Tuesday, May 29, 2012

2 Months

Okey, aku tau dah masuk 3 bulan dah Ayra tapi baru nak buat entry 2 bulan. Apakah? Haha Biasa la, nak buat tapi dok tangguh2 kan... Ni la jadinya. So, dalam ingatan aku Ayra masuk je 2 bulan, progress Ayra:


Ayra at 2 months 1 week


1. Time check-up, berat dah naik 5.25kg. Okey, patut la mommynye rasa berat anaknya dah semakin bertambah, sampai dah nak naik muscle dah. Haha ini tipu je. Good girl Ayra, sedap eh susu mommy sampai berat awak naik camtu.. =D

2. Dah pandai tengok orang! Hehe Orang gerak ke sana dia ikut, orang gerak ke sini dia ikut. Bunyi pun dah dapat alert. Kalau dok goncang mainan bunyi2 dia tu dia dah pandai tengok ikut bunyi tu..

3. Dah pandai nak sembang2 dah sikit2. Senyum mesti la dah pandai gak. Tapi ikut mood dia la, time mood datang nak senyum, acah sikit je dah senyum.. Kalau tak muka macam mafia kot! Hakhak

4. Masa cucuk 2 bulan Ayra tak demam, Alhamdulillah. Nangis masa kena cucuk je, lepas tu diam. Siap tidur lena lagi. Kitorang siap bawak pegi Alamanda lagi after injection tu, tapi dia rileks je, tidur tak hengat dunia!

5. Muka makin tembam ye kawan-kawan...

6. Dah dapat rentak tidur, bangun, menyusu dia. So nak bawak jalan-jalan memang makin senang. Tapi kadang-kadang kalau datang mood mengamuk dia memang sakan la meraung, itu tak kena, ini tak kena.. Alahai anak mommy, sampai kadang rasa menitik jugak la ayer mata ni.. hukhuk

7. Kena cukur abes botak kepala dia! Huahaha Sedih kot masa nak kena cukur tu, ye la kan rambut Ayra lebat ya hamat, sedih je tengok rambut dia dicukur-cukur, hukhuk. Takpe, cepatlah tumbuh wahai rambut anakku! >.<


Lihat2, muka macam mafia kan? Hahah


Tuesday, May 15, 2012

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul

Salam... Ermm kat mana nak start dulu ni? Hehe Okey, majlis ni kami pakat semua nak buat 5 Mei 2012, sebab nak join venture skali dengan makcik cik somi. So ada 2 babies la masa majlis nanti. Hehe Kami gerak dari kajang petang jumaat since cik somi keje lagi time tu. Sampai kat kampung dalam 10 lebih jugak la. Tekejut kitorang sebab sampai2 je dengar ada orang nyanyi2. Rupenye ada karaoke uolsss! Hah Tak menahan, majlis aqiqah pon dah macam majlis kawin da.. Siap ada karaoke lagi. Hikss Layankan je la.. >.<

MIL cakap majlis start dalam pukul 9 pagi macam tu. Tapi sumpah that morning memang gelabah gile! Sebabnya si kecik Ayra bangun tidur lambat. Ayra bangun je cepat2 mandikan, siap2kan dia. Then tak sempat nak susukan dia dulu. Terus mommynya ni pulak bersiap. Tu pun tak mekap, mmg tak sempat. Ayra melalak2 dah time tu, orang marhabban dah start. Memang cuak gak la, sebab baby lagi sorang, Isqandar elok je lenanya, tak nanges pon. Haha Suara Ayra je la dengar satu rumah. Lepas bersiap semua terus amek si kecik and dukung dia untuk dicukur jambul (gunting sikit2 oleh kumpulan marhabban). Time tengah dok cukur2 jambul tu family dari perak pon sampai. Mak bawak kuih putu and tapai tuk kenduri ni. Tapi kuih putu xsempat nak jamah. Tapai je sempat. Tapai nenek and mak is the best! Hihi


Ayra with her nenek (I prefer to call Nek De cause nenek yang still mude.. ngeh3) and Tuk Din

Dah siap dicukur jambul trus susukan Ayra. Bila dah kenyang baru boleh letak dalam buaian, baru la Ayra senyap. Lama2 tertidur trus. Once semua dah settle, doa dah baca, tiba masa nak botakkan Ayra.. Huu tak sanggup kot mommynya nak tengok. Sayang rambut Ayra yang lebat tu! Tapi redha je. Haha Drama lebih, padahal bukan tak tumbuh dah. Cepat2 cukur rambut Ayra sebab tak mau kasi dia nanges. Tapi harus jugak la disumbatkan dengan pacifier sebab dia xmau dok diam. Hukhuk first time bagi pacifier tu! Mommynya dalam rela tak rela je..


Terpaksa sumbat pacifier sebab tak mau bagi nanges

Sekarang Ayra dah botak! Tak sabar nak tengok dia berambut balik. Mintak2 raya nanti rambut dah tumbuh la hendaknya. Hikhik Ktorang punya buaian sangat simple. Semua buat je sendiri, takde tempah2. Haa malam2 buta tau siapkan buaian ni. Tradisional sikit. Semua bahan and alatan MIL yang bawak. Ktorang tolong buat je. Hehe doorgift pon tak join buat sebab tak sempat. Semua sedara2 dah tolong settlekan.


My family and Nde Na's family
(Moms and dads of Adelia Ayra and Muhammad Isqandar Firdaus)

Buat kenduri kat kampung belah cik somi ni senang. Gotong-royong je. Cakap je nak buat kenduri, haaa ramai la karang yang datang nolongnya. Tak payah disuruh. Tapi sumpah ramai gak yang datang time kenduri tu, dah macam kenduri kawen da.. Hihi Mane taknya, satu kampung tu semua saudara mara. Ngeh3..

Ayra pulak banyak sangat dapat present daripada saudara2 terdekat. Banyak tau baju Ayra dapat. Pasni tak payah beli baju sangat dah, sebab macam dah cukup stok dah untuk 3 bulan akan datang. Hehe Alhamdulillah, rezeki Ayra...


My baby dah botak! Hihi


Note: Baru perasan, lupe ambil gamba dengan parents in law! Ouchh!


Monday, May 7, 2012

Berubah

My beautiful Ayra sekarang dah botak! Hihi Nanti kite review pasal Majlis Aqiqah & Cukur Jambul two babies in the next entry keyh!


Mommy loves you so much larh!