Friday, January 17, 2014

Ayra Berswimming Pool

Assalamualaikum..

Haiyaa, anak sulung dah besar, anak kedua dah keluar dah, header tak tukar-tukar lagi.. hahaa Nak tunggu photoshoot la baru tukar header. Boley? Taktau bila tahun nak tukar.

Tadi belek-belek gambar lama lepas tu terjumpa pula gambar Ayra pergi mandi swimming pool kat Penang. Ayra ni suka juga kat air, semua budak aku rasa suka air kot. Tapi jarang jumpa swimming pool bagai. Berbath tub kat rumah je biasanya. So ada sekali tu kitorang balik Penang. Musim hujan tapi kitorang gigih nak bawa pergi mandi pool. Kitorang pun pergi la pool kat Jakeview, dekat rumah abang ipar aku. Hujan renyai-renyai jugak time tu. Ulang alik la ke balcony rumah tengok hujan dah berhenti belum.

Sekali berhenti, kitorang pun zasss terus turun. Tukarkan baju Ayra semua pastu bawa dia pergi swimming pool. Mommy tukang amik gambar je, Acu dia yang pegang dia dalam pool.

Ayra dengan opah

Aksi-aksi Ayra lepas keluar pool


Okey, gambar masuk pool takde sebab keadaan acunya yang tak berapa semenggah. Hahaa Next time kalau Ayra mandi pool lagi kita share-share eh. Lepas ni ingat nak bawa pergi pantai pula la, main pasir. Tu alat-alat main pasir lama dah beli, tapi tak berkesempatan je nak pergi kan..

Okey la, tu je nak celoteh kali ni. Ni post saje suka-suka ni, takde kerja  di hari cuti. Ayra malam nanti baru sampai dari Penang. Arash kejap jaga kejap tidur. Time tidur ni la kita pun menaip-naip.. ehehee

Wednesday, January 1, 2014

Tahun Baru 2014

Assalamualaikum!

Happy New Year 2014!

Ingat nak buat last post untuk 2013 tapi tak sempat. Haha macam banyak sangat kerja kan. Padahal kau dok rumah belek anak, makan, tengok tv, tidur.. Hahaa

Anyway, macam-macam jadi in 2013. Ada suka and ada yang tak best. Tapi taknak cerita yang tak best sebab tak ingat pun dah. Alhamdulillah, 2013 bagi banyak cerita baru. Ayra masuk setahun and genap setahun ayra pandai jalan, first time sambut birthday sama-sama. 2013 juga aku pregnant lagi and delivered baby boy. Cukup dah sepasang. Rasa macam baru lagi beranak, tiba-tiba beranak lagi. Hahaa kalau ikut tahun, memang setahun satu anak aku. Pasni nak stop kejap la. Tunggu 2-3 tahun baru plan lain. Hee memang sakit beranak tapi tak serik. Boleh? Hahaa

Kakak vs adik

2013 juga aku berjaya habiskan masters aku and berjaya naik pentas, konvo sekali dengan baby dalam perut. Tak dapat nak bergaya pakai heels. Hahaa demi baby.. Habis je buat masters terus dapat kontrak 3months jadi RA. Dapat la beli barang sendiri, barang baby dengan barang ayra guna duit sendiri. Best kot! Hehee


2013 juga kami berjaya buat makan-makan secara kecil-kecil kat rumah baru kami. Dekat setahun kot baru ada rezeki nak ajak saudara mara dan kawan-kawan datang. Plus baca doa sikit. Barang rumah tak berjaya tambah lagi sebab iolss tak kerja lagi. Hohooo takpe la, kita pakai je apa yang ada dulu. Belum ada rezeki lagi la tu..

Ni je gambar yang ada masa buat makan-makan tu. Tak sempat nak snap gambar. Hahaa

Best friend aku, wana bertunang! Yeay! Akhirnya bertunang gak budak ni. Tapi yang tak bestnya aku tak dapat join sebab aku dalam pantang. Camne nak pergi kan. Tengok gambar je la. Gosip pun tak sempat lagi sebab memasing busy.. Anyway, congrats wana! Darah manis tu, sila berjaga-jaga. Hahaaa lagi satu, cecepat sikit kawennya, tak yah tunggu lama-lama..

Eh ape lagi ye? Hahaa tak tau dah apa nak tulis lagi. Apapun, harap tahun 2014 ni lagi banyak menda-menda positif yang jadi. Harap tahun ni lebih baik dari tahun lepas.

Eh lupa nak announce nama baby boy i. Hehee nama ni kitorang decide masa on the way nak pergi daftar. Hishh nama yang aku suggest dah ada tapi somiku tak nak pilih plak. Sudahnya cipta nama baru.. Hahaa takpe-takpe, anak lepas ni kena letak gak nama yang aku nak tu..

Syed Arash Arman Bin Syed Mohd Azrie Izanie

Ahaaa jangan tekujat plak tengok nama bapaknya lagi panjang.. Tu nasib baik nama anak takde mohd.. Ngeh3..


Lupa pulak nak letak gambar kakak. Nanti merajuk plak. Hihii Ayra behave sangat la sejak ada adik ni. Tapi kadang tu meragam gak, biasa la budak kan. Suka sangat cium Arash. Bangun pagi cium, dengar adik nangis cium, nak tidur cium.. Hehee 

Ok la tu je dulu kot. Nanti kita story lagi.. Bye!