Assalamualaikum...
Uihh banyak sangat bezanya raya kali ni dengan raya yang lepas2. Mula2 sekali of course la sebab raya kali ni kami bertiga! Hehe cepat sangat rasanya masa berlalu. 2 tahun lepas raya sorang2 lagi dengan family, tahun lepas raya berdua dengan family dan family-in-law, tahun ni tambah pulak lagi seorang, si Eyya bambam! Seronok!
Tahun ni raya belah aku dulu, sebab mak mertua sayang aku yang paksa. Ngeh2.. Mak cakap mak abah kat Hutan Melintang tu tak de siapa2 melainkan anak dia yang sorang ni. That's why diorang suruh raya sanaa dulu. So, Jumaat petang gerak dah balik Hutan Melintang. Sampai la petang raya pertama. 2 hari turut2 kami berbuka kat rumah nenek, dah jadi adat dah kot. Sebab dapat kumpul ramai2 sekali. Petang raya confirm berbuka dengan ketupat, lemang dan rendang. Nyum2 sedapnye! Siapa2 yang nak buat open house tu jemputlah ye, nak makan ketupat rendang lagi! Haha
Tema belah Hutan Melintang kuning2 coklat. Tapi Eyya xtemasuk, sebab baju eyya beli dulu sebelum decide tema. Hehehe
Kalau ikutkan ada baju Ayra yang sama tema tapi mak tak sempat jahitkan. Banyak sangat jahitan kali ni, sampai pagi raya pun sempat lagi menjahit! Haha Raya kali ni tak dapat nak join pergi solat raya, sebab nak kena tolong mak siap2kan juadah dengan Eyya. Haha Dah ada anak ni semua nak kena dulukan anak, mommynye kemudian takpe. Mak buat rendang ayam, nyum2. Abah pagi raya mesti nak ada rendang ayam, kalau takde tak sah! Kira rendang mak memang superb la pada abah. hehe Aku? Tak buat pape pun. Dah ada anak pun still tak reti nak masak. Haha busuk punya mommy. Next year kena pastikan dah reti masak. Macam mana laa nak menuntut daripada mak, sebab mak buat rendang pukul 4 pagi kot! Haaa jawab2..
Mak and abah with their cucu. Tahun2 depan tambah lagi, baru meriahhh.. Ngeh3
Lepas beraya and bermaafan and memberi duit2 raya di rumah nenek, kami semua gerak ke Sungai Manik, beraya rumah moyang. Haa ni pun dah jadi tradisi dah ni. Mesti nak pergi beraya ke sana. Hehe Kat sini biasanya kami beraya 3 buah rumah, rumah moyang, and 2 buah rumah Tuk aku.
Yeay! Berjaya snap gambar ni. 5 generations you all!
Moyang - Nenek - Mak - Saya - Eyya
Petang tu kami bertiga gerak ke Sungai Siput, beraya dengan keluarga mertua pulak. Diorang dah tunggu lama dah kot. Hehe Raya memang semua berkumpul kat Sungai Siput, kampung suami. Kat sini tema purple. Baju Eyya dah sama kat sini sebab dah tau tema baru beli baju. Rumah opah kami belah mak ngan abah dekat2, so senang la nak pergi beraya.
Tuk Syed, Opah and Eyya
One happy family. Theme purple colour. Tahun depan tak tau lagi. Ngeh3
Duduk Sungai Siput 2 hari, lepas tu kami terus shoot ke Penang. Haa ni takde dalam perancangan ye. Kalau ikutkan nak ke Hutan Melintang balik, tapi last minute tukar plan, ke Penang kami beraya. Hehe Tapi tak beraya mana pun. Pergi 2-3 rumah je. Esoknya pulak kami buat bbq, ajak kawan2 husband dan adik2 abah datang memeriahkan raya. Kebetulan birthday kawan husband, so celebrate sekali.
Nyum2, Chocolate Indulgance. Dah lama sangat tak makan
Kat Penang tak sempat pun nak terjah2 kedai makan best2. Biasanya kalau balik sini mesti pekena sotong kangkung, mee sotong, abc, kerang bakar, siput duri, laksa cina, pasembor.. Uihh terliur pulak bila dok ingat. Hukhuk Takpe la, lain kali balik mesti kena pergi. Dah settle semua kat Penang kami pun berangkat ke Hutan Melintang balik. Tak puas lagi raya kan. Hihi Biasanya bawa mak je la pergi beraya, sebab nak tunggu abah susah, abah dah kerja. Harapkan anak mak sorang ni je la tukang teman + bawa beraya. Plus Eyya untuk tahun ni. Sempat juga la ke rumah best friend, Wana. Haa kat sini pun kami pulun buat bbq. Hehe kira nak balas dendam yang kemarin punya sebab tak puas makan kambing bakar. Kat sini sampai terlebih2 sebab tak semua kaki kambing macam kami berdua + abah. Heheheee
Kambing bakar terbaik! Diperap oleh suami dan isterinye skali. Sedap! Tapi blackpepper sauce tak reti buat lagi. Pasni kena belajar buat.
Ikutkan kami nak balik Sabtu pagi sebab husband takut sangat la tempuh jammed. Tapi tangguh punya tangguh sudahnya tengah hari Ahad baru gerak. Haaa lama betul masa tertangguh. (Psst, sebenarnya aku yang pujuk balik lambat sikit sebab konon2 nak bawak mak pergi beraya and sebab mak tinggal sorang malam hari Sabtu tu.. wahaha Teruk betul aku ni!). On the way balik tu sempat la singgah rumah saudara belah husband kat Sabak Bernam, pastu berjalan pulak ke OU, sementara nak tunggu yong tau fu kat uptown bukak katanya. Haa, sempat mak kau ni merembat kasut dekat Vincci.. Hahahaa Malam tu sampai rumah pukul 8.30pm. Alhamdulillah...
Kalau ikutkan tak puas lagi beraya tapi nak buat macam mana, husbandku kerja. Kalau beliau ada syarikat sendiri mesti tak balik lagi ni. hahahaha Weekend ni nak beraya rumah kawan2 pulak. Tahun ni tak de lagi open house kat rumah aku sebab tak cukup budget, haha. Kena tunggu tahun depan la pulak!
Akhir kata daripada kami,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
No comments:
Post a Comment