Tuesday, October 23, 2012

Rindu Bisnes

Salam.. Okey, tengok tajuk pun agaknya tau kot ape aku nak merepek kat sini. Hehe Seriously aku rindu gila nak berbisnes balik! Huargghhhh Dulu aku pernah buat bisnes selendang, best sangat tau! Tapi time tu aku study, so disebabkan beban assignments dan exam yang hebat, aku punya bisnes terbantut sudah. Eh lagi satu aku ada sediakan servis jahit manik kat baju kurung tapi until now buat untuk family je. Haha Sebab ape? Sebab takde orang nak tempah. Orang yang tak pernah tempah jahit manik ni memang akan terkejut gak la dengan upah yang aku bagi. Tapi secara jujurnya harga yang aku bagi sangat-sangat la murah berbanding dengan kalau korang hantar dekat butik. Aku kira modal manik, benang, and upah sikit. So yang rajin dok suruh aku buat makcik2 aku and jiran2 mak aku je. Plus baju sendiri.. Huahahaa Ni semua contoh2 baju yang aku jahit manik. Ada lagi tapi tak upload. Haha






Ni design2 gini design simple2, dah tentu2 aku kasik upah murah2 sajo..


Haa aku cakap tadi aku jual selendang kan? Hehe time tu memang best, tapi kekangan masa nak pergi ambil stok tu yang buat aku terpaksa stopkan bisnes tu. Time tu modal tak banyak, so stok pun tak boleh ambil banyak sangat, ni yang menyebabkan aku selalu sangat kena ulang alik ambil stok. Huihhh jenuh wehh, nak kira modal minyak kereta, tol lagi. Tak larat laaaa...

Now teringin sangat nak berbisnes balik. Tambah pulak aku ni dok kat rumah je, jaga Ayra je 24hours kan. Bosan tahu! Bukan bosan jaga anak, jaga anak of course sangat enjoy! Bosan sebab tak de aktiviti sampingan untuk dibuat. Kerja? Cari dah, hantar resume dah, tapi still tak ade rezeki lagi. Tu yang tiba2 teringin nak buat bisnes balik. Hehe Plus ingat nak tolong la suamiku itu yang berlelah2 bekerja seorang diri demi menampung keluarga. Cehhh ayat tak boleh blah.. Haha

Yep! Kalau ada duit sendiri sangat best kan? Boleh beli itu ini, tak payah fikir dah. Boleh beli toys Ayra, baju Ayra.. Bukan sekarang tak boleh beli, still boleh tapi kesian dekat husband aku. Semua dia kena tanggung. Ni tak lama lagi nak kena pindah rumah, loan dah kena bayar full, kereta lagi, bil2 lagi.. Waaa parah jugak la. So kalau aku nak berniaga ni tujuan utama adalah nak berkongsi kesusahan kesenangan mencari rezeki sama2 dengan husband aku. Nak tolong husband aku. Nak tolong cukupkan keperluan anak, rumah dan sebagainya.. Huhu 

So aku ingat sekarang ni nak bisnes baju pulak. Sudah ku usha2 mana nak dapatkan stok, nak jual macam mana.. style macam mana, dan yang paling penting sekali harganya yang harus2 murah dan sangat2 mampu dimiliki... Heheeee




Haa korang suka tak kalau aku jual baju2 gini dengan harga tak sampai pon 30?? Hehe Baju ni pada aku memang best, sebab boleh pakai dengan inner atau cardigan, pastu boleh match dengan jeans atau skirt kalau nak nampak sopan, plus boleh bawak pergi kenduri you alls! Hehee

Tapi... tapi.... Belum dapat lagi persetujuan daripada suamiku.. Hukhuk Beliau siap suh buat proposal bagai lg, sebab aku nak die bagi modal (kira invest kat aku la tuk permulaan ni). Hahaa So, agak2 okey tak kalau aku buat bisnes ni? Heheeee



P/s- Sila la support! Huuuuu

Monday, October 15, 2012

Ayra

Salam...

Ahaaa sedar tak sedar dah 7 bulan dah Ayra.. Aiyooo sudah banyak akal ini bodak! Hehe Apa progress Ayra? Jom check it out:

• Meniarap bagai juara dah, siap guling2 bagai. Dah ke depan dah pun. Penat mommy tunggu tapi jarang sangat die nak ke depan. Kalau ada benda menarik nak dicapainye baru la nak berusaha.

Apa yang ada kat bawah kerusi ni ye.. hehe

• Berat tak naik sangat. Tak tau nape. Walaupun dah start solid food tp agaknya sebab dah aktif so berat maintain je kot. Hari tu first time demam, kus semangat. Sangat takut ye sebab tak pernah lagi dalam situasi ni. Demam plus cerry berry pulak tu. Menggelabah la mommynye. Kesian sangat tengok Ayra, makan tak lalu, nak bekepit je. Ppastu sekejap2 berak. Ohh risau2. Tapi Alhamdulillah, demam sehari je. Cuma cerry berry je lama sikit. PIL cakap demam camtu sebab nak ke depan. Mungkin kot. Sebab after that memang Ayra try ke depan2 gitu.

• Suke sangat amek semua barang pastu masuk mulut, nyap2.. Hurmm macam sedap sangat benda yang dimakannye tu. Gatal gusi nak tumbuh gigi ke? Tapi sampai sekarang takde pun rupe nak tumbuh. Hahaa

• Suke kejap ade mood kejap takde. Geram mommy tau.. Kalau time mood baik, sangatlah ralit main sampai tersengih2. Kalau mood takdak baik, baru nak letak meraung lebih.

• Dah pandai tengok cartoon. Suke sangat tengok chanel disney junior tu. Doc mcstuffin, pororo the little peguin, tayo the little bus, rob the robot, special agent oso. Wah, mommy pon dah hafal cartoonnye. Tinggal nak hafal lagu je lagi. Hahaa

• Mommy nak ajar Ayra duduk. Sebab pernah baca dekat internet umur 7 months dah boleh ajar baby duduk. Hehe Ayra duduk okey je cuma kena ada sokongan. Walker pun dah naik, and dah laju dah ke sana sini. Tapi tak bubuh lama la since dia tak reti duduk sendiri lagi kan. Thank you Aunty Misae and Uncle Azan sebab kasi Ayra walker. Jimat duit mommy... huahahhaaa

Yeay! Saya dah boleh naik walker!

Solid food dah bagi kan aku cite tadi? Seronok tau bila dapat bagi baby makan. Kalau tak kesian kat Ayra. Time kite2 makan mesti dia tengok je tak kedip2 matanya. Kadang tu bagi la jugak dia rasa sikit2 tapi takut juga. Ye la, budak zaman ni tak sama dengan zaman dulu. Mak2 kita memang kata boleh dah bagi, bagi je makan nasi tu. Dulu kome pun umur 4 bulan dah sumbat nasi. Huhuu itu kite zaman dulu, sekarang lain. Tapi tu la, bila mak2 sendiri yang dok suap masuk mulut anak apa kita nak cakap, berserah je laa. Cuma kadang2 tu cakap juga la... " Ok Ayra, dah cukup yee, banyak dah dia makan ", ni kira bahasa lembutnya la.

Okey, nak jugak cerita pasal solid food Ayra tapi maybe next post. Buh semua kat sini nanti dah jadi karangan tingkatan 5 pulak.. Haha Till the, bye!


Ni muka saya baru bangun tidur, pastu mommy paksa snap pic. Uhhh

Haaa Picture macam ni la saya suke.. Weee >.<