Thursday, January 10, 2013

Cuti-cuti Melaka

Assalamualaikum..

Ok, as promised kita nak cerita pasal cuti-cuti Malaysia pulak. Actually cuti ni tanpa dirancang. Sebenarnya abah mertua aku ada workshop kat Melaka, so kitorang pun join la sekali since dapat hotel free semua. Ngeh3.. Guess what, ni first time aku pergi Melaka dengan suamiku.. Huwaaahahaa pakej sekali la pergi dengan anak. Masa cintan cintun tak penah sampai pun sini, sampai PD je dulu..

So workshop tu start dari Jumaat sampai Isnin tapi mak ngan abah mertua aku pergi dulu sebab abah ade workshop petang Jumaat tu, suamiku kerja lagi. Jadi kitorang gerak lambat sikit. Eh jap, lambat banyaaaak kot! Hahaa gerak kul 12 malam. Hambekk... Ni semua gara-gara makan dulu la, kemas baju la, buang sampah la. Hish banyak sangat nak kena buat dulu.. Hahaa

Esoknya baru la jalan tapi lambat jugak, dah tengah hari baru nak gerak. Ni semua gara-gara sampai lambat la, makanya bangun tidur pun lambat. Time jalan memang kitorang jalan berempat je, aku, husband, Ayra, dan mak mertua. Abah memang tak dapat join sebab workshop tu.. Tengah hari tu pergi la Bandar Hilir. Ooo mak aii ramai sangat orang! Ye laa, pergi time cuti sekolah kan, what do you expect? Confirm la ramai, kereta banyak, jem sana sini. Nak naik menara Taming Sari pun berjam tunggu oii! Tapi kitorang tak naik pun. Sebab ramai sangat orang tak larat la nak tunggu lama-lama. Kesian kat Ayra je.. Kami pun jalan je sekitar tu. Lepas tu pergi makan, pastu jalan dalam mall je, pastu balik hotel..


Start jalan-jalan.. On the way pergi Banda Hilir


Seronok tak tengok? Teringin aku nak naik beca yang happening tu tapi takde orang nak teman.. Haha


Itu Ayra, daddy and mak mertuaku


Sini tempat jual topi. Serius banyak, pastu rambang mata. Last sekali tak beli. Padan muka. 


Okey, Ayra dah mengamuk panas + lapar.. Jom kita pergi makannn

Petang tu memang dah tekad nak bawa Ayra mandi kolam. Hehee So daddy pun kena turun sama la mandi, mommy tukang ambil video and gambar. Bukan main seronok lagi dak tu. Tu kira first time la Ayra mandi swimming pool. Seronokk sangat tengok dia happy. Hehee Sampai esoknya pun kitorang decide nak bawa dia mandi lagi. Tapi dia tak happy sangat sebab air sejuk kot compared hari sebelumnya. So memang mandi kejap je esoknya tu.


Ayra before mandi kolam. Dah lama beli swimming suit ni, ni first time pakai. Nasib muat lagi.  Haha


Sukeeeeeeeeeee sangat gambar ni. Gambar daddy and Ayra, comelnyeeeeeee (ok, puji anak sendiri.. pang2!)


Heeee


Hamboih nak oi, dah pandai temenung dah haaa, dok fikir masa depan ape? Agagagaa

Paling best bila dapat makan ikan bakarrrrr... Ngeh3 mana lagi kalau bukan kat Umbai. Kat sana kitorang makan kat kedai belakang sekali, nama Parameswara. Macam2 ado, ikan bakar, kepah besau, sotong goreng tepung, sayur campur, ikan masak 3 rasa, kerabu mangga.. Semua best! Sampai terlupa nak capture gambar, sebab lahap benor udah lapar.. Hahaa Plus Ayra mengantuk masa tu, so beliau sangat tak behave. Terpaksa den nyusukan dia, cover-cover dengan pashmina. Panas hokey, mengamuk beliau!

Dah habis makan semua jalan sikit cari pape yang patut untuk kenangan giteww. Lepas tu terus balik hotel, and kitorang pun siap-siap la nak gerak balik Kajang. Mak tak ikut, tunggu abah sebab esoknya Isnin abah ada workshop lagi. 

Lepas ni ke mana pulak kite yeop??! Ngeh3...

Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013!!

Waa lambat sangat dah ni baru nak wish new year. Gagagagaa Ampun.. Ni gara2 semua orang tak sihat la ni. Eh tak semua, baby and mommy je tak sihat. Daddy sihat je sokmo! Yep, kami berdua tak sihat since Jumaat last week lagi and tahun baru pun tak de rasa apa2 sebab still not well. Paling risau Ayra la, dah 4-5 hari sakit tak baik2. Demam + batuk + selsema. Risau! Sebab sebelum ni demam sehari je then kebah dah. Ni masuk 3 hari tak ok lagi, plus hidung ada hingus and asyik sumbat je, memang Ayra dok meragam je la sepanjang masa. Main tak nak, tidur pun terganggu dan yang paling sedih sekali nak makan and minum susu pun susah sebab hidung dia sumbat, tak boleh nafas dengan elok. Makan sikit sangat! 2 sudu je nak, tu pun dalam 10min after dia muntah balik. Huuu Malam pun macam tu. Sampai aku pun nangis2 sekali ngan dia sebab kesian sangat.



Ni time ayra mula2 start demam. Esoknya pagi dah okey tp petang start demam and selsema semua..


Ni tgh sakit teruk. Minum susu, makan pun xselera. Hidung sumbat and asik muntah je smpai kena pakaikan tali kasut! (petua kata tuk stopkan muntah2.. Hehe)


Tapi Alhamdulillah, lepas pergi klinik kesihatan and cek darah semua Ayra okey, tak de masalah pape. And from that moment, she recovered slowly. Demam kebah, cuma tinggal batuk and selsema je. Hingus memang ada lagi sampai sekarang. Tapi syukur sangat sebab makan pun nak dah cuma tak banyak la, and main semua dah okey. Back to normal. Tidur malam pun dah okey, menyusu semua dah okey. Syukur sangat.




Okey time ni dah baik sket and dah nak main blk. Tgh kusyuk tgk gaspard and lisa...


Heee ni mmg btol2 baik cuma hingus xabes lagi.. Haaa dah baik start la aktif blk kan.. Ngeee

Okey la tutup cerita sedih itu. Apa azam tahun baru? Huwaaa azamku nak menamatkan pengajian! Hahaaa Betul, aku ada 1 sem lagi kat UKM (InsyaAllah) untuk habiskan masters aku. Mintak2 boleh la habis by this year. Lama sangat dah tangguh. Dan sekarang tengah pening dok cari babysitter Ayra. Siapa nak jadi babysitter Ayra please angkat tangan! Ngeh3... Ada la tanya kawan2, cuma tak dapat yang betul2 lagi. Huhuu Nak hantar nursery macam rugi pulak sebab aku nak tinggalkan Ayra bukan full day, sebab kelas untuk master ni bukan banyak pun. Yang banyaknya projek and research. So maybe dalam half day sajo.. And kemungkinan besar belah petang sebab based on experience kelas banyak hala ke petang.

Azam lain nan hado.. Tu je dulu. Buat banyak2 azam tapi tak tunai takde makna gak! Hahahaaa

Selama hidup setakat 25 tahun 11 bulan ni, aku syukur sangat2 sebab everything went smoothly. Tahun 2009 kenal and betunang dengan husband, tahun 2010 kita kawen, tahun 2011 dapat Ayra.. Syukur sangat2. Now husband pun dah dapat kerja tetap yang dia dah very comfortable sangat, rezeki semuanya. Alhamdulillah.. So takde apa dah yang aku nak sekarang, cuma nak kan yang terbaik sajo untuk masa akan datang. Anak no 2? Ngeh3 mau2, tapi nanti la dulu. Kasi can la Ayra dapat sayang2 lebih sikit. Heheee

Ok la, ni je kot kali ni. Next post InsyaAllah pasal cuti2 Malaysia di Melaka. Gambar tak edit lagi. Heh

Bye! Selamat tahun baru! Yeay!

Friday, January 4, 2013

VCO Antioxidants by Treenea

Assalamualaikum...

Kali ni nak perkenalkan satu produk kesihatan baru yang diberi nama VCO Antioxidants. Produk ni baru sangat2 lagi diperkenalkan. Dilancarkan pada 1 Januari 2013 baru ni, eh baru 4 hari la kan.. Hehe Apa itu VCO Antioxidants? Selalu dengar VCO je kan? Jom kita tengok apa itu VCO Antioxidants:


VCOAntioxidants

Minyak kelapa dara (VCO = Virgin Coconut Oil) yang diperoleh dari Treenea mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dibandingkan dengan minyak kelapa dara yang lain. Ia dihasilkan dari proses yang tidak menggunakan haba dan formulanya yang telah dikaji secara teliti dan terperinci menggunakan 100% pati kelapa dara organik yang bebas daripada kolestrol.

VCOAntioxidants kaya dengan Vitamin E (a-tacopherol), Vitamin A (retinol) dan Vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Vitamin A dan E juga dipercayai boleh bertindak sebagai agen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian penyelidikan menunjukkan ia berkebolehan mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan jantung.

Mengapa Makanan Yang Kaya Antioksidan Perlu?

Tubuh badan kita sentiasa terdedah pada radikal bebas yang terhasil daripada toksin-toksin alam sekitar seperti asap kilang, asap kenderaan, asap rokok, sinaran ultra violet (UV) dan pencemaran bahan-bahan makanan. VCOAntioxidants adalah kaya dengan sifat-sifat antioksidan yang berpotensi melindungi sel-sel pada tubuh badan manusia dari serangan radikal bebas. Oleh yang demikian sel-sel badan akan menjadi lebih sihat dan tekstur kulit akan menjadi lebih halus dan seragam.

Penyelidikan oleh para saintis mendapati, minyak kelapa dara terdiri daripada 90% lemak tepu yang kebanyakannya adalah trigliserida berantai sederhata (MCT). Ujian klinikal telah membuktikan MCT adalah merupakan agen pembekal tenaga segera. MCT tidak disimpan sebagai lemak dalam badan sebaliknya ia akan disalutkan kepada hati untuk membekal tenaga segera. Asid lemak ini kemudiannya akan ditukarkan ke sebatian keton (keton bodies). Sebatian keton sangat diperlukan oleh otak manusia apabila glukosa tidak dapat berfungsi untuk membekalkan tenaga. Kajian secara saintifik telah menunjukkan sebatian keton boleh membantu pesakit neurodegenerative disorders seperti penyakit Alzheimer dan Parkinson.

Selain daripada itu, sebatian keton juga didapati membantu serangan epilepsy. Pengambilan VCOAntioxidants secara oral dalam kadar yang tertentu akan menyebabkan tunuh kita dilindungi daripada serangan bakteria, kulat dan virus. Sistem imunisasi tubuh badan akan meningkat, selsema dan batuk akan berkurangan. Sebatian aktif seperti monolaurin, monokaprik, dan monokaprin, yang terbukti hasil daripada penghadaman VCO. VCOAntioxidants juga mengandungi bahan aktif seperti phospholipids serta sterol tumbuhan yang telah dibuktikan berupaya merendahkan tahap kolestrol dan meningkatkan tahap LDL dalam darah. MCT juga mudah dihadamkan dan dapat membantu mengawal berat badan jika diambil secara teratur dan berterusan.

Khasiat dan kebaikan VCOAntioxidants

- Membentu melancarkan sistem pencernaan
- Meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
- Membantu mengurangkan berat badan
- Mengurangkan kadar kolestrol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
- Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
- Membantu merawat pelbagai masalah kulit
- Menyokong fungsi tiroid
- Menghalus dan menyeragamkan struktur kulit
- Mengurangkan masalah jerawat
- Mengurangkan masalah senggugut bagi perempuan


Harga

RM 40/botol (Semenanjung Malaysia)
RM 43/botol (Sabah & Sarawak)

Sebotol VCOAntioxidants mengandungi 60 biji/tablet.
Pengambilan 2 biji/tablet sehari.
Boleh dimakan dan disapu untuk kegunaan luaran.

Minyak kelapa dara adalah didaftarkan di bawah Akta Pemakanan.
Sesuai diambil oleh semua golongan dan peringkat umur.

Tempahan

Sekarang kita ambil order dulu ye, so kita buka order dari sekarang sampai la 15 Januari 2013 untuk Batch 1 ni. Boleh email kat nurulafida87@yahoo.com atau boleh sms/whatsapp kat 012-5406336. Jangan telefon ya. 

Harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran ya. Biasanya kos penghantaran RM6 untuk Semenanjung dan RM9 untuk Sabah & Sarawak.

Cepat sebarkan pada kawan-kawan sebab 5 tempahan yang pertama kita akan bagi special discount sebab produk ni baru di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk jadi antara yang pertama menggunakannya!



Ayra Menjangkau 10 Bulan

Ehh lagi 2 bulan dah nak setahun rupanya anak aku ni!! Ahahahaaaa Serius tak sedar kot. Pejam celik pejam celik nak masuk 10 bulan dah. Haihh anak cepatnya besar! Ok. Bila anak nak besar dok kata kenapa cepat sangat besar. Bila anak tu kecik lagi dok menghitung hari bila la nak besar.. Hahaa Dasar tamak! Anak kecik nak anak besar pon nak juga.

Ok. Ayra nak masuk 10 bulan. Merangkak tak nak lagi. Hermmmm nak slow and steady eh sayang? Hehe Tak kisah la tu, asal sihat walafiat, dah syukur sangat2 dah. Betul, Ayra tak mau merangkak lagi, tak tau kenapa. Tapi ada dah tanda2 nak angkat buntut. Agaknya nak terus jalan kot... Hahaa Gigi dah ada sebatang and nak masuk 2 batang. Sebatang lagi on the way. Hehee Dua2 kat bawah. Mommy suke!! Sekarang aktiviti digemari adalah duduk, memanjat2 badan orang and cubaan untuk berdiri. Eh pastu suka sangat tengok tv dekat2. Memang lumrah ke budak2 macam tu? Suka tengok dekat2? Bila ambil pastu letak jauh2, tak lama dia datang dekat balik.. Alahai anak...



Ni gambar masa gigi first tumbuh. Susah woo nak tangkap ni..


First attempt nak duduk.. Hehe (2 Dec 2012)


Makan Alhamdulillah memang takde problem. Masa mula2 nak start solid food dulu je problem sikit. Tak nak makan bubur nasik uolls! Hahaa Terpaksa redha bagi food lain. Huwaaa .Tapi mula2 tu buat jugak bubur nasi and tambahkan dengan puree supaya tak rasa plain bubur sangat. Nasib baik nak. And now bagai juara,semua makan dah! Yeay, anak mommy hebat! Tapi nasi Ayra memang best la, kadang2 aku pun join sama makan. Hahaaa Aku biasa bubuh beras, potato, carrot, brocolli, chicken, ataupun ikan bilis. Ikut la, selang selikan. Tapi lama2 dia bosan agaknya, memang dah tak mau jamah bubur nasi yang sedap itu. Terpaksa la mommy dok cari resipi lain nak bagi kenyang perut si anak.

Maka aku pun introduce la oat dan couscous. Hehe most of the time banyak bagi oat compare to coucous. Nasib Ayra nak. Selalunya buat oat and campurkan dengan buah2, banana ke, blueberry ke, kurma ke. Since dah nak masuk 10 bulan, aku pun da try bagi food baru dengan resipi baru macam bread pudding, pancake dan lain2. Bagi variety sikit. Baru la ada selera nak makan kan? Hehee Lepas ni nak buat resipi baru lagi..


Waa dak kecik macam orang besar!


Seronok dapat eat...


Gambar mommy and baby.. Ngeh2 Ni nak pegi cari ayam uncle bob pye pasal la ni..

Okeyh ni dulu la tuk masa ni. Serious dah lama dah post ni dalam draft, tak sempat nak habiskan. Hamboihh macam keja pm kau ye, jd housewive pon tak sempat! Hahaaa ni gara2 rumah dah bertingkat, internet asek buat hal la ni.. Miehehee

Jumpa lagi next time. Nak story pasal cuti2 Malaysia pulak. Bye!

Tuesday, November 20, 2012

Rumah Baru

Salam...

Syukur Alhamdulillah.. Syukur sangat2. Rumah kitorang dah siap sepenuhnya! Yeay! Dah dapat kunci dah pun bulan 9 ari tu tapi tak masuk lagi. Hehee Sebab kitorang still ada 2months deposit tuk rumah sewa sekarang. So, duduk la lagi 2 bulan, and at the same time boleh la packing and angkut barang sikit2. Sebab rumah baru sekangkang kera je kot! Hahaa Bumbung rumah baru pun boleh nampak dari rumah sewa sekarang.

Hihi ini bukan rumah aku. Tapi lorong nak pergi rumah aku...

Seronok sangat sebab at last dapat gak landed house. Fiewwww lega sangat sebab tak perlu dah nak angkut barang2 beli kat tesco ke tingkat 3. Tak payah dah nak dukung Ayra yang makin memberat ke tingkat 3. Waaa seronoknye! Pastu boleh basuh keta sama2 ngan husband di hujung minggu, tak payah dah hantar kedai nak basuh, jimat! Yet dapat exercise.. Hehee

Tapi ade sikit la tak best, sebab aku masuk rumah baru tak de pape. Masuk kosong sajo. Nan ado meja makan, nan ado sofa empuk2, nan ado kitchen cabinet, semua nan ado. Ada pun yang basic2 sahaja. Takpe la, slow2 orang kata. Lagipun now husband sorang saja yang kerja, jadi memang bersampan2 lah dahulu.. Ngeh3... Kemudian esok baru kita bercruise2 giteww. Syukur sangat dah dengan apa yang ada sekarang...

Rumah ada kipas and lampu je kat living hall

Thank you banyak2 kepada kedua mak and abah, including mak abah mertuaku. Woahhh, diorang ni banyak sungguh la membantu. Tanpa mak abah mertuaku tiadalah kami rumah ni. Tanpa mak abahku tiadalah kami langsir baru. Hahaaa betul2, mak anah mertuaku ade tolong masa nak dapatkan rumah ni, mak abah aku plak sponsor langsir tuk rumah baru. Tq so much! Tidak terhingga ni!

So sudahlah kami pun angkut sikit2 barang ke rumah baru. Terpaksa letak semua barang kat dalam bilik kecik kat bawah sebab langsir baru tak amek lagi kat kampung, and lagi satu sebab tingkat atas kompem kontraktor masuk nak betulkan atap yang bocor. Meleleh2 okey air kalau hujan lebat turun. Sementara ada warranty ni haruslah mengadu pada developer so that diorang boleh betulkan tanpa sebarang charge! Hehee

Tingkat atas baru basuh separuh. Nape separuh? Sebab hanya suamiku yang basuh sorang.. Huwaaa tidak dapat menolong kerana harus memegang dak kecik Ayra. Menangis okeh kalau dengar bunyi drill kuat tu. Cepat2 peluk ketat2 mommynye ni. Jadi, kerja2 mendrill railing langsir pun daddy buat sorang2.. Takpe2, daddy kan super daddy! Heheee

Ini namanya takde kerja. Daddy penat basuh rumah kita main capture2 gambar

Daddy kepenatan. Sian daddy

Love...

InsyaAllah by the end of this month - November kami semua pindah la ke rumah baru. Wajib dah ni sebab nak cover bayar rumah sana. Tak larat kot nak bayar dedua rumah. Setakat ni lorong kitorang tak ramai lagi yang pindah masuk. Semua pakat dok renovate rumah before move in. Tapi selang sebuah rumah dah ada orang, Melayu. Depan rumah ada 2 dah. Satu chinese, satu lagi dak2 bujang. Kesian aku nengok dak2 bujang tu, rumah takde langsir. Tidur terbongkang, tukar baju semua harus2 la orang kat luar boleh nampak. Malu mak okey! Hahaaa

Okey, ni je dulu kot update kali ni. Next time kite cerita lagi okeyh. Nanti aku update pasal Ayra pulak, lama dah tak tulis progress beliau.. Peace!

Gambar takde kaitan dengan post. Current picture as desktop wallpaper



Tuesday, October 23, 2012

Rindu Bisnes

Salam.. Okey, tengok tajuk pun agaknya tau kot ape aku nak merepek kat sini. Hehe Seriously aku rindu gila nak berbisnes balik! Huargghhhh Dulu aku pernah buat bisnes selendang, best sangat tau! Tapi time tu aku study, so disebabkan beban assignments dan exam yang hebat, aku punya bisnes terbantut sudah. Eh lagi satu aku ada sediakan servis jahit manik kat baju kurung tapi until now buat untuk family je. Haha Sebab ape? Sebab takde orang nak tempah. Orang yang tak pernah tempah jahit manik ni memang akan terkejut gak la dengan upah yang aku bagi. Tapi secara jujurnya harga yang aku bagi sangat-sangat la murah berbanding dengan kalau korang hantar dekat butik. Aku kira modal manik, benang, and upah sikit. So yang rajin dok suruh aku buat makcik2 aku and jiran2 mak aku je. Plus baju sendiri.. Huahahaa Ni semua contoh2 baju yang aku jahit manik. Ada lagi tapi tak upload. Haha






Ni design2 gini design simple2, dah tentu2 aku kasik upah murah2 sajo..


Haa aku cakap tadi aku jual selendang kan? Hehe time tu memang best, tapi kekangan masa nak pergi ambil stok tu yang buat aku terpaksa stopkan bisnes tu. Time tu modal tak banyak, so stok pun tak boleh ambil banyak sangat, ni yang menyebabkan aku selalu sangat kena ulang alik ambil stok. Huihhh jenuh wehh, nak kira modal minyak kereta, tol lagi. Tak larat laaaa...

Now teringin sangat nak berbisnes balik. Tambah pulak aku ni dok kat rumah je, jaga Ayra je 24hours kan. Bosan tahu! Bukan bosan jaga anak, jaga anak of course sangat enjoy! Bosan sebab tak de aktiviti sampingan untuk dibuat. Kerja? Cari dah, hantar resume dah, tapi still tak ade rezeki lagi. Tu yang tiba2 teringin nak buat bisnes balik. Hehe Plus ingat nak tolong la suamiku itu yang berlelah2 bekerja seorang diri demi menampung keluarga. Cehhh ayat tak boleh blah.. Haha

Yep! Kalau ada duit sendiri sangat best kan? Boleh beli itu ini, tak payah fikir dah. Boleh beli toys Ayra, baju Ayra.. Bukan sekarang tak boleh beli, still boleh tapi kesian dekat husband aku. Semua dia kena tanggung. Ni tak lama lagi nak kena pindah rumah, loan dah kena bayar full, kereta lagi, bil2 lagi.. Waaa parah jugak la. So kalau aku nak berniaga ni tujuan utama adalah nak berkongsi kesusahan kesenangan mencari rezeki sama2 dengan husband aku. Nak tolong husband aku. Nak tolong cukupkan keperluan anak, rumah dan sebagainya.. Huhu 

So aku ingat sekarang ni nak bisnes baju pulak. Sudah ku usha2 mana nak dapatkan stok, nak jual macam mana.. style macam mana, dan yang paling penting sekali harganya yang harus2 murah dan sangat2 mampu dimiliki... Heheeee




Haa korang suka tak kalau aku jual baju2 gini dengan harga tak sampai pon 30?? Hehe Baju ni pada aku memang best, sebab boleh pakai dengan inner atau cardigan, pastu boleh match dengan jeans atau skirt kalau nak nampak sopan, plus boleh bawak pergi kenduri you alls! Hehee

Tapi... tapi.... Belum dapat lagi persetujuan daripada suamiku.. Hukhuk Beliau siap suh buat proposal bagai lg, sebab aku nak die bagi modal (kira invest kat aku la tuk permulaan ni). Hahaa So, agak2 okey tak kalau aku buat bisnes ni? Heheeee



P/s- Sila la support! Huuuuu

Monday, October 15, 2012

Ayra

Salam...

Ahaaa sedar tak sedar dah 7 bulan dah Ayra.. Aiyooo sudah banyak akal ini bodak! Hehe Apa progress Ayra? Jom check it out:

• Meniarap bagai juara dah, siap guling2 bagai. Dah ke depan dah pun. Penat mommy tunggu tapi jarang sangat die nak ke depan. Kalau ada benda menarik nak dicapainye baru la nak berusaha.

Apa yang ada kat bawah kerusi ni ye.. hehe

• Berat tak naik sangat. Tak tau nape. Walaupun dah start solid food tp agaknya sebab dah aktif so berat maintain je kot. Hari tu first time demam, kus semangat. Sangat takut ye sebab tak pernah lagi dalam situasi ni. Demam plus cerry berry pulak tu. Menggelabah la mommynye. Kesian sangat tengok Ayra, makan tak lalu, nak bekepit je. Ppastu sekejap2 berak. Ohh risau2. Tapi Alhamdulillah, demam sehari je. Cuma cerry berry je lama sikit. PIL cakap demam camtu sebab nak ke depan. Mungkin kot. Sebab after that memang Ayra try ke depan2 gitu.

• Suke sangat amek semua barang pastu masuk mulut, nyap2.. Hurmm macam sedap sangat benda yang dimakannye tu. Gatal gusi nak tumbuh gigi ke? Tapi sampai sekarang takde pun rupe nak tumbuh. Hahaa

• Suke kejap ade mood kejap takde. Geram mommy tau.. Kalau time mood baik, sangatlah ralit main sampai tersengih2. Kalau mood takdak baik, baru nak letak meraung lebih.

• Dah pandai tengok cartoon. Suke sangat tengok chanel disney junior tu. Doc mcstuffin, pororo the little peguin, tayo the little bus, rob the robot, special agent oso. Wah, mommy pon dah hafal cartoonnye. Tinggal nak hafal lagu je lagi. Hahaa

• Mommy nak ajar Ayra duduk. Sebab pernah baca dekat internet umur 7 months dah boleh ajar baby duduk. Hehe Ayra duduk okey je cuma kena ada sokongan. Walker pun dah naik, and dah laju dah ke sana sini. Tapi tak bubuh lama la since dia tak reti duduk sendiri lagi kan. Thank you Aunty Misae and Uncle Azan sebab kasi Ayra walker. Jimat duit mommy... huahahhaaa

Yeay! Saya dah boleh naik walker!

Solid food dah bagi kan aku cite tadi? Seronok tau bila dapat bagi baby makan. Kalau tak kesian kat Ayra. Time kite2 makan mesti dia tengok je tak kedip2 matanya. Kadang tu bagi la jugak dia rasa sikit2 tapi takut juga. Ye la, budak zaman ni tak sama dengan zaman dulu. Mak2 kita memang kata boleh dah bagi, bagi je makan nasi tu. Dulu kome pun umur 4 bulan dah sumbat nasi. Huhuu itu kite zaman dulu, sekarang lain. Tapi tu la, bila mak2 sendiri yang dok suap masuk mulut anak apa kita nak cakap, berserah je laa. Cuma kadang2 tu cakap juga la... " Ok Ayra, dah cukup yee, banyak dah dia makan ", ni kira bahasa lembutnya la.

Okey, nak jugak cerita pasal solid food Ayra tapi maybe next post. Buh semua kat sini nanti dah jadi karangan tingkatan 5 pulak.. Haha Till the, bye!


Ni muka saya baru bangun tidur, pastu mommy paksa snap pic. Uhhh

Haaa Picture macam ni la saya suke.. Weee >.<