Wednesday, July 31, 2013

Lama Menyepi

Assalamualaikum!

Hamboih.. Ni dah lama sangat-sangat dah ni menyepi. Macam dah nak tutup dah ha blog ni. Hahaaa Sorry la, memang agak busy sikit kebelakangan ni. Ditambah pula dengan Ayra yang ooo mak ai, buasnya la hai sekarang ni. Letih den nak jaga. Kat rumah time dia wake up kena main je la dengan dia 24hours. Time tidur kita dah nak berkejar-kejar buat kerja rumah. Some of houseworks je boleh dibuat masa dia celik. Tidur pun bukan lama sangat, kerja tak siap lagi dia dah bangun dah.. Aiyooo..

Oklah.. Kali ni punya post memang nak sembang-sembang kosong je. Takde motif. Hahaa Saja nak cerita apa jadi kat kitorang sepanjang kebisuan ni.. Cewahhh First skali of course la sebab nak cerita busy dengan study. Dulu dah postponed almost a year tahu, sebab Ayra keluar kan so sekarang baru la start balik. Start masa hujung Februari dulu and now dah settle dah semua kelas dan exam. Tinggal lagi nak siapkan thesis. Mencabar sangat-sangat la study time ada anak ni. Serius! Sebab nak kejar masa nak siapkan semua assignment, exam and thesis. Ayra ni suka kacau tau. Dia macam tahu je kalau kita nak buat kerja. Phewww jenuh nak berlumba-lumba dengan dia.. Huhuu So InsyaAllah graduation untuk study kali ni tahun ni juga Aminn... Please doakan ya!  


Mommy sayang Ayra! Ni gambar lama ni..

Ayra 26 Julai yang lepas ni genap 17 bulan dah Ayra. Macam tak sangka Ayra dah sebesar ni tahu. Cepat betul masa berlalu. Even tak sangka pun dah kahwin. Ahahaaa Tu dah lebeyhh.. Ayra aktif, syukur sangat sebab dia jarang sakit. Kalau sakit pun demam macam tu je for one to two days. Alhamdulillah.. More than that, Ayra membesar dengan baik, gigi dah banyak tumbuh, cukup setahun dia berjalan, and now dah terkedek-kedek berlari. Tapi taknak cakap lagi. Dok uuu aaa uuu aaa je. Hahaaa Memang saja kot nak cakap lambat sikit. Tapi bijak sangat budak kecil ni. Dah tau angkat tangan when we said 'Put up your hands', pandai pejam mata bila cakap 'Close your eyes' and dah pandai salam. Kiss pun pandai tapi bila kiss mesti mulut buat bentuk 'O', habis air liur kena kat pipi. Dah pandai nak pakai socks, tahu apa itu cat, and kalau dapat keluar rumah memang seronok yang sangat-sangat la. Suka pegang macam-macam lepas tu masuk mulut. Hishh yang ni mommy tak suke. Baru ni dah tau bila kita cakap no, no, no dia pun dok buat tangan no, no, no. Ahahaa Kelakar la awak ni Ayra... Tapi mommy sukaaa! Penat macam mana pun layan je la.


Ayra yang macam gangster. Hahaa muka tak nak manis ni..

Tapi kadang-kadang tu memang geram juga dengan Ayra ni bila dia buat hal. Hoihh menimbulkan amarah betul. Dia tau bila kita marah.. Cakap je aipp, amboihh dia ni, pastu bebel-bebel sikit, tak lama lepas tu dia nangis la. Hahaaa Kadang-kadang saja je nyakat dia dok marah-marah nak tengok dia menangis. Hahaa jahat betul mommy ni!

Rumah sekarang pun syukur... dah ada gril, so takde la risau sangat duduk rumah siang-siang. Tambah pula kiri kanan orang renovate rumah, workers bangladesh indonesia banyak, kadang takut juga. Huhuu Malam pun dah tak berapa risau bila daddy Ayra balik lambat. Barang rumah memang tak lengkap lagi since daddy sorang je yang kerja kan. Tunggu mommy kerja la baru mommy boleh tolong lengkapkan barang rumah. Now kita letak yang basic saja. As long as ada tempat berteduh. Syukur...

Eh nak raya dah kan kita ni. Tup tap tup tap next week dah nak raya. Cepat betul masa berlalu. Now tak sabar pulak nak tunggu raya, dapat makan rendang ketupat lemang.. Uihhh sedapnya! Baju raya sehelai je la kali ni yang baru. Yang lain rotate je pakai baju yang lama-lama. Lagipun bukan selalu pakai. Yang tahun lepas punya baru je 2-3 kali pakai.. Hahaaa Pakai pun sebab pergi kenduri dengan exam hari tu. Kalau tak memang tak pandang la baju kurung tu.. Ngeh3 Tapi baju Ayra ada 2 pasang, tengok-tengok nenek dia dah buatkan. Satu untuk kat rumah nenek satu untuk dekat rumah opah. Kira adil la kan.. Hehee


Ni gambar latest jugak la, dalam minggu lepas. Dah ayu sikit sebab dah ada subang. Hehee

Baju sekarang senang je nak dapat kan. Minggu first pergi jalan kat PKNS Shah Alam.. Huihhh banyak sangat baju cantik-cantik, harga pun berpatutan. Memang kira berbaloi la kalau beli. Daripada dok beli kain, lepas tu tempah kat tailor, pastu tambah manik-manik, hish mahu rugi jadinya nanti. Tu haa kalau taknak baju kat PKNS or Jalan Tar, pergi je Tesco beli baju Jovien Mandagie tu. Berbaloi uih, plus orang tahu tu baju designer terkanal. Hihiii Tapi ai tak mampu la lagi, melainkan kalau dah kerja, hah memang boleh la beli pakai bonus sendiri. Hahaaa

Eh okeylah melalut je lebih. Dah panjang sangat dah ni. Nanti kita sambuung next post pulak la.. Hehee Till then, see ya!