Tuesday, October 23, 2012

Rindu Bisnes

Salam.. Okey, tengok tajuk pun agaknya tau kot ape aku nak merepek kat sini. Hehe Seriously aku rindu gila nak berbisnes balik! Huargghhhh Dulu aku pernah buat bisnes selendang, best sangat tau! Tapi time tu aku study, so disebabkan beban assignments dan exam yang hebat, aku punya bisnes terbantut sudah. Eh lagi satu aku ada sediakan servis jahit manik kat baju kurung tapi until now buat untuk family je. Haha Sebab ape? Sebab takde orang nak tempah. Orang yang tak pernah tempah jahit manik ni memang akan terkejut gak la dengan upah yang aku bagi. Tapi secara jujurnya harga yang aku bagi sangat-sangat la murah berbanding dengan kalau korang hantar dekat butik. Aku kira modal manik, benang, and upah sikit. So yang rajin dok suruh aku buat makcik2 aku and jiran2 mak aku je. Plus baju sendiri.. Huahahaa Ni semua contoh2 baju yang aku jahit manik. Ada lagi tapi tak upload. Haha






Ni design2 gini design simple2, dah tentu2 aku kasik upah murah2 sajo..


Haa aku cakap tadi aku jual selendang kan? Hehe time tu memang best, tapi kekangan masa nak pergi ambil stok tu yang buat aku terpaksa stopkan bisnes tu. Time tu modal tak banyak, so stok pun tak boleh ambil banyak sangat, ni yang menyebabkan aku selalu sangat kena ulang alik ambil stok. Huihhh jenuh wehh, nak kira modal minyak kereta, tol lagi. Tak larat laaaa...

Now teringin sangat nak berbisnes balik. Tambah pulak aku ni dok kat rumah je, jaga Ayra je 24hours kan. Bosan tahu! Bukan bosan jaga anak, jaga anak of course sangat enjoy! Bosan sebab tak de aktiviti sampingan untuk dibuat. Kerja? Cari dah, hantar resume dah, tapi still tak ade rezeki lagi. Tu yang tiba2 teringin nak buat bisnes balik. Hehe Plus ingat nak tolong la suamiku itu yang berlelah2 bekerja seorang diri demi menampung keluarga. Cehhh ayat tak boleh blah.. Haha

Yep! Kalau ada duit sendiri sangat best kan? Boleh beli itu ini, tak payah fikir dah. Boleh beli toys Ayra, baju Ayra.. Bukan sekarang tak boleh beli, still boleh tapi kesian dekat husband aku. Semua dia kena tanggung. Ni tak lama lagi nak kena pindah rumah, loan dah kena bayar full, kereta lagi, bil2 lagi.. Waaa parah jugak la. So kalau aku nak berniaga ni tujuan utama adalah nak berkongsi kesusahan kesenangan mencari rezeki sama2 dengan husband aku. Nak tolong husband aku. Nak tolong cukupkan keperluan anak, rumah dan sebagainya.. Huhu 

So aku ingat sekarang ni nak bisnes baju pulak. Sudah ku usha2 mana nak dapatkan stok, nak jual macam mana.. style macam mana, dan yang paling penting sekali harganya yang harus2 murah dan sangat2 mampu dimiliki... Heheeee




Haa korang suka tak kalau aku jual baju2 gini dengan harga tak sampai pon 30?? Hehe Baju ni pada aku memang best, sebab boleh pakai dengan inner atau cardigan, pastu boleh match dengan jeans atau skirt kalau nak nampak sopan, plus boleh bawak pergi kenduri you alls! Hehee

Tapi... tapi.... Belum dapat lagi persetujuan daripada suamiku.. Hukhuk Beliau siap suh buat proposal bagai lg, sebab aku nak die bagi modal (kira invest kat aku la tuk permulaan ni). Hahaa So, agak2 okey tak kalau aku buat bisnes ni? Heheeee



P/s- Sila la support! Huuuuu

No comments: