Monday, November 21, 2011

Baby List

Salam semua! (Bajet ada org baca blog neh.. haha)

Oh hoo, ari ni nak update pasal baby list. Tetibe tersemangat plak kan, sbb baru lepas blog walking pasal baby. Hihi


Haa ni la baby list yg ai dah buat. Seme pon buat sikit2 tiru kat blog org laen and fikir2 logik sendiri. Hikhik ikutkan ade lagi kat bawah2, tp print screen yg ni je. Ingatkan sket je tau list tuk baby ni, tapi bila dah list down, mmg banyak! Wah, tak sabar kot nak g sopin!

Honestly, smpai ari ni mmg xbeli satu pun barang baby. Hahaa ape punya mommy la ai nieh! Bukan ape, saje je xmau beli awal2, kalau pegi kedai baby pon tgk2, survey2 je dulu. Pasni baru serbu truss!

So, kami plan nak start beli by next month. Exhibition kat MidValley kemarin pon tak pegi. Sebab? Satu, mmg xde plan nak beli pape, walaupun namanya jualan murah2.. haha Dua, tak larat la nak berpusu-pusu ngan orang ramai, sabtu ngan ahad konfem ramai org kan.. kan, kan? Tapi malam tadi ada g jalan kat kedai baby, survey2 apa yg patut. Okey gak kedai tu, ada barang yang berpatutan..

Okeyh, tu je kot nak share. Lapau dah ha, jum masuk dapur!


Nota: Yeay! Dah ramai perasan ai pregnant! Hihi

Monday, November 14, 2011

Scan

Salam..

Sebenarnya dari hari sabtu lagi dah nak update cite ni, tp ade je problem. Source tertinggal dalam kereta la, internet buat hal la.. Sampai hari ni baru berkesempatan nak update. Hehe Tak sabar!

Last Saturday, kami pergi buat scan for our little baby dalam tummy ni.. Tak plan pape pun, Jumaat tya husband nak buat bila, then husband ckp buat Sabtu since mmg Sabtu nak keluar, so sekali jalan je la.. Trus msg person in charge untuk scan ni and buat appointment. Fida buat dengan Jezzlyn, from 3D 4D Scan Malaysia (<-- check fb beliau kat sini).

Appoinment kul 9.45am, tapi ktorg sampai sejam after that. Hish, ni husband pye pasal la ni, liat sgt nak bangun, pusing2 cari tempat lagi.. Haha sib bek Jezz xmarah. Cuma kena tunggu giliran je sbb dah terlebih dari masa yg dijanjikan. Tak lama tunggu (ada la dlm 45 mins.. hihi), Jezz panggil. Yeay! Nak scan my little baby! Sioknye!

Scan pye scan, muncullah my little baby.. hikhik Shomel2.. Malu2 tau baby mommy neh. Mula2 nampak muka baby, siap senyum2 lagi tu! Lepas tu lama2 baby xnak tunjuk muka dah. Tutup ngan tgn la, then bagi blakang je tau. Sabar je la! Jezz terangkan satu2, which one kepala, muka, telinga, tangan, jari2, kaki, tulang belakang, ang treng teng teng! Haaa, nak tau tak girl ke boy?? Tak mau bagi tau! Hehe Kasi seprais sket.

Kami scan dalam 20-30 mins jugak la.. Puas hati! Dapat dengar heart beat skali. Seronok btol, rase nak beli je machine scan tu letak kat dalam rumah. Haha After scan seme, Jezz bagi print out scan dalam 4 pieces including details + 3D 4D photos and video dalam CD. Total up dalam RM100.

Best scan kat sini sbb Jezz very friendly, and dia akan citekan pape yg dia tahu. Plus tolong kejutkan baby time baby xmau tunjuk muka. Haha abes goncang2 perut, tapi degil xmau tunjuk gak. Mula2 aktif sangat sampai gambar semua kabur2, asyik gerak2 je.. :) Jum tgk pics!

Baby mula beraksi :)

Smile to mommy & daddy!

Dah start xmau tunjuk muka :(

Last action from little baby :) macam ahli gimnas dah Hikhik


Happy reading!

Thursday, November 3, 2011

Jum Cite Pasal Pregnant!

Salam..

Haishh berhabuk sudah blog neh. Hati nak je buat entry baru tp mood xbg cooperation. Haha boley plak gitu kan! So entry kali ni nak cite pasal pregnant! Yeay! Setelah hampir nak masuk 6 bulan, baru nak buat cite kan.. Cite lama pun xterbuat lagi.. Hikhik hampun..

So, nak dipendekkan citer, Alhamdulillah, after kawin seme, kami dikurniakan rezeki yg sgt2 tak terhingga ni.. Sangat xpercaya tau boleh dapat secepat ni. Sampai kwn2 kata "effective giler kau ni!".. Haha Rezeki nak sampai kan.. Kalau ikutkan sejarah, ai ni anak tunggal, abah pun anak tunggal. Tapi mak ada 6siblings. So, dulu masa belum kawin mmg susah hati takut xdpt lahirkan zuriat.. huhu Cakap kat hubby awal2 seme, then hubby ckp "Xpe, skang dunia dah maju. Macam2 kite leh buat untuk dptkan zuriat".. =')

Mula2 xsyak langsung ai pregnant sbb okey je. Sampailah after reception kat belah hubby.. Elok2 je selesai semua majlis, bdn start xbest. Tapi seblum tu lg dah aware dah yg period xdatang2. Tapi buat xtau je. Ada gak cite kat MIL and makcik hubby, then diorg kata buat xtau je dlu. After majlis tu semua, badan da rasa laen macam. Kuar makan, tp xmakan apa yg nak dimakan especially laksa and kerang! Woah, dlu tu feveret tu kalau g Penang. Confirm kene g pekena laksa penang + kerang bakar + sotong kangkung! Tapi tu seme sudah tidak dipandang lg. Lagi mau muntah ado.. Haha

Lepas tu, blk Kajang seme, ari2 rasa loya + muntah2. Aiyoo, xlarat ohh! Makan sket je, tp muntahnya bnyak. Mcm xlogik je.. Hikhik Kami pun g klinik sbb da xtahan sgt. Tp pandai sangat kan, g klinik time mlm sbb time tu je hubby ada kat umah. Blk dengan kehampaan sbb Doc suh cek sndiri dlu. Haha padan muka. Tapi sebelum blk gegas2 g watson carik pregnancy tester. Beli smpai 2 tau! Punya lah semangat! >.<

Sok pagi2 nak g toilet, then teringat tester tu. Dup2, dup2 nak guna. Xpenah guna la katakan. Baca instructions smpai bape ploh kali tah, sbb takot tesalah. Hikhik And finally, alhamdulillah, kuar line + kat tester tu =). After few days, g klinik kesihatan, kengkonon nak buat buku pink. Sib bek boley tau, sbb awal sgt lg. Hikhik Kalau kene halau wat malu je. Lama sungguh nak settlekan buku pink tu je, dah la ramai org. Haaa, kalau nak g klinik kesihatan, sila la bgun dan terpacak di sana subuh2 buta ye..

Now dah nak masuk 6 bulan, rasa kejap je masa berlalu. Dalam 3 bulan lg dah nak deliver. Huh, takot!


Nota: Sorry, entry ni xbergambar. Nti baru update gambar.. hehe