Saturday, December 28, 2013

Kronologi Kelahiran Baby Syed

Assalamualaikum..

15 Disember 2013
Pergi Klang, ada kenduri kat rumah sedara belah husband. Kat sana pegi toilet and spot the blood ada sikit. Tak risau lagi sebab tak rasa sakit apapun. So lepas kenduri pergi Paradigm Mall kejap pekena cendol sedap. Sedap ohhh, semangkuk ni takyah kongsi pun boleh habis punya! Hahaa

16 Disember 2013
Malam 15 Disember takde pape perubahan. Still macam tu juga. No pain. Tapi dalam 4 am macam tu rasa sakit pinggang macam nak period. 7 am cakap kat husband jom la kita siap-siap. Jom pergi hospital. Mandi, siap-siap, breakfast sikit then terus ke Serdang.

Unfortunately, Serdang tak terima sebab katil full. Aku sakit dah makin kerap time ni. So takde jalan lain, pergi Hospital Kajang. Sampai dalam 9 am. Cek bukaan dalam 9.30am. Time ni dah 5 cm. Terus ke labour room. Ok, even though kat sini punya labour room scary, tapi everything went smoothly. Alhamdulillah.. Nurse and doc semua baik. 

Contraction makin kerap. And setiap contraction sangatlah kuat. 10.30am bukaan 8cm. Time ni baby nak keluar sangat dah. Nurse pecahkan ketuban and sesi teran meneran bermula. Sayang, husband tak dapat join.

10.46 am baby coming out. Alhamdulillah, syukur sangat. Nurse letak kat badan, and baby try to suck my b. Pandai baby Syed ni. Hihii Nurse pun cuci-cuci semua, doc jahit luka, baby nurse ambil nak bersihkan.

Dalam 1 pm macam tu kami pun masuk wad. Petang doc datang and cakap aku ada kuman yang maybe boleh kena kat baby sekali. So diorang bawa baby pergi wad rawatan rapi. Malam tu tidur sorang tanpa baby. I is menangis sebab tak sangka jadi macam ni..

17 Disember 2013
Happy birthday husband. Sorry, tak dapat nak tahan baby keluar time ni. Hehee but still boleh celebrate sesame okey.. 

Baby still kat wad rawatan rapi. Aku bak pergi tengok pun terpaksa tunggu husband sebab wad tu quite jauh for me yang baru bersalin. Kesian Baby Syed, terbiat kat wad sana. And nurse terpaksa give formula milk to my baby cause susu aku tak produce secukupnya untuk bagi kat baby. Penat dah pump tapi tak keluar banyak. Mommy is redha.. Huu

18 Disember 2013
Finally, after the second blood test showed that my result is negative, aku boleh discharge. Balik rumah kejap, makan and siap-siap apa yang patut, terus pergi hospital balik sebab nak duk dengan baby.. Dapat juga jaga baby. Baby diorang masukkan antibiotik for 5 days. Twice a day. Menangis tengok bila baby nangis-nangis time ubat masuk. Sakit.

20 Disember 2013
Aku expect balik esok, Sabtu. Tapi doc cakap after getting last dose of antibiotic for baby, then boleh discharge. Syukur sangat! So malam kitorang pun balik. Ayra is happy seeing her little brother. Asyik kiss je.. :)

21 Disember 2013
Nurse datang rumah cek mommy and baby. Mommy is okey, baby macam ada kuning. So esok kena cek kuning..

Okey, ni je kisah kali ni. Pasal jaundice baby, sama je macam kakak dia. Level naik turun naik turun. By tomorrow (29 Disember 2013) level still high, kena pergi hospital ambil darah untuk diorang cek. Hopefully takde pape. Will keep updated soon. 

Thanks for reading this entry. And syukur Alhamdulillah untuk semuanya. Thank you Allah..

Wednesday, December 18, 2013

Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Saya telah selamat melahirkan baby boy secara normal pada 16 Disember 2013, jam 10.46am di Hospital Kajang. Berat baby 3.2 kg.. 

Doakan kami sihat hendaknya

Will update more later.. =)


Baby Syed AA. Nama takde lagi.. Hehee
Welcome to the world baby! 

Wednesday, December 11, 2013

Akhirnya Scan Juga

Assalamualaikum...

Wahhh akhirnya pergi juga scan baby dalam perut tadi.. Hahaaa Dah nak beranak baru nak scan. Actually baby dah cukup bulan dah. Today check up dah 38weeks, so anytime baby boleh keluar dari perut. Heheee so sebenarnya mana ade orang dok buat scan lagi time gini. Tapi aku kentalkan juga nak buat sebab macam tak fair la pulak, dulu masa Ayra buat kan..

Time Ayra dulu scan dekat 3D4D Scan Malaysia. Boleh tengok balik post ni... Kali ni tak pergi situ, bukan sebab taknak tapi fikir macam jauh sangat.. Hahaa so marilah kita cari klinik dekat-dekat sajo, boleh jimatkan masa dan minyak keta.. Ngeee

Memula call Klinik As-Salam nak set appointment. Malangnya, paling cepat pun on 15th Dec... Haaa ntah-ntah dah keluar dah baby time tu. Dengan doc lelaki sebab wife dia bersalin dah.. Hukhuk tapi letak gak la nama in case tak dapat klinik lain. So next choice Klinik Mediviron and KPMC Kajang. 

Call Klinik Mediviron dulu tanya.. Alhamdulillah.... Rezeki kot ada pulak kosong, apa lagi zassss siap-siap terus pergi. Ingat nak buat weekend tapi minggu ni diorang tak amek pulak. So takde la call KPMC. 

Best kot buat scan kat sini. Scan dengan Dr. Arifah. Friendly sangat-sangat. Baby dah besar sangat takut tak nampak, papepun kita try je la.. Heheee Dr. Arifah cerita-cerita, sambil scan tu. Seronok oii dapat doc friendly macam ni, siap share experience deliver baby lagi. Dah ada 5 anak okey.. Hehee Oklah jom kita jenguk baby dalam perut... 







Yeay! Dapat gak tengok muka dia! Hehee Alhamdulillah, baby okey. Berat pun okey, maybe berat lebih kurang kakak dia jugak. Muka nampak chubby2 maybe sebab dah besar kan. Masa Ayra dulu kurus sket. Heee Cuma tak dapat tengok dia bergerak sangat sebab dah full kan kat dalam perut.

Gender? Heheheeeee Nanti laaa. Suprise! Tunggu baby keluar hokey.. So siapa-siapa yang nak scan 3D/4D boleh la try kat klinik ni. Call la dulu untuk set appoinment. Klinik Mediviron ni dekat Seksyen 7, Bangi.. Nanti kita akan dapat gambar sekeping and gambar-gambar lain dalam CD. Total RM120. Worth it la sebab dekat and dapat doc yang friendly sangat. Nak pergi jauh-jauh sama juga kosnya.. Heheee

Opss lupa plak. Ni update barang baby and mommy. Settle dah la semua. Dah siap buh dalam beg dah. Tinggal nak angkut masuk keta je bila tiba waktunya. Hehee

Barang-barang Baby:

1. Baju (tangan panjang, tangan pendek, lubang-lubang)
2. Dypers
3. Napkin
4. Barut dan bedung - nenek dah sediakan
5. Mittens and booties, topi - recycle Ayra punya, maybe boleh tambah 2-3 pasang lagi
6. Bantal, tilam, selimut - recycle Ayra punya, sarung disediakan oleh nenek
7. Towel - ada lagi yang tak pakai, so boleh pakai
8. Sapu tangan
9. Wet tissue
10. Minyak telon/yuyi, lotion
11. Toiletries


Barang-barang Mommy:

1. Kain batik
2. Socks and sandal 
3. Toiletries
4. Set bersalin - bengkung, minyak panas
5. Maternity pad - yang lama ada lagi kot. hahaa
6. Air zam-zam, kurma
7. Al-Quran, Yassin


Till then, bye! Doakan saya selamat ya!