Assalamualaikum..
Ahhaaa, dah terlambat juga nak update blog. Tapi kalau tak update macam takpe je, sebab bukan ada orang nak baca pun kan? Ahahaaa Takpe la, just nak keep in memory semua-semua ni. So that kalau tiba-tiba teringat and nak tengok balik, kita buka saja blog ni kan... Kan ke mudah lagi senang giteww..
So, start Februari hari tu bermulalah pertambahan peranan aku kat hidup ni, menjadi seorang student kembali. Yep, aku sambung balik study aku yang dah bertangguh setahun itu. Oii liat oi nak start balik. Gear tak mau masuk-masuk. Asik dok gear 1 je, hahaaa. Sebab dah seronok sangat duduk kat rumah kan setahun.. Nah ambik! Sila berubah ye Cik Pida! Banyak juga yang dah berubah. Ayra dah kena hantar kat babysitter (hukhukk sedey sangat! walaupun hantar tak lama). Betul, aku hantar Ayra only pada classes day. Itu pun 3 hari je seminggu and half day je for each day. Tapi kadang-kadang kena hantar lama juga since nak siapkan kerja that need to be done at UKM itself. Mau tak sedey, sebab dah setahun Ayra duduk 24hours dengan aku, so tiba-tiba dia takde rasa tak seronok hokey. Tapi... bertabahlah hati! Ohhh
Dah 3 minggu berturut-turut kami takde kat rumah. Travel Penang and Perak. Haaa nak buat kerja rumah pun terpaksa bertangguh kan. Baju, lantai semua kena tangguh nak bersihkan. Asal hujung minggu je takde kat rumah. Minggu ni baru dapat rehat kat rumah. Hahaa Tapi aku tak rehat mana pun, nak kena kemas semua-semua. 1st and 2nd week kami balik Penang sebab husband ada kerja kat Kulim. Haa dapat jugak la lepas gian nak makan best kat Penang - siput duri, pasembur, kari kepala ikan line clear, nan cheese milani, kerang bakar, sotong kangkung.. Huii heaven okey! Lepas tu dapat pergi shopping kat kedai feveret. Ngeh3.. Seronokkkkkk sangat! Lepas tu dapat la bawa Ayra pergi Butterfly Farm. Saja nak bagi dia tengok butterfly. Hehee 3rd week pula balik Perak sebab ade kerja pula kat Manjung. Tapi mak aku tak berapa sihat, Ayra pun tak sihat sangat time ni, so kami balik pun tak berjalan sangat. Duduk rumah je. Sempat la bawa mak pergi klinik and Ayra buat neb. Sebab batuk dia still ada time ni. But now Alhamdulillah dah okey. Cuma tak de selera nak makan. Makan sikit sangat, tapi main very the active ya!
Ke Butterfly Farm kita.. Tapi gambar dengan mommy kat dalam camera yang tertinggal kat Penang. Hukhuk
Lepas Butterfly Farm zasss kita ke taman pula, main kat sana..
Ni gambar before pergi kenduri. Acu Imah yang tolong tocangkan. Baru gegirl kan... (Tapi getah dah hilang bila mommy nak tocangkan balik. Nanti kita beli getah baru yek!)
Ayra cukup setahun on 26th February hari tu dia pandai jalan, Alhamdulillah. Gigi pun dah banyak tumbuh. Ermm until now dah ada 3 kat atas and 4 kat bawah. Sangat buas ya, sebab baru dapat kaki kan, memang active ke hulu ke hilir. Mommy dia yang penat - menyebabkan berat badan takmau naik-naik.. Hukk Sedey! Ok gambar kat bawah ni sepatutnya up masa buat entry pasal birthday Ayra tapi baru la dok transfer daripada handphone husband.. Ngehee Sikit basi laa
Birthday girl - Syarifah Adelia Ayra
Heheee (sila abaikan background ya, time ni memang tak sempat berkemas)
Yeay! Celebrate birthday baby and mommy sekali! Thank you semua...
The cake - nyummssss
Okey, next time cerita benda lain pula yek. See ya! Have a nice day! =D