Tuesday, November 20, 2012

Rumah Baru

Salam...

Syukur Alhamdulillah.. Syukur sangat2. Rumah kitorang dah siap sepenuhnya! Yeay! Dah dapat kunci dah pun bulan 9 ari tu tapi tak masuk lagi. Hehee Sebab kitorang still ada 2months deposit tuk rumah sewa sekarang. So, duduk la lagi 2 bulan, and at the same time boleh la packing and angkut barang sikit2. Sebab rumah baru sekangkang kera je kot! Hahaa Bumbung rumah baru pun boleh nampak dari rumah sewa sekarang.

Hihi ini bukan rumah aku. Tapi lorong nak pergi rumah aku...

Seronok sangat sebab at last dapat gak landed house. Fiewwww lega sangat sebab tak perlu dah nak angkut barang2 beli kat tesco ke tingkat 3. Tak payah dah nak dukung Ayra yang makin memberat ke tingkat 3. Waaa seronoknye! Pastu boleh basuh keta sama2 ngan husband di hujung minggu, tak payah dah hantar kedai nak basuh, jimat! Yet dapat exercise.. Hehee

Tapi ade sikit la tak best, sebab aku masuk rumah baru tak de pape. Masuk kosong sajo. Nan ado meja makan, nan ado sofa empuk2, nan ado kitchen cabinet, semua nan ado. Ada pun yang basic2 sahaja. Takpe la, slow2 orang kata. Lagipun now husband sorang saja yang kerja, jadi memang bersampan2 lah dahulu.. Ngeh3... Kemudian esok baru kita bercruise2 giteww. Syukur sangat dah dengan apa yang ada sekarang...

Rumah ada kipas and lampu je kat living hall

Thank you banyak2 kepada kedua mak and abah, including mak abah mertuaku. Woahhh, diorang ni banyak sungguh la membantu. Tanpa mak abah mertuaku tiadalah kami rumah ni. Tanpa mak abahku tiadalah kami langsir baru. Hahaaa betul2, mak anah mertuaku ade tolong masa nak dapatkan rumah ni, mak abah aku plak sponsor langsir tuk rumah baru. Tq so much! Tidak terhingga ni!

So sudahlah kami pun angkut sikit2 barang ke rumah baru. Terpaksa letak semua barang kat dalam bilik kecik kat bawah sebab langsir baru tak amek lagi kat kampung, and lagi satu sebab tingkat atas kompem kontraktor masuk nak betulkan atap yang bocor. Meleleh2 okey air kalau hujan lebat turun. Sementara ada warranty ni haruslah mengadu pada developer so that diorang boleh betulkan tanpa sebarang charge! Hehee

Tingkat atas baru basuh separuh. Nape separuh? Sebab hanya suamiku yang basuh sorang.. Huwaaa tidak dapat menolong kerana harus memegang dak kecik Ayra. Menangis okeh kalau dengar bunyi drill kuat tu. Cepat2 peluk ketat2 mommynye ni. Jadi, kerja2 mendrill railing langsir pun daddy buat sorang2.. Takpe2, daddy kan super daddy! Heheee

Ini namanya takde kerja. Daddy penat basuh rumah kita main capture2 gambar

Daddy kepenatan. Sian daddy

Love...

InsyaAllah by the end of this month - November kami semua pindah la ke rumah baru. Wajib dah ni sebab nak cover bayar rumah sana. Tak larat kot nak bayar dedua rumah. Setakat ni lorong kitorang tak ramai lagi yang pindah masuk. Semua pakat dok renovate rumah before move in. Tapi selang sebuah rumah dah ada orang, Melayu. Depan rumah ada 2 dah. Satu chinese, satu lagi dak2 bujang. Kesian aku nengok dak2 bujang tu, rumah takde langsir. Tidur terbongkang, tukar baju semua harus2 la orang kat luar boleh nampak. Malu mak okey! Hahaaa

Okey, ni je dulu kot update kali ni. Next time kite cerita lagi okeyh. Nanti aku update pasal Ayra pulak, lama dah tak tulis progress beliau.. Peace!

Gambar takde kaitan dengan post. Current picture as desktop wallpaper



Tuesday, October 23, 2012

Rindu Bisnes

Salam.. Okey, tengok tajuk pun agaknya tau kot ape aku nak merepek kat sini. Hehe Seriously aku rindu gila nak berbisnes balik! Huargghhhh Dulu aku pernah buat bisnes selendang, best sangat tau! Tapi time tu aku study, so disebabkan beban assignments dan exam yang hebat, aku punya bisnes terbantut sudah. Eh lagi satu aku ada sediakan servis jahit manik kat baju kurung tapi until now buat untuk family je. Haha Sebab ape? Sebab takde orang nak tempah. Orang yang tak pernah tempah jahit manik ni memang akan terkejut gak la dengan upah yang aku bagi. Tapi secara jujurnya harga yang aku bagi sangat-sangat la murah berbanding dengan kalau korang hantar dekat butik. Aku kira modal manik, benang, and upah sikit. So yang rajin dok suruh aku buat makcik2 aku and jiran2 mak aku je. Plus baju sendiri.. Huahahaa Ni semua contoh2 baju yang aku jahit manik. Ada lagi tapi tak upload. Haha






Ni design2 gini design simple2, dah tentu2 aku kasik upah murah2 sajo..


Haa aku cakap tadi aku jual selendang kan? Hehe time tu memang best, tapi kekangan masa nak pergi ambil stok tu yang buat aku terpaksa stopkan bisnes tu. Time tu modal tak banyak, so stok pun tak boleh ambil banyak sangat, ni yang menyebabkan aku selalu sangat kena ulang alik ambil stok. Huihhh jenuh wehh, nak kira modal minyak kereta, tol lagi. Tak larat laaaa...

Now teringin sangat nak berbisnes balik. Tambah pulak aku ni dok kat rumah je, jaga Ayra je 24hours kan. Bosan tahu! Bukan bosan jaga anak, jaga anak of course sangat enjoy! Bosan sebab tak de aktiviti sampingan untuk dibuat. Kerja? Cari dah, hantar resume dah, tapi still tak ade rezeki lagi. Tu yang tiba2 teringin nak buat bisnes balik. Hehe Plus ingat nak tolong la suamiku itu yang berlelah2 bekerja seorang diri demi menampung keluarga. Cehhh ayat tak boleh blah.. Haha

Yep! Kalau ada duit sendiri sangat best kan? Boleh beli itu ini, tak payah fikir dah. Boleh beli toys Ayra, baju Ayra.. Bukan sekarang tak boleh beli, still boleh tapi kesian dekat husband aku. Semua dia kena tanggung. Ni tak lama lagi nak kena pindah rumah, loan dah kena bayar full, kereta lagi, bil2 lagi.. Waaa parah jugak la. So kalau aku nak berniaga ni tujuan utama adalah nak berkongsi kesusahan kesenangan mencari rezeki sama2 dengan husband aku. Nak tolong husband aku. Nak tolong cukupkan keperluan anak, rumah dan sebagainya.. Huhu 

So aku ingat sekarang ni nak bisnes baju pulak. Sudah ku usha2 mana nak dapatkan stok, nak jual macam mana.. style macam mana, dan yang paling penting sekali harganya yang harus2 murah dan sangat2 mampu dimiliki... Heheeee




Haa korang suka tak kalau aku jual baju2 gini dengan harga tak sampai pon 30?? Hehe Baju ni pada aku memang best, sebab boleh pakai dengan inner atau cardigan, pastu boleh match dengan jeans atau skirt kalau nak nampak sopan, plus boleh bawak pergi kenduri you alls! Hehee

Tapi... tapi.... Belum dapat lagi persetujuan daripada suamiku.. Hukhuk Beliau siap suh buat proposal bagai lg, sebab aku nak die bagi modal (kira invest kat aku la tuk permulaan ni). Hahaa So, agak2 okey tak kalau aku buat bisnes ni? Heheeee



P/s- Sila la support! Huuuuu

Monday, October 15, 2012

Ayra

Salam...

Ahaaa sedar tak sedar dah 7 bulan dah Ayra.. Aiyooo sudah banyak akal ini bodak! Hehe Apa progress Ayra? Jom check it out:

• Meniarap bagai juara dah, siap guling2 bagai. Dah ke depan dah pun. Penat mommy tunggu tapi jarang sangat die nak ke depan. Kalau ada benda menarik nak dicapainye baru la nak berusaha.

Apa yang ada kat bawah kerusi ni ye.. hehe

• Berat tak naik sangat. Tak tau nape. Walaupun dah start solid food tp agaknya sebab dah aktif so berat maintain je kot. Hari tu first time demam, kus semangat. Sangat takut ye sebab tak pernah lagi dalam situasi ni. Demam plus cerry berry pulak tu. Menggelabah la mommynye. Kesian sangat tengok Ayra, makan tak lalu, nak bekepit je. Ppastu sekejap2 berak. Ohh risau2. Tapi Alhamdulillah, demam sehari je. Cuma cerry berry je lama sikit. PIL cakap demam camtu sebab nak ke depan. Mungkin kot. Sebab after that memang Ayra try ke depan2 gitu.

• Suke sangat amek semua barang pastu masuk mulut, nyap2.. Hurmm macam sedap sangat benda yang dimakannye tu. Gatal gusi nak tumbuh gigi ke? Tapi sampai sekarang takde pun rupe nak tumbuh. Hahaa

• Suke kejap ade mood kejap takde. Geram mommy tau.. Kalau time mood baik, sangatlah ralit main sampai tersengih2. Kalau mood takdak baik, baru nak letak meraung lebih.

• Dah pandai tengok cartoon. Suke sangat tengok chanel disney junior tu. Doc mcstuffin, pororo the little peguin, tayo the little bus, rob the robot, special agent oso. Wah, mommy pon dah hafal cartoonnye. Tinggal nak hafal lagu je lagi. Hahaa

• Mommy nak ajar Ayra duduk. Sebab pernah baca dekat internet umur 7 months dah boleh ajar baby duduk. Hehe Ayra duduk okey je cuma kena ada sokongan. Walker pun dah naik, and dah laju dah ke sana sini. Tapi tak bubuh lama la since dia tak reti duduk sendiri lagi kan. Thank you Aunty Misae and Uncle Azan sebab kasi Ayra walker. Jimat duit mommy... huahahhaaa

Yeay! Saya dah boleh naik walker!

Solid food dah bagi kan aku cite tadi? Seronok tau bila dapat bagi baby makan. Kalau tak kesian kat Ayra. Time kite2 makan mesti dia tengok je tak kedip2 matanya. Kadang tu bagi la jugak dia rasa sikit2 tapi takut juga. Ye la, budak zaman ni tak sama dengan zaman dulu. Mak2 kita memang kata boleh dah bagi, bagi je makan nasi tu. Dulu kome pun umur 4 bulan dah sumbat nasi. Huhuu itu kite zaman dulu, sekarang lain. Tapi tu la, bila mak2 sendiri yang dok suap masuk mulut anak apa kita nak cakap, berserah je laa. Cuma kadang2 tu cakap juga la... " Ok Ayra, dah cukup yee, banyak dah dia makan ", ni kira bahasa lembutnya la.

Okey, nak jugak cerita pasal solid food Ayra tapi maybe next post. Buh semua kat sini nanti dah jadi karangan tingkatan 5 pulak.. Haha Till the, bye!


Ni muka saya baru bangun tidur, pastu mommy paksa snap pic. Uhhh

Haaa Picture macam ni la saya suke.. Weee >.<

Wednesday, September 26, 2012

Suka >_<

Yeay!! Kunci rumah baru makin terbau2 kat lobang hidung ni.. Hakhak suke le tuuu....

Insyaallah dalam minggu ni dapat la kuncinye. Seronok tau! Tapi ade gak part tak seronoknye.. Haha haruslah tak seronok bila duit mengalir bak air, lajuuu je keluarnye tau! Mana taknye, nak beli lampu, kipas, gril bagai. Haa langsir la, sofa la, dapur la, kitchen cabinet la, laminated floor la.. Hamboi angan2 bukan main haa. Keroje tak mau. Hahaa

Okeylah disebabkan ahkak ni tak bekerja jadi sila la simpan semua angan2 tu dalam kocek.. Huhu Ye laa, kite beli yang penting je which are lamps, fans, and langsir. Eh lg satu gril. Okeh, yang lain boleh simpan senyap2.. ='|


Betul kunci nak dapat minggu ni, tapi adakah kami pindah minggu ni? Jeng, jeng, jeng.... Jawapannya tidak! Ahahaaa tak dapek la nak move in new house minggu ni, nak settle pasang kipas lampu semua, then nak basuh rumah dulu.. Kalau dah siap semua tu baru la boleh pindah..

Skang aku dah sibuk dok berangan je 24 hours. Berangan nak decorate rumah macam mana. Nak buat theme moden kontemporari la, moden minimalis la.. Haha asalkan moden sudah. Sebab ape nak pilih moden? Ahaaa sebab aku nak rumah yang tak banyak barang, cukup yang penting2 sahaja ye. Dan sedikit hiasan di situ dan sini, kira macam tak sarat dengan hiasan la.. Pastu nak pandai main color, baru mantap. Ngeh3... Berangan nak hebat.. Takpe, angan-angan tu penting kan, so that kita ada visi dan misi untuk capaikan angan-angan tu. Hehe

Ni contoh gambar show unit yang kami pergi tengok masa nak beli rumah ni dulu. Suamiku kata dia nak buat sebijik macam ni.. 


Ni kalau masuk pintu depan terus nampak, ada cam mini bar gitu. Belah kanan dining hall, belah kiri living hall.


Kitchen cabinet yang super duper simple. And i like it!


Putih bersih je kan. Nampak suci je. Tenang hati nak masak... Haaa tapi nak mencuci boleh sakit jiwa raga ni.. Muahahaaa


Bilik 4 kat bawah. Kecik je bilik ni, so plan nak buat bilik solat untuk tetamu yang datang. So, diorang tak payah susah2 nak naik atas.


Dining hall. Ada cermin besar, nak bagi nampak luas. Suke2.. Wallpaper tu pun suke, tapi lagi best kalau kaler merah hitam. Heheee


Master bedroom. Ada sliding door kat bilik ni, and bilik air juga.


 Bilik kedua. Simple kan design dia. Ni sesuai untuk ada dara sunti aku.


Bilik 3. Boleh bagi kat guest ni. Or else family yang datang. So diorang boleh tidur bilik ni. Tak kisah la family aku or family in law.

Okey, ade beberapa gambar yang takde kat sini, living hall and family area kat tingkat atas. Ada ambil tapi mana hala tah. Malas aku nak godek dah. Memang best kalau dapat buat design macam ni, nampak simple and elegant. Ngeh3, tapi tu la, nak buat sebijik memang tak la kan.. Apepun, ada money ada jalan, takde money boley jalan jauh2!

Sekarang mood nak berangan-angan lagi.. Hahaaaa


Thursday, August 30, 2012

Eid Mubarak 2012

Assalamualaikum...

Uihh banyak sangat bezanya raya kali ni dengan raya yang lepas2. Mula2 sekali of course la sebab raya kali ni kami bertiga! Hehe cepat sangat rasanya masa berlalu. 2 tahun lepas raya sorang2 lagi dengan family, tahun lepas raya berdua dengan family dan family-in-law, tahun ni tambah pulak lagi seorang, si Eyya bambam! Seronok!

Tahun ni raya belah aku dulu, sebab mak mertua sayang aku yang paksa. Ngeh2.. Mak cakap mak abah kat Hutan Melintang tu tak de siapa2 melainkan anak dia yang sorang ni. That's why diorang suruh raya sanaa dulu. So, Jumaat petang gerak dah balik Hutan Melintang. Sampai la petang raya pertama. 2 hari turut2 kami berbuka kat rumah nenek, dah jadi adat dah kot. Sebab dapat kumpul ramai2 sekali. Petang raya confirm berbuka dengan ketupat, lemang dan rendang. Nyum2 sedapnye! Siapa2 yang nak buat open house tu jemputlah ye, nak makan ketupat rendang lagi! Haha


Tema belah Hutan Melintang kuning2 coklat. Tapi Eyya xtemasuk, sebab baju eyya beli dulu sebelum decide tema. Hehehe

Kalau ikutkan ada baju Ayra yang sama tema tapi mak tak sempat jahitkan. Banyak sangat jahitan kali ni, sampai pagi raya pun sempat lagi menjahit! Haha Raya kali ni tak dapat nak join pergi solat raya, sebab nak kena tolong mak siap2kan juadah dengan Eyya. Haha Dah ada anak ni semua nak kena dulukan anak, mommynye kemudian takpe. Mak buat rendang ayam, nyum2. Abah pagi raya mesti nak ada rendang ayam, kalau takde tak sah! Kira rendang mak memang superb la pada abah. hehe Aku? Tak buat pape pun. Dah ada anak pun still tak reti nak masak. Haha busuk punya mommy. Next year kena pastikan dah reti masak. Macam mana laa nak menuntut daripada mak, sebab mak buat rendang pukul 4 pagi kot! Haaa jawab2..


Mak and abah with their cucu. Tahun2 depan tambah lagi, baru meriahhh.. Ngeh3

Lepas beraya and bermaafan and memberi duit2 raya di rumah nenek, kami semua gerak ke Sungai Manik, beraya rumah moyang. Haa ni pun dah jadi tradisi dah ni. Mesti nak pergi beraya ke sana. Hehe Kat sini biasanya kami beraya 3 buah rumah, rumah moyang, and 2 buah rumah Tuk aku. 


Yeay! Berjaya snap gambar ni. 5 generations you all!
Moyang - Nenek - Mak - Saya - Eyya

Petang tu kami bertiga gerak ke Sungai Siput, beraya dengan keluarga mertua pulak. Diorang dah tunggu lama dah kot. Hehe Raya memang semua berkumpul kat Sungai Siput, kampung suami. Kat sini tema purple.  Baju Eyya dah sama kat sini sebab dah tau tema baru beli baju. Rumah opah kami belah mak ngan abah dekat2, so senang la nak pergi beraya. 


Tuk Syed, Opah and Eyya


 One happy family. Theme purple colour. Tahun depan tak tau lagi. Ngeh3

Duduk Sungai Siput 2 hari, lepas tu kami terus shoot ke Penang. Haa ni takde dalam perancangan ye. Kalau ikutkan nak ke Hutan Melintang balik, tapi last minute tukar plan, ke Penang kami beraya. Hehe Tapi tak beraya mana pun. Pergi 2-3 rumah je. Esoknya pulak kami buat bbq, ajak kawan2 husband dan adik2 abah datang memeriahkan raya. Kebetulan birthday kawan husband, so celebrate sekali. 


Nyum2, Chocolate Indulgance. Dah lama sangat tak makan


Kat Penang tak sempat pun nak terjah2 kedai makan best2. Biasanya kalau balik sini mesti pekena sotong kangkung, mee sotong, abc, kerang bakar, siput duri, laksa cina, pasembor.. Uihh terliur pulak bila dok ingat. Hukhuk Takpe la, lain kali balik mesti kena pergi. Dah settle semua kat Penang kami pun berangkat ke Hutan Melintang balik. Tak puas lagi raya kan. Hihi Biasanya bawa mak je la pergi beraya, sebab nak tunggu abah susah, abah dah kerja. Harapkan anak mak sorang ni je la tukang teman + bawa beraya. Plus Eyya untuk tahun ni. Sempat juga la ke rumah best friend, Wana. Haa kat sini pun kami pulun buat bbq. Hehe kira nak balas dendam yang kemarin punya sebab tak puas makan kambing bakar. Kat sini sampai terlebih2 sebab tak semua kaki kambing macam kami berdua + abah. Heheheee


Kambing bakar terbaik! Diperap oleh suami dan isterinye skali. Sedap! Tapi blackpepper sauce tak reti buat lagi. Pasni kena belajar buat.

Ikutkan kami nak balik Sabtu pagi sebab husband takut sangat la tempuh jammed. Tapi tangguh punya tangguh sudahnya tengah hari Ahad baru gerak. Haaa lama betul masa tertangguh. (Psst, sebenarnya aku yang pujuk balik lambat sikit sebab konon2 nak bawak mak pergi beraya and sebab mak tinggal sorang malam hari Sabtu tu.. wahaha Teruk betul aku ni!). On the way balik tu sempat la singgah rumah saudara belah husband kat Sabak Bernam, pastu berjalan pulak ke OU, sementara nak tunggu yong tau fu kat uptown bukak katanya. Haa, sempat mak kau ni merembat kasut dekat Vincci.. Hahahaa Malam tu sampai rumah pukul 8.30pm. Alhamdulillah...

Kalau ikutkan tak puas lagi beraya tapi nak buat macam mana, husbandku kerja. Kalau beliau ada syarikat sendiri mesti tak balik lagi ni. hahahaha Weekend ni nak beraya rumah kawan2 pulak. Tahun ni tak de lagi open house kat rumah aku sebab tak cukup budget, haha. Kena tunggu tahun depan la pulak! 

Akhir kata daripada kami,

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin



Friday, August 17, 2012

Assalamualaikum


Kad telah dicuri daripada google dan diedit. muahaha

Tuesday, July 10, 2012

Updated!

Salam...

Ohoi, lame bebenau meninggalkan blog neh. Hingga hampir terabai suda.. haha Macam sebelum ni care sangat kan. Banyak benda nak story neh tapi tu la, bila nak taip je jadi malas la, tak de mood la.. Haishh Okeh, ni nak corat coretkan perkara2 yang dah jadi sepanjang ketiadaan entry baru. Hehe

Jalan-jalan

Sejak ada Ayra ni suamiku rajin pulak berjalan-jalan. Ajak je, dia kata ok. Kalau dulu macam2 alasan tau. Haha Tapi sekarang tidak lagi. Setiap minggu haruslah keluar berjalan-jalan walaupun tak beli pape. Cuci mata sudah. Dah kalau dengar kata nak berjalan tu haruslah mommynye mengepam2 susu supaya tak perlu menyelak di khalayak ramai. Haha Tapi cabaran gak tuh, sebab susuku ini kalau tengah penuh sedap la nak pam, tapi kalau so-so je memang jenuh. Tension noks! Ikut rezeki Ayra la, kadang lepas la sekali nyusu. Kali kedua harus mencari baby's room, tak pun cepat2 masuk kereta. Heh Konon jalan cuci mata, tapi haruslah tidak, harus merembat walaupun 1 barang. Hahaaa dasar betol! Most of the items yang dirembat mesti Ayra punye, yang mommynye punye tengok-telan-air-liur-je-laaaa..


Check-up 4 Months

Pegi check-up 4 months sendirian berhad! Haaa kau, pergi berdua je ngan Ayra, nan ado yang teman2. Car seat pon nan ado. Baringkan je la kat sebelah. Haha scary kan? Tapi jangan risau, mommynye bawak seloww jek, sambil pegang anaknya di sebelah. Tapi dak kecik ni lama2 baring pon die tension gak, kalau dah mengamuk terpaksa la aku dudukkan kat peha... Huu nasib baik time nak sampai rumah dia buat perangai. Berat naik sikit je, tu laa, memalam dah tak mau bangun susu sangat, kan berat naik sikit je. Naik 600g je. So kali ni 6.7kg. Tak ade jab, sebab tu berani pergi berdua.. Hahaa

Now Ayra dah pandai macam2 dah. Alhamdulillah, dah meniarap dah. Risau gak sebelum ni, sebab dah masuk 4 bulan tak mau meniarap kan. Mula2 tolong jugak la senget2kan badan Ayra, tapi lepas 2 hari tolong senget2 Ayra dah boleh niarap sendiri (6 July 2012). Yeay!! Good girl, Ayra!

Senyum, ketawa tu biasa dah, tapi kena rajin layan laa. Kadang sorang2 pun jalan gak dak ni. Ohoiii dah tak mau dok baring je. Kalau jaga sokmo nak kena pegang/main/dudukkan.. Kalau tak bising mulut dia tau! Ye, inilah punca mommynye menjadi kurus semula seperti sedia kala.. Hakhak

Wedding Invitation


Ayra dah pergi dalam 4 wedding kot stakat ni. Kat semua tempat dia behave, cuma kalau panas tu memang dia cepat tak selesa la. Harus bawak jalan2 bagai. Tapi muka selalu nak ketat je, jenuh la orang keliling dok acah, lambat benau nak senyum. Heh

F.O.S Clearance Sales

Okeh, 2 kali berturut2 pergi tempat ni dalam 2 minggu. Hahaaa gila borong la kitorang. Memula tengok review kat blog orang, ada yang kata tak best. Pastu dah berbelah bagi nak pegi ke tak. Saja try ajak husbandku, konon2 nak jalan2 laa, kot ada baju Ayra yang murah2. Hah, Ayra lagi dijadikan alasan.. Keh3

Sekali pergi bukan baju Ayra yang dapat, baju daddynye yang penuh. Haaa beratus gak la abes. Hahaa baju daddynya saja dah 5-6 helai, seluar lagi. Keh3.. Baju orang2 dewasa ni start dari 3hengget ke 20hengget. Takde yang mahal dari tu. Baju baya2 Ayra ni takde sangat, banyak yang tuk kanak2.. Huuu


Ah haa, spot that romper yang Ayra pakai ni pun hasil drpd sales tu. Sehengget je u olss! Dapat beli 2 je sebab dah habis, dah datang lambat kan.. Masa beli tak nampak size/tag, pakai ambil je ikut rasa hati, agak2 muat terus ambil. Bila balik tengok tag kat dalam brand Mark & Spencer u olss.. Pastu husband tanya kenapa tak beli banyak2? Nak beli banyak camne, dah yang tu je ade. Ade lagi kot tapi macam comot sikit. Dua ni je yang bersih suci lagi.. hehe


Hokeh, tu je kot update setakat ni. Nanti kalau ada lagi update lain akan ku coretkan di sini, ewahh.. Bajet ada orang baca. Haaa ingat nak update pasal masak2 plak laa.. haha Till the next entry, bye!

Saturday, June 9, 2012

3 Bulan

Okey, sekarang baru nak buat progress Ayra untuk 3 bulan. Pemalas betul mommynye neh! Haha


1. Tengkuk Ayra dah keras dah. Yeay! Takde dah nak tekulai2 gitu kalau kite dukung die. Hiksss suke!

2. Nyembang nombor 1 ye! Orang agah sikit serongeh je. Orang dok cakap dengan die, die pun sibuk nak cakap jugak. Heee

3. Berat masa check up hari tu 6.1 kg. Dekat 1 kg jugak naiknya. Good job Ayra. Hehe Kena jab untuk 3 months, klinik siap pesan lagi nanti balik rumah bagi makan ubat demam. Tapi nan hadooo. Elok je sihatnya, so mommynya pun malas nak bagi. Kuat anak mommy nie!

4. Dah pandai nak pegang2 barang dah. Kalau kita dok sembang dengan dia sambil baring2, pastu nanti dia tengok je mulut kita, tak lama pastu mesti nak try pegang mulut kita. =)

5. Tak nak meniarap lagi.. hukhuk Ura2 pun takde. Takde nak angkat2 punggung bagai. Anak, bila la nak meniarap awak ni? Tak sabar tau mommy nak tengok..

6. Hobi terbaru menyonyot jari jemari sendiri. Tak dapat sendiri punya, nyonyot daddy punya.. Haha

7. Sangat senang dibawa berjalan. Senyap je. Dalam kereta pun macam tu. Kereta gerak senyap, bila berenti marah! Haha Ikut sapaaaaa la ni suka sangat berjalan. Tapi kadang2 meragam jugak. Biasa la, baby kan. Ape kita boleh expect, tak kan kita nak dia sentiasa behave je.. Hihi Don't worry sayang, mommy tak serik la bawak awak keluar walaupun awak pernah ngamuk2.. =D


8. Mommy sangat3 gilakan barang2 awak Ayra! Pergi mana2 shopping complex confirm pergi bahagian baby. Tengok baju la, kasut la, stoking la, ish semuaaaa la! Geram tau tak! Sampai sanggup beli baju for the coming 6 months tau sebab dah geram sangat. Haha Semuaaa untuk anak mommy sayang ne!

 

Oh anak, how do I live without you sayang.. =')


Tuesday, May 29, 2012

2 Months

Okey, aku tau dah masuk 3 bulan dah Ayra tapi baru nak buat entry 2 bulan. Apakah? Haha Biasa la, nak buat tapi dok tangguh2 kan... Ni la jadinya. So, dalam ingatan aku Ayra masuk je 2 bulan, progress Ayra:


Ayra at 2 months 1 week


1. Time check-up, berat dah naik 5.25kg. Okey, patut la mommynye rasa berat anaknya dah semakin bertambah, sampai dah nak naik muscle dah. Haha ini tipu je. Good girl Ayra, sedap eh susu mommy sampai berat awak naik camtu.. =D

2. Dah pandai tengok orang! Hehe Orang gerak ke sana dia ikut, orang gerak ke sini dia ikut. Bunyi pun dah dapat alert. Kalau dok goncang mainan bunyi2 dia tu dia dah pandai tengok ikut bunyi tu..

3. Dah pandai nak sembang2 dah sikit2. Senyum mesti la dah pandai gak. Tapi ikut mood dia la, time mood datang nak senyum, acah sikit je dah senyum.. Kalau tak muka macam mafia kot! Hakhak

4. Masa cucuk 2 bulan Ayra tak demam, Alhamdulillah. Nangis masa kena cucuk je, lepas tu diam. Siap tidur lena lagi. Kitorang siap bawak pegi Alamanda lagi after injection tu, tapi dia rileks je, tidur tak hengat dunia!

5. Muka makin tembam ye kawan-kawan...

6. Dah dapat rentak tidur, bangun, menyusu dia. So nak bawak jalan-jalan memang makin senang. Tapi kadang-kadang kalau datang mood mengamuk dia memang sakan la meraung, itu tak kena, ini tak kena.. Alahai anak mommy, sampai kadang rasa menitik jugak la ayer mata ni.. hukhuk

7. Kena cukur abes botak kepala dia! Huahaha Sedih kot masa nak kena cukur tu, ye la kan rambut Ayra lebat ya hamat, sedih je tengok rambut dia dicukur-cukur, hukhuk. Takpe, cepatlah tumbuh wahai rambut anakku! >.<


Lihat2, muka macam mafia kan? Hahah