab aku masuk rumah baru tak de pape. Masuk kosong sajo. Nan ado meja makan, nan ado sofa empuk2, nan ado kitchen cabinet, semua nan ado. Ada pun yang basic2 sahaja. Takpe la, slow2 orang kata. Lagipun now husband sorang saja yang kerja, jadi memang bersampan2 lah dahulu.. Ngeh3... Kemudian esok baru kita bercruise2 giteww. Syukur sangat dah dengan apa yang ada sekarang...

Rumah ada kipas and lampu je kat living hall

Thank you banyak2 kepada kedua mak and abah, including mak abah mertuaku. Woahhh, diorang ni banyak sungguh la membantu. Tanpa mak abah mertuaku tiadalah kami rumah ni. Tanpa mak abahku tiadalah kami langsir baru. Hahaaa betul2, mak anah mertuaku ade tolong masa nak dapatkan rumah ni, mak abah aku plak sponsor langsir tuk rumah baru. Tq so much! Tidak terhingga ni!

So sudahlah kami pun angkut sikit2 barang ke rumah baru. Terpaksa letak semua barang kat dalam bilik kecik kat bawah sebab langsir baru tak amek lagi kat kampung, and lagi satu sebab tingkat atas kompem kontraktor masuk nak betulkan atap yang bocor. Meleleh2 okey air kalau hujan lebat turun. Sementara ada warranty ni haruslah mengadu pada developer so that diorang boleh betulkan tanpa sebarang charge! Hehee

Tingkat atas baru basuh separuh. Nape separuh? Sebab hanya suamiku yang basuh sorang.. Huwaaa tidak dapat menolong kerana harus memegang dak kecik Ayra. Menangis okeh kalau dengar bunyi drill kuat tu. Cepat2 peluk ketat2 mommynye ni. Jadi, kerja2 mendrill railing langsir pun daddy buat sorang2.. Takpe2, daddy kan super daddy! Heheee

Ini namanya takde kerja. Daddy penat basuh rumah kita main capture2 gambar

Daddy kepenatan. Sian daddy

Love...

InsyaAllah by the end of this month - November kami semua pindah la ke rumah baru. Wajib dah ni sebab nak cover bayar rumah sana. Tak larat kot nak bayar dedua rumah. Setakat ni lorong kitorang tak ramai lagi yang pindah masuk. Semua pakat dok renovate rumah before move in. Tapi selang sebuah rumah dah ada orang, Melayu. Depan rumah ada 2 dah. Satu chinese, satu lagi dak2 bujang. Kesian aku nengok dak2 bujang tu, rumah takde langsir. Tidur terbongkang, tukar baju semua harus2 la orang kat luar boleh nampak. Malu mak okey! Hahaaa

Okey, ni je dulu kot update kali ni. Next time kite cerita lagi okeyh. Nanti aku update pasal Ayra pulak, lama dah tak tulis progress beliau.. Peace!

Gambar takde kaitan dengan post. Current picture as desktop wallpaper



1 comment:

Munirah Mohd Ali said...

Hi, salam dear. Kebetulan blog kita sama nama.. hihi.. jemput la singgah ke my blog, munirahali.blogspot.com..
Now tgh galak giat survey mcm2 untuk dptkan idea..nk masuk rumah baru jugak x lama kot insyaAllah... :)