Wednesday, April 27, 2011

Interview


Salam peeps!


Thanks to En. Tunang sebab belikan saye kek berfday yang best ni! Dah 2 kali dah kot, hehe. Last year beli blueberry cheesw cake, kali ni beli yang chocolate cheese cake, ape ye nama dia, lupe da~ Sib bek tahun ni betul 24 years, sbb tahun lepas dia salah tules plak, buh 24 years, padahal baru 23 years. Hee

Eh2, sebenarnya bukan nak cite pasal berfday yang dah lame lepas tuh. Yang ni selingan je. Sebenarnya saya nak cite pasal interview..

Alhamdulillah, saya dapat interview di SPP untuk Gred DH41 - Pengkhususan Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar). Tak sampai setahun isi online kat website SPP, dah dipanggil, syukur sangat2. Memang neves giler masa nak g interview, sbb xpenah kene interview. Sungguh! Ni first time saye diinterview! hehe Memang takut giler!

Dengar citer dan tinjau2 dalam internet, nampak macam susah interview ni. Kena hafal fakta2 pasal sejarah pendidikan, falsafah pendidikan bagai, modal insan, negara bangsa, nama2 barisan kabinet, sejarah spp tu sendiri... Fuhh memang ketar la lutut bile dengar. Search punya search, dpt la beberapa info yang penting, sangat banyak oke nak kene hapal. Nak nanges da rase..

Mula2 dapat panggilan ni sebenarnya kena interview di Penang, cepat2 pegi pejabat SPP sendiri kata nak mintak tukar tempat interview, nasib baek diluluskan. So saya diinterview pada 26 April 2011 (Selasa) jam 10 pagi d Bilik Temuduga 11, SPP, Putrajaya.

Time tu untuk bidang pengkhususan ni ada 4 orang je, dan saya orang last diinterview. Haha sebenarnya boleh jadi orang pertama, tapi disebabkan kesilapan yang saya sendiri buat, tu yang jadi orang last. Boleh tak dah sampai kat tempat interview pastu baru teringat lupe nak bawak sijil degree! Giler tak giler, memang gegas la blk rumah amik sijil tu. Nasib baik sgt2 sebab tergerak hati nak g awal time tu. Huhu memang drive laju giler la.. Haha

Alhamdulillah, soalan yang ditanya xbyk pasal fakta. Takde pun kot rasanya.. Hehe Soalan bergantung kepada cara kita perkenalkan diri. Kalau time kita introduce tu kita dok cite pasal keje kita ke, pengalaman ke, so diorang akan tya yang berkaitan dengan tu. Plus, dapat plak soalan bonus, pasal merdeka. Mak aih, ketar da lutut nak jawab. Bukan xtau, tapi sbb xterfikir plak nak study pasal merdeka, so jawab pun cam tunggang tebalik je.. Haha

Apapun, semua dah lepas, syukur sangat2. Sekarang ni tengah tgu result je. Dengar kata amik masa 10 weeks jugak nak keluar result. Uisshh lama gak tu. Yang penting tuk interview ni rupanya kena ada confidence level yang tinggi. Jawab dengan confidence walaupun dorang pertikaikan pendapat kita, cuba tetap dengan pendirian diri sendiri.

Tapi yang ni utk bidang yang fida dpt la. Kalau bidang lain rasanya lain sikit cara interviewnya. Contoh mcm bidang grafik, mungkin dorang nak tgk hasil kerja dalam bidang tu.

Whatever it is, interview ni mmg betul2 bagi pengalaman pada saya yang tak pernah kene interview. Haha lega sgt2 rasa lepas dah diinterview tu. Hehe Wish me luck untuk dapatkan jawatan tu. Ish, xsabar plak rasanya.. ^_^



Nota: Opss, sorry, terpanjang plak post kali ni... Heeee

----------------------------------------------------------------------------

Monday, April 18, 2011

Wedding Shoes


Salam and hi..

Woh, baru lepas terbaca mengenai wedding shoes seorang blogger b2b yg dah jadi wife ney.. hehe Sangat2 tertarik dengan wedding shoes die. Lacey2 gitu.. Tapi xde bling2 plak..

So lepas dok mengorek2 blog beliau, terjumpa la blogshop yg menjual wedding shoes ni! Wow, cantek tau, ade yg bekenan! Tapi xbanyak sgt choice and quite expensive. Tapi kalau b2b dah ada budget untuk wedding shoes boleh la jenguk2 kat blogshop ni --> White Label

Antara wedding shoes yg saya suke


Sangat suke!


Cantek & sweet..


Comel je kan?

Tapi mampu menjamu mata & angan2 je la.. Tak de budget pulak tuk beli wedding shoes mcm ni, lagipun wedding wat kat rumah je kan.. En tunang pun kata jgn membazir, nti pakai sekali je..

(-_-)
Pasrah je la...

Okey la, kalau teringin try la usha tempat ni, mane tau kena ngan citarasa & budget. Hepi shopping!

-----------------------------------------------------------------------------


Tuesday, April 12, 2011

Say NO to polystyrene!

Salam..

Halamak, ari ni tetibe plak nak berjiwa environment ha.. hehe Tadi dok cari info mengenai polystyrene kat internet, terjumpa la beberapa perkara yang wajib semua org tau kot! Bahayanya penggunaan polystyrene dan botol minuman air mineral tu.. Kalau ikutkan logik la, mmg bahaya pun menda2 ni, sbb once dah kena kat panas chemical reaction akan jadi. Di bawah ni salah satu petikan daripada blog Salam PDK Mutiara:


Kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.


Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.


Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.


“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.


“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.



Okey, yang di atas ni petikan je, untuk maklumat lanjut ataupun full text boleh klik pada nama blog yang dah di linkkan.



Setakat hari ni kempen paling berkesan yang mampu membawa impak kat masyarakat adalah ketiadaan plastik bag pada setiap hari Sabtu di shopping2 complex. Bagus kan kempen ni sampai kita semua boleh set kat dlm minda yang hari Sabtu je xde plastik beg. Kan bagus kalau buat hari2... heee


Fida pun sekarang tengah mencuba untuk bawa shopping bag sendiri kalau nak g beli barang. Kalau setakat 1 barang je lg best, fida ckp kat cashier xmau plastik. Lagipun kadang2 dpt kelebihan gak, contoh cam kat Tesco, siap dapat point lagi kalau bawa shopping bag sendiri. Tapi kadang2 tu terlupe.. Heh


Untuk masalah polystyrene ni, xde dah penyelesaian lain, melainkan bawa bekas makanan sendiri, takpun bayar 30sen extra for the biodegradable container. Jangan fikir nak senang je, tapi ingatlah kesihatan kita jugak. Air dalam botol yang ditinggal seharian dalam kereta pun jangan la minum, coz dah kene panas, dah jadi chemical reaction antara botol tu dengan airnya.



Papepun ni semua adalah salah satu usaha untuk menyelamatkan bumi kita, terpulang pada kita sendiri nak ikut atau tak. Tapi kalau kita sayangkan diri dan alam sekitar kita, wajib berusaha ke arah zero polystyrene & plastic bag! Moh la kite ramai2 bawa shopping bag dan bekas makanan sendiri!




Okey, renung2kan... dan selamat beramal!

>.<


---------------------------------------------------------------------