Assalamualaikum..
Woohooo It's been a while la kan tak menulis. Haihh nak tulis kot tapi asik postponed sajo, ni la padahnya. Anyway, kali ni nak story pasal birthday anak daraku, eh nak nak anak dara dah haaa.. Hukhuk And kalau dah birthday anak, sah-sah la birthday maknye sekali. Hikkkss
Okey, sangat tak percaya sebenarnya ye Ayra dah setahun. Genap 26 Februari. Macam kejap sangat rasa. Macam baru je minggu lepas keluarkan Ayra dari perut ni ha, rasa macam tak hilang lagi rasa sakit-sakit kena jahit, rasa macam baru sangat lagi Ayra kena botakkan rambut, rasa macam semalam Ayra baru tumbuh gigi pertama.. Oh, how i miss that moment! Uhukk Tiba-tiba rasa nak nangis... Hukss
Ok, sudah! Cukup sudah nak beremosi ye. Apapun aku rasa syukur sangat-sangat sebab Allah bagi peluang kat aku jaga Ayra setakat ni. Rezeki paling besar ni.. Banyak sangat progress pada Ayra yang maybe sesetengah tu lambat sikit compared to baby lain, tapi lambat laun it will happen juga kan? Eh ape merepek daa...
Seronok okey dapat naik kereta gerak-gerak berlagu. Ngeh ngeh ngeh.. Tapi taktau nak action camna, so kita dok diam je laaa.. Haha
Kitorang tak celebrate pun, tak buat makan-makan panggil orang pun. Kami makan among families je. Kebetulan parents in law datang sini, sekali dengan opah and adik ipar, so kitorang cuma pergi makan kat luar je ramai-ramai. Kitorang decide nak makan seafood dekat Restoran Hokkaido, next to Vistana Hotel dekat Seri Petaling. It's a chinese restaurant actually, tapi ramai je orang Islam makan and takde serve non-halal food. Food semua memang superb! Tapi tak capture any picture pun sebab aku sibuk dok layan Ayra, makan pun tergesa-gesa. Tapi puas hati yo! Kitorang order ketam masak cili, ikan kerapu 3 rasa and asam boi, butter prawn, sayur campur, tauhu, lepas tu chinese tea. Oh maii, very the delicious okeyh. Ketam besar sangat sampai bagi pengepit nak kepit kulit ketam. Hohoo
Balik makan diorang pergi beli cake pula. So sampai rumah dok buat nyanyi-nyanyi lagu birthday and tiup-tiup lilin. And Ayra dapat tent besar! Dengan balls kecil-kecil tu.. Hehee thank you opah and tuk syed.. Nenek dengan tuk din bagi motor vrom-vroooomm kat Ayra. Awal lagi dah dapat. Dak kecik tu bukan reti main pun lagi, tau tekan button lagu je. Hehee Thank you tuk din and nenek. Tu je cerita birthday. Sayang parents aku tak dapat join sekali.. Aku? Tumpang sekaki je, mane ade dah nak sambut orang tua punya birthday. Hahaa Tapi aku rasa lepas ni pun kalau time birthday je mesti Ayra lagi menonjol. Hahaaa Ayat dengki ni!
Hah, buat mulut camtu lagi, mommy gewam hokeyh!
Superbike gitew.. Ni gambar fresh dari kedai. Hahaa
Shopping-shopping. Sekarang tak payah bawak stroller dah, kita dirikan sajo dalam troli, Ayra jadi driver.. hehe
So sempena birthday Ayra ni mommy nak wish Happy 1st year birthday to my buchuk cayam Syarifah Adelia Ayra. Walaupun kamu sekarang dah banyak ragam, banyak aksi-aksi mendebarkan, banyak helah yang boleh buat mommy and daddy ketawa, kamu tetap kami sayang. Sayang sampai hujung nyawa. Semoga kamu membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik, sentiasa dengar cakap orang tua and also menjadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat. Semoga kita dipanjangkan jodoh hingga hujung nyawa.. Mommy and daddy mungkin tak dapat nak bagi apa yang kamu nak, tak dapat nak mewahkan kamu, tapi kami janji kami akan cuba sedaya upaya kami untuk bagi yang terbaik untuk kamu. We love you, sayang... =')
Vrom, vromm... Jom jalan, Ayra bawak!
Muka sememeh sangat aih. Banyak sangat peluh
Muka daddy sangat kan!
2 comments:
happy birthday adelia :)
Tq Elya.. Sorry ye tak sempat nak contact, serius tgh busy sekarang, nak adapt dgn rutin baru.. Hehee nanti free2 fida contact key.. =)
Post a Comment