Thursday, December 22, 2011

Happy Birthday Sayang!

1. Hah sebenarnya nak update semalam, tp sebab semalam wordless wednesday, so postponed update hari ni.. hehe

2. Birthday Sabtu lepas, tapi hari ni baru tehegeh-hegeh nak update kan..

3. Happy Birthday Sayang! Lambaht betul tgu birthday die ni sbb ujung tahun.. ish3

4. Kengkonon my turn la nak belanja makan bagai. So bg cik husband pilih tempat makan. Keluar rumah jam 8.30 malam, tapi dapat makan jam 11.00 malam. 

5. Kenapa? Hah sebab husband xtau nak pegi mana. Last2 pilih Tony Romas. Unfortunately, Tony Romas kami pegi tu tutup awal sebab ade "pest control". Hikhik nasib badan la...

6. Sudahnya pegi Victoria Station. Tempat hokey, happening. Tapi food so-so je. Presentation food pon xmenarik hati sangat (Wah! macam masterchef plak kan!). Tapi ramai gak yang dtg, xtau la plak diorang makan apa..

 Victoria Station & I yg gamba tak berape nak best sbb cahaya kurang.. 

Birthday boy besama food ktorang yang tidak memberangsangkan.. haha 
(Abes jugak kau bedal kan!)

To Sayang,

Happy Birthday yang ke-tuttt, hehe boley bagitau ke? (Husband kite mude lagi tau.. =D)
Semoga segala yang kita hajatkan akan tercapai,
Harap kita akan sentiasa bersama sampai bila-bila..
Kite sayang awak sangat2, kalau tak sayang kite tak buat tau entry ni.. (haha gile kejam!)
Awak pun kene sayang kite jugak tau, and baby kite...
Love you!


Note: Haihh, bukan beliau baca pon blog neh! hueheehehe



Tuesday, December 13, 2011

Minggu Yang Sibuk

Oh2.. Busy betul minggu ni tau. Pas satu, satu hal kene settle. Sampai nak update blog pon tertangguh-tangguh. Hihi Ke'busy'an start once my parents in law datang Kajang. Tak henti2 bejalan tau. Pegi IKEA sampai 2 kali, pastu pegi HQ Golden Horse sebab parents in law nak tengok2 mozek, pastu pegi PWTC dok soping2 cuci mata, pastu pegi umah pakcik husband yang nak kawen (eh by now da kawen da.. hehe), pegi survey2 sinki.. Oh2, banyak betul mende kene buat.. Haha Tapi paling xbest masa banyak habis kat dalam kereta sebenarnya! Sakit2 buntut si mommy ni tau.. =)

Ahad lepas (4 Dec 2011) selamat sudah pakcik husband menamatkan zaman bujang beliau. Kitorang sume attend the solemnization kat Masjid Bukit Antarabangsa tp xsempat nak amek gambar mereka suami isteri.. Haha gambar kami sekeluarga je la yg ado ha..


Sementara tunggu pengantin datang, kite capture gamba dulu!


Parents in law


Ayah Mat in the making.. hehe

The next day, kami attend plak reception kat Dewan Merak Kayangan, KL . Majlis buat malam, dinner time. Best jugak buat reception malam2, tapi macam masa terhad sikit la. Nak nyembang lama2 pun tak sempat. Anyway, Congrats Ayah Mat & Cik Farah! Hepi always, bahagia sampai akhir hayat! (semangat wish walaupun diorang tak baca blog ni.. haha)


Ayah Mat & Cik Farah! (Noted that yang jadi pengapit Ayah Mat is Banih, my bro-in-law!)


Si mommy dengan baju ketat.. haha xsompat beli baju tuk kenduri


Ni seme satu family tau, bukan kawan2. ni pun baru 20% of the family belah husband, xmasuk semua pun lagi


A big happy family!

Sabtu lepas ni plak (10 Dec 2011), gegas2 balik Perak sebab kami nak buat majlis doa selamat + lenggang perot! Wah, first time kan wat lenggang perut, memang blur habis! Haha Ape tu lenggang perut? Erkkk, secara definisinya tak tau nak terangkan, tapi leh la cite sikit2.. hehe Lenggang perut ni kira adat orang dulu2 la, biasanya buat untuk first baby je. Makcik bidan datang, lenggang2kan perut kita dengan kain putih, pastu urut2 tengok baby kita kedudukan okey atau tak. Tapi sebelum lenggang2, urut2 tu mandi dulu dengan air bungan yang wangiiii.. haha wangi la sebab buh minyak wangi. Hihi best2! Best skali time urut2 la, tak penah kene urut katakan.. Alamak, gamba confirm la xde kan, xkan nak capture gambar time keadaan tidak senonoh! Muahaha (sila bayangkan je la ye =D)

Esoknya pulak pegi kenduri adik kepada kawan masa kecik2 dulu dekat Mambang Di Awan. Haaa hebat tak nama tempat die? Hihi Betul2 ada tau, dekat2 dengan Air Kuning, kat Perak. Kakaknye yang merangkap kawan masa kecik xkawen2 lagi, adiknya dulu yang kawen. Pasni kene paksa gak die carik suami! Hehe (Owh, kawan ni la yg jadi pengapit masa reception ai dulu..).


Ye, gambar saya xde. Ni gambar mak dengan kawan2 lamanya masa stay kat Sg. Buloh dulu

Malamnya trus blk Kajang.. huhu xsempat nak dok lelame kat kampung. Yep, mmg betul Isnin negeri Selangor cuti, tapi terpaksa jugak balik sebab ai kene settlekan assignment since hari ni (Selasa) ada presentation. Gigih tau seharian hari Isnin tu siapkan seme bende. Padan muke kan, sape suruh buat keje last minute! (Eh, tapi bukan student mmg macam tu ke? Suka wat keje last minute.. Haha). And now tengah berehat2 sambil menghapdet belog setelah mengharungi minggu yang busy ni. Errkk, sebenarnya tak abes lagi ke'busy'an ni, banyak lagi assignment lain kene settlekan. Haha

Wah2, dah dapat update blog panjang lebar plak kan. Sorry eh, tepaksa baca panjang2. Kalau xmau baca pun xpe, sbb ai tules blog ni suke2.. Haha Ape mende la merepek ni!

Okey, nak tido la since smalam tido lambat. Mommy xckup tido! >.<

Monday, November 21, 2011

Baby List

Salam semua! (Bajet ada org baca blog neh.. haha)

Oh hoo, ari ni nak update pasal baby list. Tetibe tersemangat plak kan, sbb baru lepas blog walking pasal baby. Hihi


Haa ni la baby list yg ai dah buat. Seme pon buat sikit2 tiru kat blog org laen and fikir2 logik sendiri. Hikhik ikutkan ade lagi kat bawah2, tp print screen yg ni je. Ingatkan sket je tau list tuk baby ni, tapi bila dah list down, mmg banyak! Wah, tak sabar kot nak g sopin!

Honestly, smpai ari ni mmg xbeli satu pun barang baby. Hahaa ape punya mommy la ai nieh! Bukan ape, saje je xmau beli awal2, kalau pegi kedai baby pon tgk2, survey2 je dulu. Pasni baru serbu truss!

So, kami plan nak start beli by next month. Exhibition kat MidValley kemarin pon tak pegi. Sebab? Satu, mmg xde plan nak beli pape, walaupun namanya jualan murah2.. haha Dua, tak larat la nak berpusu-pusu ngan orang ramai, sabtu ngan ahad konfem ramai org kan.. kan, kan? Tapi malam tadi ada g jalan kat kedai baby, survey2 apa yg patut. Okey gak kedai tu, ada barang yang berpatutan..

Okeyh, tu je kot nak share. Lapau dah ha, jum masuk dapur!


Nota: Yeay! Dah ramai perasan ai pregnant! Hihi

Monday, November 14, 2011

Scan

Salam..

Sebenarnya dari hari sabtu lagi dah nak update cite ni, tp ade je problem. Source tertinggal dalam kereta la, internet buat hal la.. Sampai hari ni baru berkesempatan nak update. Hehe Tak sabar!

Last Saturday, kami pergi buat scan for our little baby dalam tummy ni.. Tak plan pape pun, Jumaat tya husband nak buat bila, then husband ckp buat Sabtu since mmg Sabtu nak keluar, so sekali jalan je la.. Trus msg person in charge untuk scan ni and buat appointment. Fida buat dengan Jezzlyn, from 3D 4D Scan Malaysia (<-- check fb beliau kat sini).

Appoinment kul 9.45am, tapi ktorg sampai sejam after that. Hish, ni husband pye pasal la ni, liat sgt nak bangun, pusing2 cari tempat lagi.. Haha sib bek Jezz xmarah. Cuma kena tunggu giliran je sbb dah terlebih dari masa yg dijanjikan. Tak lama tunggu (ada la dlm 45 mins.. hihi), Jezz panggil. Yeay! Nak scan my little baby! Sioknye!

Scan pye scan, muncullah my little baby.. hikhik Shomel2.. Malu2 tau baby mommy neh. Mula2 nampak muka baby, siap senyum2 lagi tu! Lepas tu lama2 baby xnak tunjuk muka dah. Tutup ngan tgn la, then bagi blakang je tau. Sabar je la! Jezz terangkan satu2, which one kepala, muka, telinga, tangan, jari2, kaki, tulang belakang, ang treng teng teng! Haaa, nak tau tak girl ke boy?? Tak mau bagi tau! Hehe Kasi seprais sket.

Kami scan dalam 20-30 mins jugak la.. Puas hati! Dapat dengar heart beat skali. Seronok btol, rase nak beli je machine scan tu letak kat dalam rumah. Haha After scan seme, Jezz bagi print out scan dalam 4 pieces including details + 3D 4D photos and video dalam CD. Total up dalam RM100.

Best scan kat sini sbb Jezz very friendly, and dia akan citekan pape yg dia tahu. Plus tolong kejutkan baby time baby xmau tunjuk muka. Haha abes goncang2 perut, tapi degil xmau tunjuk gak. Mula2 aktif sangat sampai gambar semua kabur2, asyik gerak2 je.. :) Jum tgk pics!

Baby mula beraksi :)

Smile to mommy & daddy!

Dah start xmau tunjuk muka :(

Last action from little baby :) macam ahli gimnas dah Hikhik


Happy reading!

Thursday, November 3, 2011

Jum Cite Pasal Pregnant!

Salam..

Haishh berhabuk sudah blog neh. Hati nak je buat entry baru tp mood xbg cooperation. Haha boley plak gitu kan! So entry kali ni nak cite pasal pregnant! Yeay! Setelah hampir nak masuk 6 bulan, baru nak buat cite kan.. Cite lama pun xterbuat lagi.. Hikhik hampun..

So, nak dipendekkan citer, Alhamdulillah, after kawin seme, kami dikurniakan rezeki yg sgt2 tak terhingga ni.. Sangat xpercaya tau boleh dapat secepat ni. Sampai kwn2 kata "effective giler kau ni!".. Haha Rezeki nak sampai kan.. Kalau ikutkan sejarah, ai ni anak tunggal, abah pun anak tunggal. Tapi mak ada 6siblings. So, dulu masa belum kawin mmg susah hati takut xdpt lahirkan zuriat.. huhu Cakap kat hubby awal2 seme, then hubby ckp "Xpe, skang dunia dah maju. Macam2 kite leh buat untuk dptkan zuriat".. =')

Mula2 xsyak langsung ai pregnant sbb okey je. Sampailah after reception kat belah hubby.. Elok2 je selesai semua majlis, bdn start xbest. Tapi seblum tu lg dah aware dah yg period xdatang2. Tapi buat xtau je. Ada gak cite kat MIL and makcik hubby, then diorg kata buat xtau je dlu. After majlis tu semua, badan da rasa laen macam. Kuar makan, tp xmakan apa yg nak dimakan especially laksa and kerang! Woah, dlu tu feveret tu kalau g Penang. Confirm kene g pekena laksa penang + kerang bakar + sotong kangkung! Tapi tu seme sudah tidak dipandang lg. Lagi mau muntah ado.. Haha

Lepas tu, blk Kajang seme, ari2 rasa loya + muntah2. Aiyoo, xlarat ohh! Makan sket je, tp muntahnya bnyak. Mcm xlogik je.. Hikhik Kami pun g klinik sbb da xtahan sgt. Tp pandai sangat kan, g klinik time mlm sbb time tu je hubby ada kat umah. Blk dengan kehampaan sbb Doc suh cek sndiri dlu. Haha padan muka. Tapi sebelum blk gegas2 g watson carik pregnancy tester. Beli smpai 2 tau! Punya lah semangat! >.<

Sok pagi2 nak g toilet, then teringat tester tu. Dup2, dup2 nak guna. Xpenah guna la katakan. Baca instructions smpai bape ploh kali tah, sbb takot tesalah. Hikhik And finally, alhamdulillah, kuar line + kat tester tu =). After few days, g klinik kesihatan, kengkonon nak buat buku pink. Sib bek boley tau, sbb awal sgt lg. Hikhik Kalau kene halau wat malu je. Lama sungguh nak settlekan buku pink tu je, dah la ramai org. Haaa, kalau nak g klinik kesihatan, sila la bgun dan terpacak di sana subuh2 buta ye..

Now dah nak masuk 6 bulan, rasa kejap je masa berlalu. Dalam 3 bulan lg dah nak deliver. Huh, takot!


Nota: Sorry, entry ni xbergambar. Nti baru update gambar.. hehe

Saturday, October 8, 2011

Sukar Untuk Percaya


Syukur Alhamdulillah

Macam tak percaya, sampai sekarang dah masuk 4 bulan lebih fida jadi isteri kepada suami yang sangat2 fida sayang! Nak masuk 5 bulan! Dan yang paling best kami dikejutkan dengan kehadiran org ketiga! Hihi Seronok betul.. Semuanya rezeki Allah. Alhamdulillah sekali lagi...



Friday, October 7, 2011

Thursday, July 14, 2011

Lama Tak Update!

Salam..

Wah, giler lama xupdate blog ni ha. Besawang suda.. Haha sorry blog, kesibukan + kemalasan melanda, tu la natijahnya! 1 week before bertandang kant Penang dah gerak blk kampung. Singgah di Hutan Melintang dulu, kemudian join cousin hasben bertunang, tido semalam di Lumut, baru gerak ke Penang. Seminggu tolong buat preparation bagai, banyak gak yang kene buat. Sampai tiba2 terfikir, kalau tandang ni bezanya seminggu ja dengan sanding di Hutan Melintang, macam mana pulak persiapannya?

Selepas majlis bertandang pada 2 Julai 2011, duduk lagi di Penang sampai Rabu, kemudian balik ke Perak, duduk dalam 2-3 hari baru pulang ke Kajang. Dah sampai Kajang, sampai ke hari ni, adalah dlm 3-4 hari, mood xberapa nak oke. Bukak internet cuma tgk2 FB, blog org lain. Mampu baca ja, nak update tp belum datang feel itu.

Banyak benda nak cerita. Cerita pasal kawen di Perak pun xstart lagi. Haha Hangat2 tahi ayam! Konon after kawen, nak cite seme mende. Xpe, buat slow2.. Hehe Hari ni nak listkan ape yang perlu diceritakan mengenai wedding saye. Supaya xde yang tertinggal.

27 & 28 Mei 2011

1. Persalinan - Nikah, Malam Berinai, Sanding, Outdoor
2. Make-up
3. Pakej Pengantin - Pelamin
4. Hantaran
5. Photographer

2 Julai 2011

1. Pakej Pengantin - Persalinan, Pelamin
2. Make-up
3. Photographer

Hahaaa, sikit je la ha nak kene citer.. Hehe boleh habis kot dlm sebulan! >.<

Till the next update!


Tuesday, June 21, 2011

Pretty Favours by Afida

Salam..

More products to come. Enjoy!


Code: PF Pretty Glass 1
Dimension of glass: 9.5cm x 6.5cm (top)/4.5cm (bottom)
Colour can be changed due to customer requirement.


Code: PF Pretty Glass + Potpourri 1
Dimension of glass: 9.5cm x 6.5cm (top)/4.5cm (bottom)
Colour can be changed due to customer requirement.


Code: PF Pretty Glass + Potpourri 2
Dimension of glass: 9.5cm x 6.5cm (top)/4.5cm (bottom)
Colour can be changed due to customer requirement.


Code: PF Potpourri 1
Dimension of glass: 15cm x 5.5cm
Colour can be changed due to customer requirement.


Please contact me at 013.250.8996/012.540.6336
or
email me at nurulafida87@yahoo.com
for your order.

Please note that the price is excluding the postage fee. Details will be given once order is placed.

Thank you. >.<

Monday, June 20, 2011

Pretty Favours by Afida

Packaging - Paper Bag



Code: PF Button
Come with colourful design
Dimension: 18cm x 13cm
RM 0.20/pcs


Code: PF Dot
Come with colourful design
Dimension: 18cm x 13cm
RM 0.20/pcs


Code: PF Circle
Come with colourful design
Dimension: 18cm x 13cm
RM 0.20/pcs


Code: PF Flower 2 Layer
Come with colourful design
Dimension: 18cm x 13cm
RM 0.25/pcs


Please contact me at 013.250.8996/012.540.6336
or
email me at nurulafida87@yahoo.com
for your order.

Please note that the price is excluding the postage fee. Details will be given once order is placed.

Thank you. >.<

Monday, June 13, 2011

Pretty Favours

Salam semua yg baca entry ni..

Saya nak share mengenai salah satu doorgift yang saya bagi pada saudara, kawan-kawan terdekat dan pihak lelaki pada wedding saya. Doorgift saya ni simple je tp fully done by me and my mak. Haa, kire ade sentimental value la kan? Hehe Ni je yang mampu saya bagi untuk mereka2 yang terima mengingati saya.. Hehe Enjoy!





p/s - Hey, saya terima tempahan doorgift ni kalau berminat! Just drop your comment here with your email okey? >.<

Friday, June 10, 2011

Wife


Salam

Wah, dah jadi wife saya ni! Tak percaya sungguh! Hehe

Alhamdulillah, saya dah selamat menjadi isteri kepada Syed Mohd Azrie Izanie Bin Syed Shaari pada 27 Mei 2011 yang lepas. Lame betol tak update blog ni, asek malas dan tak sempat.

Majlis pernikahan dijalankan di rumah saya di Taman Kayangan, Hutan Melintang, Perak pada hari Jumaat. Malamnya diadakan majlis Malam Berinai dan esoknya, pada hari Sabtu dijalankan Majlis Persandingan. Everything went well cuma ada beberapa perkara yang kita xsangka jadi, terjadi.. Eh ade ke? Haha

Gambar-gambar semua tak de lagi sebab semuanya ada pada OP saya, so nak share pun xboleh. Ada la sekeping dua gambar yang diambil sendiri yang boleh diterima pakai. Banyak mende nak share tapi tak tahu nak mula daripada mana. Nanti saya fikirkan dan buat list ya!

Kat sini ada beberapa gamba yang saya boleh share buat masa ni. Enjoy!






------------------------------------------------------------------------------

Thursday, May 5, 2011

Doorgift I


Assalamualaikum...

Saya xnak cite pon pasal doorgift ni, sy nak bg teaser je... heheeee


Tapi doorgift ni xsemua dapat. Yang bertuah2 je dapat...
>.<

After wedding saya review penuh2 ye

-----------------------------------------------------------

Wednesday, April 27, 2011

Interview


Salam peeps!


Thanks to En. Tunang sebab belikan saye kek berfday yang best ni! Dah 2 kali dah kot, hehe. Last year beli blueberry cheesw cake, kali ni beli yang chocolate cheese cake, ape ye nama dia, lupe da~ Sib bek tahun ni betul 24 years, sbb tahun lepas dia salah tules plak, buh 24 years, padahal baru 23 years. Hee

Eh2, sebenarnya bukan nak cite pasal berfday yang dah lame lepas tuh. Yang ni selingan je. Sebenarnya saya nak cite pasal interview..

Alhamdulillah, saya dapat interview di SPP untuk Gred DH41 - Pengkhususan Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar). Tak sampai setahun isi online kat website SPP, dah dipanggil, syukur sangat2. Memang neves giler masa nak g interview, sbb xpenah kene interview. Sungguh! Ni first time saye diinterview! hehe Memang takut giler!

Dengar citer dan tinjau2 dalam internet, nampak macam susah interview ni. Kena hafal fakta2 pasal sejarah pendidikan, falsafah pendidikan bagai, modal insan, negara bangsa, nama2 barisan kabinet, sejarah spp tu sendiri... Fuhh memang ketar la lutut bile dengar. Search punya search, dpt la beberapa info yang penting, sangat banyak oke nak kene hapal. Nak nanges da rase..

Mula2 dapat panggilan ni sebenarnya kena interview di Penang, cepat2 pegi pejabat SPP sendiri kata nak mintak tukar tempat interview, nasib baek diluluskan. So saya diinterview pada 26 April 2011 (Selasa) jam 10 pagi d Bilik Temuduga 11, SPP, Putrajaya.

Time tu untuk bidang pengkhususan ni ada 4 orang je, dan saya orang last diinterview. Haha sebenarnya boleh jadi orang pertama, tapi disebabkan kesilapan yang saya sendiri buat, tu yang jadi orang last. Boleh tak dah sampai kat tempat interview pastu baru teringat lupe nak bawak sijil degree! Giler tak giler, memang gegas la blk rumah amik sijil tu. Nasib baik sgt2 sebab tergerak hati nak g awal time tu. Huhu memang drive laju giler la.. Haha

Alhamdulillah, soalan yang ditanya xbyk pasal fakta. Takde pun kot rasanya.. Hehe Soalan bergantung kepada cara kita perkenalkan diri. Kalau time kita introduce tu kita dok cite pasal keje kita ke, pengalaman ke, so diorang akan tya yang berkaitan dengan tu. Plus, dapat plak soalan bonus, pasal merdeka. Mak aih, ketar da lutut nak jawab. Bukan xtau, tapi sbb xterfikir plak nak study pasal merdeka, so jawab pun cam tunggang tebalik je.. Haha

Apapun, semua dah lepas, syukur sangat2. Sekarang ni tengah tgu result je. Dengar kata amik masa 10 weeks jugak nak keluar result. Uisshh lama gak tu. Yang penting tuk interview ni rupanya kena ada confidence level yang tinggi. Jawab dengan confidence walaupun dorang pertikaikan pendapat kita, cuba tetap dengan pendirian diri sendiri.

Tapi yang ni utk bidang yang fida dpt la. Kalau bidang lain rasanya lain sikit cara interviewnya. Contoh mcm bidang grafik, mungkin dorang nak tgk hasil kerja dalam bidang tu.

Whatever it is, interview ni mmg betul2 bagi pengalaman pada saya yang tak pernah kene interview. Haha lega sgt2 rasa lepas dah diinterview tu. Hehe Wish me luck untuk dapatkan jawatan tu. Ish, xsabar plak rasanya.. ^_^



Nota: Opss, sorry, terpanjang plak post kali ni... Heeee

----------------------------------------------------------------------------

Monday, April 18, 2011

Wedding Shoes


Salam and hi..

Woh, baru lepas terbaca mengenai wedding shoes seorang blogger b2b yg dah jadi wife ney.. hehe Sangat2 tertarik dengan wedding shoes die. Lacey2 gitu.. Tapi xde bling2 plak..

So lepas dok mengorek2 blog beliau, terjumpa la blogshop yg menjual wedding shoes ni! Wow, cantek tau, ade yg bekenan! Tapi xbanyak sgt choice and quite expensive. Tapi kalau b2b dah ada budget untuk wedding shoes boleh la jenguk2 kat blogshop ni --> White Label

Antara wedding shoes yg saya suke


Sangat suke!


Cantek & sweet..


Comel je kan?

Tapi mampu menjamu mata & angan2 je la.. Tak de budget pulak tuk beli wedding shoes mcm ni, lagipun wedding wat kat rumah je kan.. En tunang pun kata jgn membazir, nti pakai sekali je..

(-_-)
Pasrah je la...

Okey la, kalau teringin try la usha tempat ni, mane tau kena ngan citarasa & budget. Hepi shopping!

-----------------------------------------------------------------------------


Tuesday, April 12, 2011

Say NO to polystyrene!

Salam..

Halamak, ari ni tetibe plak nak berjiwa environment ha.. hehe Tadi dok cari info mengenai polystyrene kat internet, terjumpa la beberapa perkara yang wajib semua org tau kot! Bahayanya penggunaan polystyrene dan botol minuman air mineral tu.. Kalau ikutkan logik la, mmg bahaya pun menda2 ni, sbb once dah kena kat panas chemical reaction akan jadi. Di bawah ni salah satu petikan daripada blog Salam PDK Mutiara:


Kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.


Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.


Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.


“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.


“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.



Okey, yang di atas ni petikan je, untuk maklumat lanjut ataupun full text boleh klik pada nama blog yang dah di linkkan.



Setakat hari ni kempen paling berkesan yang mampu membawa impak kat masyarakat adalah ketiadaan plastik bag pada setiap hari Sabtu di shopping2 complex. Bagus kan kempen ni sampai kita semua boleh set kat dlm minda yang hari Sabtu je xde plastik beg. Kan bagus kalau buat hari2... heee


Fida pun sekarang tengah mencuba untuk bawa shopping bag sendiri kalau nak g beli barang. Kalau setakat 1 barang je lg best, fida ckp kat cashier xmau plastik. Lagipun kadang2 dpt kelebihan gak, contoh cam kat Tesco, siap dapat point lagi kalau bawa shopping bag sendiri. Tapi kadang2 tu terlupe.. Heh


Untuk masalah polystyrene ni, xde dah penyelesaian lain, melainkan bawa bekas makanan sendiri, takpun bayar 30sen extra for the biodegradable container. Jangan fikir nak senang je, tapi ingatlah kesihatan kita jugak. Air dalam botol yang ditinggal seharian dalam kereta pun jangan la minum, coz dah kene panas, dah jadi chemical reaction antara botol tu dengan airnya.



Papepun ni semua adalah salah satu usaha untuk menyelamatkan bumi kita, terpulang pada kita sendiri nak ikut atau tak. Tapi kalau kita sayangkan diri dan alam sekitar kita, wajib berusaha ke arah zero polystyrene & plastic bag! Moh la kite ramai2 bawa shopping bag dan bekas makanan sendiri!




Okey, renung2kan... dan selamat beramal!

>.<


---------------------------------------------------------------------

Thursday, March 24, 2011

Guest Book


Salam and hi..

Fida nak share pasal Guest Book. Hari tu fida ade terjumpe guest book ni kat blog salah satu B2B, bila tya tak dijawab. One day pegi kedai buku kat kajang, tanya pasal guest book --> guest book ini bukan tuk fida tau, fida beli untuk perasmian pusat kitar semula di ukm. Alih2 bila tya die kuarkan guest book ni! Tekejut fida, akhirnya jumpa juga guest book ni.. Hehe


Okeh, guest book ni ada 3 colour - putih, silver and gold mcm dalam gambar. Tiga2 cantek sangat. Sampai xtau nak pilih yg mana satu. Material tuk setiap colour ni berbeza2. So, fida pun pilih yg colour gold ni since fida suka material dia.. hehe


Di bahagian bucu jga dikemaskan dan kalau tengok dari tepi mmg nampak colour gold buku tu. Cantek. Tapi fida dapat review yang colour ni je la, kalau 2 colour lg tu xtau camne rupa dia.. hee


Kat bahagian dalam ada garisan2 untuk kita tulis. Kira kalau nak wish pun xde la senget2 tulisan kita.


Kalau kita nak buat untuk hari kawen kita, fida suggest deco sket buku tu, baru nmpk menarik! Buku ni saiznya lebih kurang 8.25" x 10.125". Just nice, xbesar sangat, xkecil sangat. Harga pun berpatutan. So, kalau malas nak DIY guest book, kite beli je laa... >.<

--------------------------------------------------------------------------