Thursday, December 22, 2011

Happy Birthday Sayang!

1. Hah sebenarnya nak update semalam, tp sebab semalam wordless wednesday, so postponed update hari ni.. hehe

2. Birthday Sabtu lepas, tapi hari ni baru tehegeh-hegeh nak update kan..

3. Happy Birthday Sayang! Lambaht betul tgu birthday die ni sbb ujung tahun.. ish3

4. Kengkonon my turn la nak belanja makan bagai. So bg cik husband pilih tempat makan. Keluar rumah jam 8.30 malam, tapi dapat makan jam 11.00 malam. 

5. Kenapa? Hah sebab husband xtau nak pegi mana. Last2 pilih Tony Romas. Unfortunately, Tony Romas kami pegi tu tutup awal sebab ade "pest control". Hikhik nasib badan la...

6. Sudahnya pegi Victoria Station. Tempat hokey, happening. Tapi food so-so je. Presentation food pon xmenarik hati sangat (Wah! macam masterchef plak kan!). Tapi ramai gak yang dtg, xtau la plak diorang makan apa..

 Victoria Station & I yg gamba tak berape nak best sbb cahaya kurang.. 

Birthday boy besama food ktorang yang tidak memberangsangkan.. haha 
(Abes jugak kau bedal kan!)

To Sayang,

Happy Birthday yang ke-tuttt, hehe boley bagitau ke? (Husband kite mude lagi tau.. =D)
Semoga segala yang kita hajatkan akan tercapai,
Harap kita akan sentiasa bersama sampai bila-bila..
Kite sayang awak sangat2, kalau tak sayang kite tak buat tau entry ni.. (haha gile kejam!)
Awak pun kene sayang kite jugak tau, and baby kite...
Love you!


Note: Haihh, bukan beliau baca pon blog neh! hueheehehe



Tuesday, December 13, 2011

Minggu Yang Sibuk

Oh2.. Busy betul minggu ni tau. Pas satu, satu hal kene settle. Sampai nak update blog pon tertangguh-tangguh. Hihi Ke'busy'an start once my parents in law datang Kajang. Tak henti2 bejalan tau. Pegi IKEA sampai 2 kali, pastu pegi HQ Golden Horse sebab parents in law nak tengok2 mozek, pastu pegi PWTC dok soping2 cuci mata, pastu pegi umah pakcik husband yang nak kawen (eh by now da kawen da.. hehe), pegi survey2 sinki.. Oh2, banyak betul mende kene buat.. Haha Tapi paling xbest masa banyak habis kat dalam kereta sebenarnya! Sakit2 buntut si mommy ni tau.. =)

Ahad lepas (4 Dec 2011) selamat sudah pakcik husband menamatkan zaman bujang beliau. Kitorang sume attend the solemnization kat Masjid Bukit Antarabangsa tp xsempat nak amek gambar mereka suami isteri.. Haha gambar kami sekeluarga je la yg ado ha..


Sementara tunggu pengantin datang, kite capture gamba dulu!


Parents in law


Ayah Mat in the making.. hehe

The next day, kami attend plak reception kat Dewan Merak Kayangan, KL . Majlis buat malam, dinner time. Best jugak buat reception malam2, tapi macam masa terhad sikit la. Nak nyembang lama2 pun tak sempat. Anyway, Congrats Ayah Mat & Cik Farah! Hepi always, bahagia sampai akhir hayat! (semangat wish walaupun diorang tak baca blog ni.. haha)


Ayah Mat & Cik Farah! (Noted that yang jadi pengapit Ayah Mat is Banih, my bro-in-law!)


Si mommy dengan baju ketat.. haha xsompat beli baju tuk kenduri


Ni seme satu family tau, bukan kawan2. ni pun baru 20% of the family belah husband, xmasuk semua pun lagi


A big happy family!

Sabtu lepas ni plak (10 Dec 2011), gegas2 balik Perak sebab kami nak buat majlis doa selamat + lenggang perot! Wah, first time kan wat lenggang perut, memang blur habis! Haha Ape tu lenggang perut? Erkkk, secara definisinya tak tau nak terangkan, tapi leh la cite sikit2.. hehe Lenggang perut ni kira adat orang dulu2 la, biasanya buat untuk first baby je. Makcik bidan datang, lenggang2kan perut kita dengan kain putih, pastu urut2 tengok baby kita kedudukan okey atau tak. Tapi sebelum lenggang2, urut2 tu mandi dulu dengan air bungan yang wangiiii.. haha wangi la sebab buh minyak wangi. Hihi best2! Best skali time urut2 la, tak penah kene urut katakan.. Alamak, gamba confirm la xde kan, xkan nak capture gambar time keadaan tidak senonoh! Muahaha (sila bayangkan je la ye =D)

Esoknya pulak pegi kenduri adik kepada kawan masa kecik2 dulu dekat Mambang Di Awan. Haaa hebat tak nama tempat die? Hihi Betul2 ada tau, dekat2 dengan Air Kuning, kat Perak. Kakaknye yang merangkap kawan masa kecik xkawen2 lagi, adiknya dulu yang kawen. Pasni kene paksa gak die carik suami! Hehe (Owh, kawan ni la yg jadi pengapit masa reception ai dulu..).


Ye, gambar saya xde. Ni gambar mak dengan kawan2 lamanya masa stay kat Sg. Buloh dulu

Malamnya trus blk Kajang.. huhu xsempat nak dok lelame kat kampung. Yep, mmg betul Isnin negeri Selangor cuti, tapi terpaksa jugak balik sebab ai kene settlekan assignment since hari ni (Selasa) ada presentation. Gigih tau seharian hari Isnin tu siapkan seme bende. Padan muke kan, sape suruh buat keje last minute! (Eh, tapi bukan student mmg macam tu ke? Suka wat keje last minute.. Haha). And now tengah berehat2 sambil menghapdet belog setelah mengharungi minggu yang busy ni. Errkk, sebenarnya tak abes lagi ke'busy'an ni, banyak lagi assignment lain kene settlekan. Haha

Wah2, dah dapat update blog panjang lebar plak kan. Sorry eh, tepaksa baca panjang2. Kalau xmau baca pun xpe, sbb ai tules blog ni suke2.. Haha Ape mende la merepek ni!

Okey, nak tido la since smalam tido lambat. Mommy xckup tido! >.<

Monday, November 21, 2011

Baby List

Salam semua! (Bajet ada org baca blog neh.. haha)

Oh hoo, ari ni nak update pasal baby list. Tetibe tersemangat plak kan, sbb baru lepas blog walking pasal baby. Hihi


Haa ni la baby list yg ai dah buat. Seme pon buat sikit2 tiru kat blog org laen and fikir2 logik sendiri. Hikhik ikutkan ade lagi kat bawah2, tp print screen yg ni je. Ingatkan sket je tau list tuk baby ni, tapi bila dah list down, mmg banyak! Wah, tak sabar kot nak g sopin!

Honestly, smpai ari ni mmg xbeli satu pun barang baby. Hahaa ape punya mommy la ai nieh! Bukan ape, saje je xmau beli awal2, kalau pegi kedai baby pon tgk2, survey2 je dulu. Pasni baru serbu truss!

So, kami plan nak start beli by next month. Exhibition kat MidValley kemarin pon tak pegi. Sebab? Satu, mmg xde plan nak beli pape, walaupun namanya jualan murah2.. haha Dua, tak larat la nak berpusu-pusu ngan orang ramai, sabtu ngan ahad konfem ramai org kan.. kan, kan? Tapi malam tadi ada g jalan kat kedai baby, survey2 apa yg patut. Okey gak kedai tu, ada barang yang berpatutan..

Okeyh, tu je kot nak share. Lapau dah ha, jum masuk dapur!


Nota: Yeay! Dah ramai perasan ai pregnant! Hihi

Monday, November 14, 2011

Scan

Salam..

Sebenarnya dari hari sabtu lagi dah nak update cite ni, tp ade je problem. Source tertinggal dalam kereta la, internet buat hal la.. Sampai hari ni baru berkesempatan nak update. Hehe Tak sabar!

Last Saturday, kami pergi buat scan for our little baby dalam tummy ni.. Tak plan pape pun, Jumaat tya husband nak buat bila, then husband ckp buat Sabtu since mmg Sabtu nak keluar, so sekali jalan je la.. Trus msg person in charge untuk scan ni and buat appointment. Fida buat dengan Jezzlyn, from 3D 4D Scan Malaysia (<-- check fb beliau kat sini).

Appoinment kul 9.45am, tapi ktorg sampai sejam after that. Hish, ni husband pye pasal la ni, liat sgt nak bangun, pusing2 cari tempat lagi.. Haha sib bek Jezz xmarah. Cuma kena tunggu giliran je sbb dah terlebih dari masa yg dijanjikan. Tak lama tunggu (ada la dlm 45 mins.. hihi), Jezz panggil. Yeay! Nak scan my little baby! Sioknye!

Scan pye scan, muncullah my little baby.. hikhik Shomel2.. Malu2 tau baby mommy neh. Mula2 nampak muka baby, siap senyum2 lagi tu! Lepas tu lama2 baby xnak tunjuk muka dah. Tutup ngan tgn la, then bagi blakang je tau. Sabar je la! Jezz terangkan satu2, which one kepala, muka, telinga, tangan, jari2, kaki, tulang belakang, ang treng teng teng! Haaa, nak tau tak girl ke boy?? Tak mau bagi tau! Hehe Kasi seprais sket.

Kami scan dalam 20-30 mins jugak la.. Puas hati! Dapat dengar heart beat skali. Seronok btol, rase nak beli je machine scan tu letak kat dalam rumah. Haha After scan seme, Jezz bagi print out scan dalam 4 pieces including details + 3D 4D photos and video dalam CD. Total up dalam RM100.

Best scan kat sini sbb Jezz very friendly, and dia akan citekan pape yg dia tahu. Plus tolong kejutkan baby time baby xmau tunjuk muka. Haha abes goncang2 perut, tapi degil xmau tunjuk gak. Mula2 aktif sangat sampai gambar semua kabur2, asyik gerak2 je.. :) Jum tgk pics!

Baby mula beraksi :)

Smile to mommy & daddy!

Dah start xmau tunjuk muka :(

Last action from little baby :) macam ahli gimnas dah Hikhik


Happy reading!

Thursday, November 3, 2011

Jum Cite Pasal Pregnant!

Salam..

Haishh berhabuk sudah blog neh. Hati nak je buat entry baru tp mood xbg cooperation. Haha boley plak gitu kan! So entry kali ni nak cite pasal pregnant! Yeay! Setelah hampir nak masuk 6 bulan, baru nak buat cite kan.. Cite lama pun xterbuat lagi.. Hikhik hampun..

So, nak dipendekkan citer, Alhamdulillah, after kawin seme, kami dikurniakan rezeki yg sgt2 tak terhingga ni.. Sangat xpercaya tau boleh dapat secepat ni. Sampai kwn2 kata "effective giler kau ni!".. Haha Rezeki nak sampai kan.. Kalau ikutkan sejarah, ai ni anak tunggal, abah pun anak tunggal. Tapi mak ada 6siblings. So, dulu masa belum kawin mmg susah hati takut xdpt lahirkan zuriat.. huhu Cakap kat hubby awal2 seme, then hubby ckp "Xpe, skang dunia dah maju. Macam2 kite leh buat untuk dptkan zuriat".. =')

Mula2 xsyak langsung ai pregnant sbb okey je. Sampailah after reception kat belah hubby.. Elok2 je selesai semua majlis, bdn start xbest. Tapi seblum tu lg dah aware dah yg period xdatang2. Tapi buat xtau je. Ada gak cite kat MIL and makcik hubby, then diorg kata buat xtau je dlu. After majlis tu semua, badan da rasa laen macam. Kuar makan, tp xmakan apa yg nak dimakan especially laksa and kerang! Woah, dlu tu feveret tu kalau g Penang. Confirm kene g pekena laksa penang + kerang bakar + sotong kangkung! Tapi tu seme sudah tidak dipandang lg. Lagi mau muntah ado.. Haha

Lepas tu, blk Kajang seme, ari2 rasa loya + muntah2. Aiyoo, xlarat ohh! Makan sket je, tp muntahnya bnyak. Mcm xlogik je.. Hikhik Kami pun g klinik sbb da xtahan sgt. Tp pandai sangat kan, g klinik time mlm sbb time tu je hubby ada kat umah. Blk dengan kehampaan sbb Doc suh cek sndiri dlu. Haha padan muka. Tapi sebelum blk gegas2 g watson carik pregnancy tester. Beli smpai 2 tau! Punya lah semangat! >.<

Sok pagi2 nak g toilet, then teringat tester tu. Dup2, dup2 nak guna. Xpenah guna la katakan. Baca instructions smpai bape ploh kali tah, sbb takot tesalah. Hikhik And finally, alhamdulillah, kuar line + kat tester tu =). After few days, g klinik kesihatan, kengkonon nak buat buku pink. Sib bek boley tau, sbb awal sgt lg. Hikhik Kalau kene halau wat malu je. Lama sungguh nak settlekan buku pink tu je, dah la ramai org. Haaa, kalau nak g klinik kesihatan, sila la bgun dan terpacak di sana subuh2 buta ye..

Now dah nak masuk 6 bulan, rasa kejap je masa berlalu. Dalam 3 bulan lg dah nak deliver. Huh, takot!


Nota: Sorry, entry ni xbergambar. Nti baru update gambar.. hehe

Saturday, October 8, 2011

Sukar Untuk Percaya


Syukur Alhamdulillah

Macam tak percaya, sampai sekarang dah masuk 4 bulan lebih fida jadi isteri kepada suami yang sangat2 fida sayang! Nak masuk 5 bulan! Dan yang paling best kami dikejutkan dengan kehadiran org ketiga! Hihi Seronok betul.. Semuanya rezeki Allah. Alhamdulillah sekali lagi...